CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tendang Dan Tampar Muka Berulang Kali, Lelaki Belasah Teman Wanita Sebab Diajak Kahwin

27-12-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1397| Komen: 10

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Madhya Pradesh, India membelasah teman wanitanya yang berusia 19 tahun selepas gadis berkenaan meminta untuk mengahwininya lapor portal berita India Today.


Lelaki yang dikenali sebagai Pankaj Tripathi, 24, itu telah diberkas manakala video kejadian yang didakwa berlaku Rabu lalu tular di platform media sosial.

Menurut seorang pegawai polis, Naveen Dubey, maklumat awal menunjukkan lelaki dalam video itu ialah penduduk kampung Dhera di kawasan Mauganj.


Foto: News18

Suspek dan mangsa dikatakan sedang menjalin hubungan cinta sebelum mangsa dibelasah selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Dalam video yang sama, mangsa meminta tertuduh mengahwininya dan lelaki berkenaan pada mulanya dilihat mempamerkan riak wajah menjengkelkan, sebelum mula menendang serta menampar mukanya berulang kali.

Suspek pada awalnya ditahan di bawah seksyen 151 iaitu atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam tetapi dibebaskan kerana mangsa enggan membuat sebarang aduan terhadapnya.

Bagaimanapun, apabila video serangan itu tersebar, kes di bawah seksyen 323 iaitu mendatangkan kecederaan secara sukarela dan peruntukan lain Kanun Keseksaan India yang berkaitan telah dikenakan terhadap suspek.

Mangsa juga membuat aduan terhadap orang yang merakam kejadian tersebut dan menyebarkan video itu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 27-12-2022 11:32 AM
wow mangsa melindungi pemangsa.ni set set asalkan berjantan!!!!
Quote Simunggu 27-12-2022 11:35 AM
jahanam pun lelaki...
Quote AJENALI 27-12-2022 11:39 AM
Edited by AJENALI at 27-12-2022 11:42 AM

Sy ade tengok video ni. Kejam L ni, macam baran.. xde ihsan langsung. P ni x sempat buat apa2.. Memang menakutkan ye.. 2 3 kali dia pijak kat muka lunyai longlai P ni jadi sayur Terus (x sedar)

Mungkin pemangsa ugut P n family dia kot.. sebab tu tarik laporan?
Quote Punat_button 27-12-2022 12:16 PM
Cikki ni kalau mengugut bingit sis, kalah masa inzal

just for info

Quote orangbiasaje 27-12-2022 01:52 PM
AJENALI:  Edited by AJENALI at 27-12-20 ...


Tarik aduan tu paham, yang ni pula lebih kepada cinta itu buta rasanya:

"Mangsa juga membuat aduan terhadap orang yang merakam kejadian tersebut dan menyebarkan video itu."
Quote orkidorkido 27-12-2022 01:53 PM
Hmm nak ke kawin dengan laki ni?
Quote matbad 27-12-2022 05:56 PM
India ni depa punya mindset lain sgt2..laki adalah dewa..dan Klau dia buat report,akan melibatkan dia derhaka pada dewa dannn malu kasta dia dan seumur hidup dia akan dianggap pompuan sial..sama ja mcm India sini
Quote rosedemon 28-12-2022 09:23 AM
ajak kawen pon marahhh. xnk ke rasa poen
Quote boo04 13-12-2024 07:59 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:03 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056784 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top