CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Baru 4 Bulan, Terlajak Lagi Sampai Mengandung- Suami Arah Isteri Makan Buah Nanas Banyak-Banyak

27-12-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3758| Komen: 38

Anak memang pembawa rezeki dalam keluarga namun setiap pasangan dinasihatkan supaya merancang serta menjarakkan kehamilan demi memastikan kualiti hidup ibu dan anak terjamin.


Bagimanapun masih terdapat kes 'terlajak' sehingga dikurniakan zuriat baharu walaupun usia anak yang sebelumnya masih kecil.

Begitulah halnya dengan seorang wanita bernama Effa Aziz apabila mengesyaki dia hamil lagi walaupun anak ketiganya baharu berusia empat bulan.

Kata Effa dia sudah mengambil suntikan Depo Provera yang merupakan antara kaedah paling popular dalam kalangan wanita untuk merancang kehamilan, namun baru-baru ini dia tidak datang bulan.




“Anak saya yang kecil umur empat bulan dan saya ambil perancang Depo hampa.

“Bulan ni saya takmai (tak datang) period,” katanya menerusi TikTok.

Terdahulu Effa mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dan cerita tentang reaksi suaminya selepas diberitahu dia tidak datang bulan seperti biasa.

Cerita Effa, suaminya meminta dia memakan nanas muda dengan harapan agar dapat mengelak berlakunya kehamilan.

"Suami takut saya mengandung lantas terus belikan buah nanas. Tapi saya pula tak suka makan nanas muda... takut gatal-gatal di lidah.

"Dia kata makan cepat-cepat sikit supaya datang period," katanya.




Kata Effa, memakan buah nanas tidak akan memberikan kesan seperti diharapkan oleh suaminya seperti kepercayaan orang dahulu.

“Dia (suami) ingat kalau makan nanas tu... turunlah (darah haid). Kalau nak lekat tu, makan nanas pun dia tak turun.

“Saya pelik juga, anda (lelaki) takut kenapa? Anda berani ‘buat’, anda berani tanggunglah,” seloroh Effa.

Rata-ratanya terhibur malah sempat berkongsikan pengalaman mereka yang hampir sama dengan Effa.

“Makan nanas tak turun darah. Saya dah cuba. ‘Keluar’ seketul anak bongsu.

“Saya mengandung anak kedua suka betul dengan nanas. Suami belikan nanas sekilo memang sedap layan dengan asam. Tapi masa tu tak tahu pun saya mengandung.

“Kalau dah cucuk Depo memang ada masalah tak datang bulan. Saya dah bertahun berhenti tapi masih masalah (haid tak teratur) berterusan.

Dalam pada itu, ada warganet menyatakan bagi yang pernah mengambil Depo, gangguan kitaran haid adalah kesan sampingan biasa. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-12-2022 12:18 PM
KATA BODOH JAP LAGI MARAHHH.... dah tau kuat kongkek, tak boleh tahan, pakailah kondomm...., pakai contraceptive method laki bini... dah tau kuat romen pastu acah-acah risau... bodoh tak belajar sains.. bangga makan itu ini nak kasi gugur janin.. memang bangang eh betina-betina tiktok skrg..masing-masing acah open minded tapi bodoh.. nak bgtau laki bini kuat kongkek..  
Quote white_musk 27-12-2022 12:21 PM
prince_marhaen replied at 27-12-2022 12:18 PM
KATA BODOH JAP LAGI MARAHHH.... dah tau kuat kongkek, tak boleh tahan, pakailah kondomm...., pakai c ...

Dan contribution pada negara bangsa dan agama satu hapah takdak
Quote makneng 27-12-2022 12:28 PM
Minum racun je sis, mudah. Ajak husband sekali minum. [em:10:]
Quote Atata 27-12-2022 12:29 PM
prince_marhaen replied at 27-12-2022 12:18 PM
KATA BODOH JAP LAGI MARAHHH.... dah tau kuat kongkek, tak boleh tahan, pakailah kondomm...., pakai c ...

