A.Aida memuji kecekapan pelakon Ismail Izzani mempelajari bahasa isyarat untuk watak terbaharunya menerusi drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang sedang dalam proses penggambaran.
A. Aida atau Zaidah Awang, 52, berkata, walaupun diberi tugasan belajar dalam masa singkat namun Ismail, 22, berjaya membuktikan diri berjaya melakukannya dengan baik. "Saya memang puji lakonan Mael (Ismail) berbahasa isyarat kerana dia dapat belajar dengan cepat. Mungkin juga kerana usianya yang masih muda membuatkan otaknya cepat tangkap. "Dalam drama ini, Mael bukanlah seorang yang bisu, tetapi dia terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan ibunya yang sudah tidak lagi boleh bertutur," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, A. Aida memberitahu pihak produksi mengupah seorang guru jurubahasa isyarat bertauliah untuk memberi tunjuk ajar kepada Ismail di set penggambaran drama tersebut.
|
prince_marhaen: diharapkan dik mael tak tersungkur di pintu khorsani nek aida.. ahahahaha
ADVERTISEMENT