Dua tahun tidak boleh menyentuh anak dan isteri kerana merasakan ‘tidak bersih’ bahkan, tidak dapat menunaikan solat disebabkan was-was terdapat najis di badan yang boleh menyebabkan ibadah tidak sah.
Malah, Mohd Shafik Ibrahim, 35, juga tidak berupaya melangkah kaki ke surau atau masjid untuk solat berjemaah kerana mengesyaki ada najis di kaki yang akan mengotori masjid sehingga mengakibatkan ibadah orang lain terkena tempias dan tidak sah. Penderitaan dialami bapa anak satu itu, susulan kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD) yang menjejaskan rutin hariannya termasuk tidak dapat bekerja ‘memaksa’ isterinya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaganya. Pekerja swasta itu berkata, pada mulanya dia mengalami gejala dan simptom sejak 2019 dan kemudian didiagnosis sebagai pesakit OCD setahun kemudian selepas bertemu doktor.
Ujarnya, ia bermula apabila dia mendalami ilmu agama terutama bab fekah berkaitan penyucian dan kebersihan, namun berlaku sedikit kekeliruan menyebabkan dia sentiasa berasa bimbang ibadah yang dikerjakan tidak sah. “Sampaikan saya mandi pun akan mengambil masa lama, tidak seperti orang lain iaitu dari setengah jam ke satu jam dan seterusnya mencapai purata empat atau lima jam sehari. “Rekod paling lama ialah dari pukul 12.30 tengah hari hingga 10 malam kerana saya merasa tidak puas kerana masih bernajis. “Apabila saya basuh, saya merasakan air merecik ke lantai dan terkena kaki jadi ia berulang-ulang,” katanya kepada Kosmo!. Ceritanya, OCD itu menyebabkan dia tidak boleh menyentuh isteri dan anak, malah tidak berupaya untuk mencuci dan menukar lampin pakai buang kanak-kanak tersebut kerana dianggap kotor bernajis. “Saya tidak dapat bekerja dan kalau hadir pun akan ada di pejabat dan tidak boleh keluar, sedangkan tugasan hakiki saya perlu pergi ke lapangan. Bayangkan, saya basuh stereng kereta kerana merasakan kotor bernajis. “Itu tidak termasuk dua telefon bimbit saya rosak kerana dibasuh dan saya pernah membasuh komputer riba milik syarikat tapi mujur tidak rosak. “Hendak balik kampung di Terengganu pun tidak mahu kerana ada tahi cicak di rumah ibu menyebabkan saya tidur di chalet,” ujarnya. Situasi bertambah buruk apabila penyakit itu juga menyebabkannya baran dan mengamuk jadi, dia akan berpesan lebih awal supaya isteri dan anak menjauhi dirinya ketika itu. “Sudahlah saya berkahwin dan menunggu empat tahun untuk dikurniakan zuriat. Apabila dapat rezeki anak, saya tidak boleh menyentuh dan memegangnya kira-kira dua tahun malah jika dia cuba mendekati, saya minta isteri mengambilnya,” katanya. Dalam pada itu, ujarnya, keadaan kini semakin pulih selepas dia mengambil keputusan bertemu doktor, malah dia turut dipindahkan oleh majikan syarikat ke cawangan di Terengganu untuk meneruskan kerja di sana. Seorang lagi pesakit, Azizun Mohd. Izak, 38, menceritakan, dia didiagnosis OCD termasuk penyakit mental yang lain seperti anxiety, bipolar dan kemurungan pada 2020 iaitu selepas terkena strok. Katanya, antara penderitaan penyakit OCD yang dialaminya iaitu mandi dalam tempoh lama, kerap basuh tangan berulang-ulang selain mengambil masa berjam-jam untuk solat. “Saya mandi lima jam kerana merasakan badan tidak bersih, kerap basuh tangan berulang-ulang selain menyusun kasut dan baju juga perlu dilakukan banyak kali sehingga puas hati. “Ambil air sembahyang sampai satu jam dan ibu risau saya berada lama di bilik air. Hendak menunaikan solat juga mengambil masa satu jam kerana saya was-was dengan bacaan dan mengulanginya sampai saya puas hati,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
eragon replied at 27-12-2022 10:47 AM
ADHD ke....
pooh~key replied at 27-12-2022 10:50 AM
OCD sis. Akak nak taip satu ayat je sis tapi akak terpaksa panjangkan tambah ayat lagi sebab forum ...
bulanbulat replied at 27-12-2022 10:59 AM
Adhd often disorganised. OCPD kot yg u nak cakap tu
eragon replied at 27-12-2022 02:53 AM
oh yer OCD. kalau ADHD more to perfectionist.
Itzy replied at 27-12-2022 04:47 AM
boleh je pulih, dulu waktu budak darjah 4, aku pernah ada penyakit ni. Waktu tu aku tak tau ada ocd ...
eragon replied at 27-12-2022 10:53 AM
oh yer OCD. kalau ADHD more to perfectionist.
ADVERTISEMENT