Iols pun mula2 rasa nak kecam tp pas baca sampai habis, theyolz dah ambik suntikan perancang sbb tu konpiden nak pancut dalam. So bila bini tak period, gelabah la laki, ingatkn dah cucuk depo tu dah selamat la.. tp maybe x dtg period sbb depo tu buat period tak teratur bkn sbb dia ngandung
Quote green~tea 27-12-2022 12:40 PM
Standard kot amek suntikan tu period  cycle haywire

Ganggu hormon silap2 jadi gemok sbb water retention and selera makan bertambah
Quote roti_banjir 27-12-2022 12:56 PM
menda mcm nih pon jadi content dakdak tiktok sekarang...... hal dalam kain, dalam kelambu pon nak canang, pastuh terkeluar kebodohan level KLCC.... bila kena hencap, memasing merentan, meroyan kata netizen tak paham masalah derang...
Quote elzy 27-12-2022 01:16 PM
Terus-terang kata, benci betul dengan manusia-manusia jenis dapat anak dengan statement 'terlajak'.. Ada otak  tapi takde akal.. Bila dapat anak mengelabah cerita satu dunai nak gugurkan anak tak berdosa. Korang fikir syok sendiri jer.. Bangang!
Quote Suchi 27-12-2022 01:21 PM
Sapa suh tak pandai buang kt luar
Quote _blackbird 27-12-2022 01:24 PM
ler... sebelum canang kat tiktok ko dah memantat lepas habis 44hari boleh tak gi beli tu pregnancy test kat watson ada je murah less RM10. aku tak makan ubat perancang tapi pernah je tak period 2 bln. sampai 10x (self test & klinik) aku buat pregnancy test tapi tetap negative sampai doktor pon menyampah budak ni lagi dtg, last2 dia bg aku ubat kasi period
Quote orkid_amani 27-12-2022 01:32 PM
Sebab tu penting sex education tu..bukan asik mrngesex lepas tu gelabah bila xperiod ambik pil ka injection ka kena tunggu dulu tengok at least 6m baru boleh Tau serasi @ tak dgn hormone kita..mcm aii mmg xserasi w/pun dah 13m makan pil termengandung lg ank no2.. lepas tu yg no2 ambik injection plak pun xserasi gak..mengandung lg masa ank umo 13m jugak.. lepas tu yg no3 tu aii try iucd xtau kat mana silapnya yg ni xserasi..asik rasa sakit ja dlm perut..lepas bukak ngandung yg no4..skg ambik implant alhamdulilah dah 3y masih kosong.
Quote immi 27-12-2022 01:35 PM
prince_marhaen replied at 27-12-2022 12:18 PM
KATA BODOH JAP LAGI MARAHHH.... dah tau kuat kongkek, tak boleh tahan, pakailah kondomm...., pakai c ...

Org zaman skrg ni kan semua benda nk bgtaw
Quote JunkMail 27-12-2022 01:43 PM
Entah la dekkkk...zaman socmed ni memang zaman orang menunjukkan kebodohan ke? Pekat likat sangat tak campur air langsung.
Quote belilies 27-12-2022 01:56 PM
Bodohnya effa aziz ni. Sapa punya sedara ni kasi cuci otak tongong dia ni
Quote supernaturalee 27-12-2022 02:01 PM
white_musk replied at 27-12-2022 12:21 PM
Dan contribution pada negara bangsa dan agama satu hapah takdak

dh tu tau nk komplennnnn jek





Quote Cokoro 27-12-2022 02:03 PM
Yg effa tu satu. Yg komen2 tu pun hadoilahh. Semualah nk cerita
Quote supernaturalee 27-12-2022 02:03 PM
roti_banjir replied at 27-12-2022 12:56 PM
menda mcm nih pon jadi content dakdak tiktok sekarang...... hal dalam kain, dalam kelambu pon nak ca ...

ni bkn klcc sis
to the moon & back


Quote kotakbaju 27-12-2022 02:15 PM
Beza sungguh komen kt sini berbanding di sinun
Quote Nurul8001 27-12-2022 02:16 PM
Kenapa nak cerita kat media sosial? Minta keji? Kalau org mengata laki ko, bodo, kuat xxx, tapi takmo tanggungjawab, jgn murung pulak. Atau nak buka ruang2 fitenoh, ntah2 takde pun lakinya begitu, ko je saje nak buat content?
Quote dekmieDandy 27-12-2022 03:06 PM
samelar cerita adik aku, penyudahnya 3 orang anak rapat-rapat

dok pulak jauh ngan family, dah pening camne nak jaga anak tiga-tiga jenis nak menempel je

sib baik housewife, tapi pening jugaklar kalau tiga-tiga nanges serentak

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.242000 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top