CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Lepas Potong Lori, Lelaki Naik Motor Maut Bertembung Dengan Kereta Lain

27-12-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1018| Komen: 6

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) apabila tidak lepas memotong sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi itu, mangsa, Md. Zulfikal Ami Abdul Rahman, 31, yang menunggang motosikal Jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan SUV jenis Honda CR-V.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang perjalanan dari arah Laloh, Kuala Krai ke Gua Musang.

Katanya, semasa di lokasi kejadian mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapannya dan masuk ke laluan bertentangan.


Foto: Kosmo


“Bagaimanapun, Md. Zulfikal Ami gagal memotong lori berkenaan lalu bertembung dengan SUV dari arah bertentangan yang sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh.

“Insiden itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azmi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 27-12-2022 03:22 PM
Kalau dah tiba ajalnya. Alfatihah
Quote rosedemon 28-12-2022 09:19 AM
sian. semoga surga lah
Quote shernazz 28-12-2022 09:38 AM
Ayoyo...bahaya sungguh memotong tu...
Quote sangbara2020 28-12-2022 10:07 AM
remuk motornya....sian.,,,
Quote boo04 13-12-2024 08:02 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:05 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064960 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top