CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suami Nak Jadi Alim, Bella Astillah Makin Menjadi-Jadi Seksinya"

26-12-2022 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3642| Komen: 23

Dikatakan imej bertentangan dengan penghijrahan suami, Aliff Aziz, penyanyi Bella Astillah terbuka menerima teguran netizen mengenai pemakaiannya yang didakwa semakin seksi sejak akhir-akhir ini.


Malah, pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu turut mengakui pemakaiannya yang dikatakan seksi adalah kesilapannya sendiri.

Foto: IG

“Imej seksi? Mungkin kesilapan itu daripada saya dan menerima teguran dengan hati terbuka kerana sekali gus membuktikan ramai masih sayang. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Tentang tidak selari dengan penghijrahan suami, saya memang belajar banyak daripada dia. Jika ada syarat sekalipun, itu antara saya dengan dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.




Tambah pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu lagi, perubahan hidup yang dilalui suaminya turut membawa dia ke arah kebaikan.

“Untuk perubahan Alif, memang saya bersyukur dan sedikit sebanyak memang banyak belajar daripada dia.



“Dia banyak bagi nasihat untuk banyak perkara dan tidaklah letak sebarang syarat tetapi perubahan dia memang buatkan saya untuk ikut sekali.

“Semuanya ke arah kebaikan, teruskan berdoa untuk saya,” ujarnya.



Baru-baru ini, penampilan Bella menjadi bualan netizen apabila dikatakan kerap tampil dengan imej yang dilihat kurang sesuai dengan perubahan suaminya iaitu lebih Islamik.

Sementara, Aliff yang sering terpalit kontroversi meraih pujian ramai sejak tahun lalu apabila dilihat aktif terlibat dengan majlis dan kelas keagamaan untuk menjadi insan lebih baik.



Sebagai info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum dikurniakan sepasang cahaya mata iitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 26-12-2022 05:52 PM
btul jugak tak selari.. makin lama makin menjadi-jadi.
moga alif dapat bimbing ko dik non.
Quote LadyCarefree 26-12-2022 06:07 PM
seksi tu taklah kalau badan mcm budak derjah 6 sumbat tisu dlm bra dgn kaki serupa batang kaki ayam. Tapi pakaian mendedahkan tu ya tp tu je la yg dia boleh buat selain filter tahap langit bila bergambar.
Quote nakkomenjugak 26-12-2022 06:57 PM
tak puas menyeksi mungkin
Quote DeLuna85 26-12-2022 07:01 PM
Gambar di atas ialah Aliff bersama maid vietnam
Quote syaz_lina 26-12-2022 07:03 PM
Biorlah..m7da lagi tk puas hidup
Quote dewi_rina 26-12-2022 07:36 PM
Laki hensem sangat, bini kena susah payah upgrade diri
Quote Afifi82 26-12-2022 07:45 PM
Xde mekap n filter, muka dia ni, hazabbbb….
Quote Goodluckdontcry 26-12-2022 09:28 PM
Iklan kat tv dgn muka kat ig..em em em..bagai langit ke 7 dgn bumi lapis ke 7 dik.. kehkehkeh
Quote likilu 26-12-2022 09:42 PM
Macam smart je woman should be like butterfly pretty to see hard to touch

Means kau nak strip dance ke atau seperti naked animal in zoo?
Quote shida81 26-12-2022 09:47 PM
Dah laki nk ke araj kebaikkan bini pulak liat... Kang laki blk ngn hidup lama bini plk meroyan....
Quote msdummy.2018 26-12-2022 10:32 PM
Aik, mana yang membekap pompuan nih dulu? Dah masuk gua kah sb dah xsesuci lebaran?
Quote Dolmat 26-12-2022 11:07 PM
Edited by Dolmat at 26-12-2022 11:08 PM

SERIOUSLY muka Bella macam maid kakak aku dulu dari Indon..
Quote caramel_cloud9 26-12-2022 11:20 PM
Dia takut kalau dia bertutup litup laki cari lain yg seksi kot
Quote bankerpencen 26-12-2022 11:25 PM
Filter kau melampau betul. Sikit2 dah la. Ni muka sebenar jauh sangat daripada gambar dkt IG.  
Quote CikYaYaYa 27-12-2022 02:15 AM
hensem betoi alip ajiss di mataa iolss
Quote rosedemon 27-12-2022 09:47 AM
sukati ko la xminat dedua
Quote Plain-tif 27-12-2022 10:10 AM
Filter melampau2… nasib baik anak2 kau comel
Quote epullipan 27-12-2022 10:49 AM
gud luck alip ajis
Quote jas7512 27-12-2022 11:10 AM
I tulis kat ig bella filter lebih bila ada puji dia cantik..i tulis x yakin kah dgn kecantikan asli sendiri..haha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041623 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top