CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemburu Tengok Kebahagiaan, Lelaki Tetak Suami Baharu Bekas Isteri Sampai Mati

27-12-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1259| Komen: 8

JAKARTA – Seorang lelaki dari Batam, wilayah Riau nekad membunuh suami baharu bekas isterinya kerana cemburu melihat kebahagiaan wanita berkenaan, lapor laman berita Detik Sumut.


Menurut polis, suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sebilah parang sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.  

“Pelaku ialah bekas suami kepada isteri mangsa. Mangsa dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Insiden itu berlaku disebabkan perasaan cemburu,” kata seorang pegawai polis, Budi Hartono.


Foto: Istimewa

Pembunuhan tersebut berlaku di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam, ketika suspek mendekati mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum membunuhnya.


“Suspek secara tiba-tiba datang membawa parang lalu menghayunkan parang ke (arah) mangsa.

“Tetakan tersebut ditepis oleh mangsa menggunakan tangan lalu menyebabkan mangsa terduduk. Suspek kemudian menghayunkan parang dan mengenai leher mangsa lalu dia meninggal dunia,” jelas Budi.

Selepas membunuh mangsa, suspek bertindak keluar dari rumahnya dan melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal miliknya manakala isteri mangsa meminta pertolongan.

“Pelaku melarikan diri dengan membawa parang yang digunakan untuk menetak mangsa. Buat masa ini, anggota polis sedang memburu suspek,” kata Budi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 27-12-2022 11:39 AM
Gilo babi sis. Kuasa sebuah cemburu kekdahnya sis.
Quote Decaffeinated 27-12-2022 01:27 PM
kalau native Batam mungkin melayu lah ni. Tapi ada ja bugis dan jawa Kepri macam gak JDT

btw siapa yang bertekup muka tu?

Quote Kitty_catz 27-12-2022 01:46 PM
again.. bangsa friska mengungguli carta
Quote Suchi 27-12-2022 03:54 PM
Kadang2 rasa nak tetak gak kenkawan yg selalu menayang kebahagiaan padahal member2 rapat tau je ko tu bkn bahgia sgt cukup2la membongak kat socmed.
Quote TabletSusu 27-12-2022 04:05 PM
Suchi replied at 27-12-2022 07:54 AM
Kadang2 rasa nak tetak gak kenkawan yg selalu menayang kebahagiaan padahal member2 rapat tau je ko t ...

hahaha.. tersembur asam jawa aku makan ni sis. kiranya ytjt kannnn.
Quote rosedemon 28-12-2022 09:24 AM
tak paseiii sian laki baru tiba2 kawen eh ttba bgn dah kat kuburan lahh
Quote boo04 13-12-2024 07:58 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:03 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.034565 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top