CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Terkucil Je Kerjanya, Nabila Razali Tak Pernah Berhenti Masuk Kelas Vokal

27-12-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1136| Komen: 16

Sedar akan kelemahan diri yang sering 'terkucil' ketika menyanyi live di atas pentas, penyanyi Nabila Razali memberitahu dia tidak pernah berhenti daripada menghadiri kelas vokal.


Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, berkata, dia mahu meningkatkan kualiti serta teknik nyanyian kerana tidak mahu dilabel sebagai penyanyi yang tidak berbakat.

Foto: IG

"Selepas insiden 'terkucil' yang berlaku sebelum ini, Bella mula belajar tentang lagu apa yang sesuai dengan vokal saya.

"Bella juga tidak pernah berhenti daripada menghadiri kelas vokal sebab saya mahu buat yang terbaik. Saya tak mahu orang bosan dengan saya dan kata saya tiada kelebihan sebagai penyanyi," katanya kepada mStar.

Baru-baru ini, nyanyian Nabila menerusi single terbaharunya, Aku Terluka turut mendapat kecaman ketika membuat persembahan pada majlis pelancaran lagu berkenaan.



Dalam pada itu, mengulas mengena duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Keisya Levronka menerusi lagu Tak Ingin Usai, Nabila berkata, dia turut menerima pelbagai kecaman netizen.

Pun begitu, penyanyi ini tetap meluahkan rasa bangga kerana diberi peluang bekerjasama dengan Keisya dan kecaman tidak melemahkan semangatnya.



"Memang sambutan bagus tetapi masih ada juga yang kecam kata Bella tak perlu berduet dengan Keisya.

"Pada pendapat saya, kecaman memang tak boleh nak halang tapi saya fokus kepada orang yang sokong dan sentiasa menantikan karya baru daripada saya," ujarnya.



Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbaharunya bergandingan dengan Aedy Ashraf yang akan ditayangkan di TV3. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 27-12-2022 10:54 AM
Berhentii menyanyi setel mslh..
Quote cikatilia 27-12-2022 12:41 PM
so gagal segagal gagalnya la kan kelas2 tu
Quote I.K.A888990 27-12-2022 12:50 PM
buat perabih duit je dik oiiii
Quote Normiang-Baru 27-12-2022 12:53 PM
In denial terok la ko! Semenangnya ko tak boleh menyanyi. Udah2 la promote dia ni. Cakap pun tak sedap inikan menyanyi….
Quote mamajawie 27-12-2022 12:58 PM
cikgu vokal dia knape x nak berterus terang ckap dia ni memang x bleh menyanyi?
Quote Pak.dolla 27-12-2022 01:00 PM
Bila bakat xda asyik buat gimik ja...lemenat pun bengong pi layan org mcm ni buat apa?
Quote dekmieDandy 27-12-2022 04:27 PM
sapelar cikgu vocal dia agaknye

tak pernah bagitau ke, suara dia ni memang tak boleh capai sesetengah key

Quote Burong_Hantuk 27-12-2022 04:36 PM
pencen terus dikkkkk,jangan buang masa
Quote sukacactus 27-12-2022 04:43 PM
Bila la ko nak sedar ko tu bkn setakat kurang bakat, lebih pada xde bakat nyanyian sebenarnya
Quote akuHavocczz 27-12-2022 04:49 PM
mamajawie replied at 27-12-2022 12:58 PM
cikgu vokal dia knape x nak berterus terang ckap dia ni memang x bleh menyanyi?

hahaha dah orang nak kasi duit, takkan nak tolak
Quote bankerpencen 27-12-2022 05:01 PM
Suara kau mmg tak boleh nak dibantu dah. Memang takde bakat, buat apa pun tak boleh. Muka pula tak lawa. Tengok selenagomeh, muka comel at least. Suara ke laut, dok bisik2 pun boleh laku sebab comel.
Quote ciksom 27-12-2022 09:25 PM
Kenapa gambar yang tudung putih nampak tua macam 40 an.
Quote buragazz 28-12-2022 12:14 AM
Gi kelas vokal untuk dapat teknik dik.. ko kene banyak nyanyi dengan live band especially full band nyanyi sejam gig ker baru develop suara ko tu setakat naik pentas pakai backing track satu dua lagu mana mau nyer Norsiah..
Quote selipar_hijau 28-12-2022 12:19 AM
Btul ke muka kak nab yg gambo 1st tu
Quote rayna_raynes 28-12-2022 12:34 AM
Suara dia sedap bagi aku, lebih sedap dari Tom meneran atau suara haus2 basah Wani Kayrie.

Cuma range dia kecik. Hanya sesuai lagu santai2 ala Amy Mastura/Erra Fazira pra Yusry.
Quote rosedemon 28-12-2022 09:31 AM
go nab go. go to hell

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.100007 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top