PETALING JAYA – Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu pastinya menjadi episod duka rakyat Malaysia.
Dalam proses mencari dan menyelamat (SAR), unit anjing pengesan (K-9) dari Jabatan Bomba Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan aset paling penting. Unit tersebut telah menjadi ‘hero’ rakyat Malaysia apabila berjaya menjumpai kesemua mayat yang tertimbus seterusnya menjadikan misi SAR itu sebagai misi yang berjaya sepenuhnya. Menerusi satu rakaman video Instagram ipie_ngaranku menyaksikan dua ekor anjing K-9 yang diberi nama Grouse dan Geoffrey yang terlibat dalam misi tersebut dimandi dan didandan menjadi tumpuan ramai.
Menerusi video tersebut, dua anjing K-9 pasukan Bomba itu adalah antara yang terawal dalam SAR dan berjaya menemukan mangsa-mangsa awal yang tertimbus. Kedua ekor anjing tersebut kemudian direhatkan apabila didapati penat setelah mengerah tenaga beberapa hari. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih ke atas khidmat yang pernah dilakukan oleh dua ekor anjing terlatih itu. “Awak hero kami, rehatlah untuk persediaan misi-misi besar seterusnya lagi,” tulis annan_martada. “Comelnya, tapi masa bertugas kamu berdua amat hebat, terima kasih kerana jadi hero Malaysia,” tulis FaraNadia. -CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 26-12-2022 04:51 PM
comel..dorg ni garang jgk kan?
umo bersara. umo anjing berapa thn? dh bersara dr gov..tuan dia amek ...
edayildiz replied at 26-12-2022 04:51 PM
comel..dorg ni garang jgk kan?
umo bersara. umo anjing berapa thn? dh bersara dr gov..tuan dia amek ...
che-cikL replied at 26-12-2022 05:57 PM
Tak jumpa pun IG ipie_ngaranku tu? Sesiapa ada link, nak minta share please
TIA
che-cikL replied at 26-12-2022 05:57 PM
Tak jumpa pun IG ipie_ngaranku tu? Sesiapa ada link, nak minta share please
TIA
belilies replied at 26-12-2022 06:02 PM
Bukan kat tiktok ke?
https://www.tiktok.com/@ipie_ngaranku
belilies replied at 26-12-2022 06:04 PM
Klik link ke video grooming bebulus ni
che-cikL replied at 26-12-2022 06:11 PM
Karangan budak2 wartawan tu tulis Instagram katanya. Apa nak harap dgn budak2 wartawan zaman sekar ...
lightheaded67 replied at 26-12-2022 06:30 PM
anjing2 yg kerja cri mayat smua ni kan, tak terganggu ke dalaman depa yek..
ADVERTISEMENT