Niat mahu mencari rezeki, seorang penjual dalam talian tidak menyangka menerima komen berbaur lucah ketika bersiaran langsung (live) di laman sosial.
Menerusi perkongsian video, wanita berkenaan mendedahkan kejadian berlaku ketika dia menjual pakaian secara live di TikTok. Ujar penjual itu, salah seorang daripada pengguna TikTok yang mengikuti sesi live itu seolah-olah berminat dengan baju yang dijualnya dengan bertanyakan saiz. Dia pada mulanya menyangka komen tersebut daripada perempuan memandangkan baju-baju yang dijualnya untuk wanita. "Tengah malam tadi aku buat live jual baju kat TikTok live. Lepas tu dia masuk, dia tanya dada sis saiz berapa?
"Aku ingat perempuan la kot. Kadang-kadang ada je customer perempuan pakai akaun TikTok suami mereka. Aku pun cakaplah baju muat sekian sekian," katanya. Tidak cukup sekadar itu, lelaki itu kemudian terus bertanyakan tentang ukuran saiz baju dalam (bra) yang dipakainya pula. "Lepas tu dia dok tanya cup sis saiz berapa. Aku dah setahun menjual kat TikTok ni, tak pernah lagi perempuan tanya macam ni. "Lepas tu viewer aku pun beritahu dia tu lelaki. Kau dah kenapa? Moderator saya terus block dia," ujarnya lagi. Bagi mengelak salah faham netizen mengenai pemakaiannya yang mungkin mengundang komen lucah, penjual online itu berkongsi semula fotonya ketika malam kejadian yang menunjukkan penampilan berhijab, dengan baju lengan panjang dan potongan longgar. Geram kerana menerima komen berunsur lucah, penjual itu akhirnya menyelidik akaun media sosial lelaki berkenaan dan berkongsi foto-fotonya kepada umum Dipercayai individu tersebut bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor. "Kalau abang nak perhatian, saya bagi perhatian untuk lelaki yang sangap macam abang. Kau salah orang bang cari pasal. Saya cari rezeki kat TikTok. "Kau jangan bukan-bukan. Kau kalau dah sangap sangat, kau pergilah dekat Bukit Bintang tu, RM50. Kau pergi sana," katanya yang turut mendedahkan sijil penghargaan perkhidmatan cemerlang suspek di universiti termasuk nombor plat kenderaannya. Menerusi keterangan video berdurasi kira-kira dua minit itu juga, wanita tersebut menuntut pelaku untuk membuat permohonan maaf. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan penjual wanita itu yang berani membuat pendedahan mengenai pelaku. "Bagus, saya sokong. Baru padan muka lelaki macam ni. "Dah boleh buat laporan polis tu sis, gangguan seksual tu. Jangan bagi benda-benda ni dinormalisasikan. "Pengajaran untuk lelaki lain, tak semua perempuan sama," demikian antara komen netizen. Bagaimanapun, tidak dipastikan kesahihan identiti lelaki yang didakwa mengeluarkan komen lucah kepada penjual tersebut. Hasil semakan kemudian mendapati video pendedahan peniaga tersebut tiada lagi dipaparkan di akaun TikTok miliknya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Cekla replied at 26-12-2022 06:35 PM
oooo..pasal ni la i baca kat ig tadi satu posting U*M keluarkan kenyataan media tadi nak siasat perk ...
pooh~key replied at 26-12-2022 06:32 PM
Kau nak akak pikir masalah kau yach sis? GI MAMPOS DEK!
gideoncross replied at 26-12-2022 09:13 PM
Typical jejantz Mulayu Melesia. Klau dia tnya bra size prmpuan boleh tpi klau prmpuan tnya saiz kote ...
gideoncross replied at 26-12-2022 09:13 PM
Typical jejantz Mulayu Melesia. Klau dia tnya bra size prmpuan boleh tpi klau prmpuan tnya saiz kote ...
kotakbaju replied at 26-12-2022 10:51 PM
Kita kaum hawa patut buat camni lepas ni kalau ada lelaki pervert tanya soklan pelik2. Asyik diora ...
Cekla replied at 26-12-2022 06:35 PM
oooo..pasal ni la i baca kat ig tadi satu posting U*M keluarkan kenyataan media tadi nak siasat perk ...
ADVERTISEMENT