CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Perpaduan Tanpa Petunjuk Allah Diharamkan,"- Hadi Awang

27-12-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2575| Komen: 43

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan hanya perpaduan yang mengikut hidayah Allah akan membawa berkat, berwawasan kukuh dan kekal di dunia hingga akhirat.


Ahli Parlimen Marang itu berkata, perpaduan itu diwajibkan kepada umat Islam terlebih dahulu kerana mereka memimpin seluruh manusia melalui pendekatan menyampaikan Islam tanpa paksaan. 


Foto: Utusan Online

“Ada pun perpaduan tanpa petunjuk Allah SWT tersebut adalah diharamkan, disebabkan oleh kerapuhannya.

“Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan aqidah dan tidak mempunyai konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat. 


“Hal ini disebabkan tiada asas aqidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Tambah Abdul Hadi, Allah SWT memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa, sehingga mereka meninggalkan konsep kepemimpinan Islam. Allah meletakkan golongan itu dengan sifat munafik. 

“Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepemimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau tiada kuasa Islam untuk mentadbir kehidupan manusia. 

“Begitu juga apabila bersama kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya atau bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam. Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafik,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas umat Islam bersatu padu, tindakan seterusnya adalah mengajak seluruh manusia bermasyarakat majmuk berada di bawah keadilan kerajaan Islam untuk semua, dalam kehidupan bermasyarakat dalam urusan dunia. 

“Peranan aqidah beriman yang ada dalam diri kepemimpinan Islam yang bertakwa akan mengawal dirinya agar beristiqamah menegakkan rahmat Allah SWT dan keadilan Ilahi kepada semua. Hal tersebut merupakan ciri penting yang tidak terdapat dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aciksenah 27-12-2022 10:59 AM
Ye la..kalau orang lain semua haram..
Quote electricopop 27-12-2022 11:05 AM
aciksenah replied at 27-12-2022 10:59 AM
Ye la..kalau orang lain semua haram..

Kan... cuba disogok duit amik ke tiderkkk?
Quote akuHavocczz 27-12-2022 11:33 AM
Orang kafir mabuk sebab arak, orang islam mabuk sebab kuasa dan darjat
Quote juruterra 27-12-2022 11:38 AM
tak abis2 merempan, move on boleh tak? dh sebulan lebih PH jd gomen setakat ni takde kucar kacir Malaysia, dan ummah Islam
Quote Punat_button 27-12-2022 12:22 PM
perwira aka highflyer sila masuk membekap PN

Quote cikatilia 27-12-2022 12:41 PM
semak la eddy ni
suka nau dosakan org
haramkan org neraka kan org
xde keje lain ke
Quote pooh~key 27-12-2022 12:48 PM
Ada pun semakin hadi bersuara, semakin poohkey a.s rasa menyampah.






Dekkkkkkk!
Quote Orix 27-12-2022 01:21 PM
heshe pefeeling heshe ikut petunjuk Allah ke selama ni ?
Quote Denco 27-12-2022 01:24 PM
meroyan la ko smpai next pru
Quote True-X 27-12-2022 01:25 PM
soo dia je la ade petunjuk Allah... mengarut2 je laa.. bula Jakim nak amik tindakan.... ayat dia semua tunggang agama
Quote Decaffeinated 27-12-2022 01:31 PM
memang betul apa yang dia kata bukan benda baru pun

kenapa liberal2 cari baru nak kecam?

Quote Kitty_catz 27-12-2022 01:41 PM
motipppp ayatolah hadi bewang merempan2 skang ni sebab apa yach?

nak hapgred S class cabuk beli EQS ke Beemer i7 niiiiiiiiiiiiiiii?   Almaklumlah skang kan smorang have2 guna EV.. lobai mesti taknak ketinggalan kan kan kan
Quote Suchi 27-12-2022 03:57 PM
Bayeklahhh…
Quote Orenn1 27-12-2022 04:22 PM
Punat_button replied at 27-12-2022 04:22 AM
perwira aka highflyer sila masuk membekap PN

tambah seko lg, lobainita mbcdef, itu puntak habis2 dgn memburukkan ph, masih kecewa
Quote maharani_gebu 27-12-2022 04:25 PM
akuHavocczz replied at 27-12-2022 11:33 AM
Orang kafir mabuk sebab arak, orang islam mabuk sebab kuasa dan darjat

Bilalah CARI.com ni nak tambah butang "LIKE" ek... tak sabar nak tekan kat komen camni
Quote Thunderclouds 27-12-2022 04:27 PM
"Tambah Abdul Hadi, Allah SWT memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa, sehingga mereka meninggalkan konsep kepemimpinan Islam. Allah meletakkan golongan itu dengan sifat munafik."
………………
Pakcik ni ckp depan cermin kan? Kan? Kan?
Quote dodolgemok 27-12-2022 04:27 PM
Lobai tua ni makin hari makin gila. Hari2 dik meroyan dekat medsos, mmg saja nak provoke utk timbulkan huru hara ke apa? Semoga heshe dilaknat tuhan dan di kantoikan perangai busuk heshe di dunia ini. Amen
Quote aciksenah 27-12-2022 04:48 PM
Decaffeinated replied at 27-12-2022 01:31 PM
memang betul apa yang dia kata bukan benda baru pun

kenapa liberal2 cari baru nak kecam?

Asal tak bersetuju je liberal...
Quote aciksenah 27-12-2022 04:49 PM
Kitty_catz replied at 27-12-2022 01:41 PM
motipppp ayatolah hadi bewang merempan2 skang ni sebab apa yach?

nak hapgred S class cabuk beli EQS ...

Tiba2 duit puluh2 ribu bulanan stop masuk poket secara tiba2...sapa tak marah..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.173520 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top