CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengetua Cedera Dipukul Penceroboh Tahfiz

27-12-2022 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 773| Komen: 2

Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.


Kecederaan di kaki kiri dialami Mohd Azlan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Datuk Mohd Azlan Suhaimi berkata, pihaknya memandang serius kes pencerobohan yang berlaku serta kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan.

"Kami difahamkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut malah laporan perubatan juga telah diberikan pihak hospital mengenai kecederaan dialami oleh mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook Pematap pada Isnin.


Beliau berkata, pihaknya menerima makluman mengenai tahfiz tersebut yang telah diceroboh oleh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.

Susulan tersebut katanya, mangsa telah ke rumah salah seorang yang terlibat untuk menasihati dan memberi teguran sebelum dimaki hamun, diserang, ditumbuk, dihalau, ditolak serta dipukul sehingga mendatangkan kecederaan.



Dalam pada itu, Mohd Azlan berharap pihak berkuasa bertindak sewajarnya kerana ia membahayakan pihak maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, tindakan tegas perlu dilaksanakan supaya perkara seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo04 13-12-2024 08:01 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:04 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.228594 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top