Pengunjung pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur menghadapi situasi cemas apabila kesemua pengatup (roller shutter) ditutup secara tiba-tiba ketika pelanggan masih berada di dalam.
Video yang dimuat naik oleh @mspah.my di akaun TikToknya memaparkan keadaan pengunjung yang menjerit kerana berebut-rebut ingin keluar melalui pintu kecemasan diikuti dengan bunyi yang kuat dari arah eskalator. “Keadaan cemas di Sogo Kuala Lumpur petang tadi. Semua ‘roller shutter’ tiba-tiba tutup. Hati mula rasa tidak sedap. “Alhamdulillah selamat walaupun panik sangat tadi. Tidak tahu apa punca tiba-tiba jadi situasi kelam kabut itu,” tulisnya di dalam kapsyen.
Menerusi tinjauan Kosmo! di ruangan komen, difahamkan situasi panik tersebut terjadi kerana ada pelanggan yang memecahkan ’emergency break glass’ sehingga menyebabkan semua ‘roller shutter’ tertutup secara automatik. “Jika ada kebakaran, ‘roller shutter’ tu akan tertutup secara automatik. Tetapi jangan panik, sebab ada pintu kecemasan yang pengunjung boleh keluar. Semua pusat membeli-belah macam itu,” komen seorang netizen. “Saya pun ada disana semalam.. rasa macam ada benda jatuh dekat eskalator,” komen netizen yang lain pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 26-12-2022 05:20 PM
Kasi denda yang gatal tangan pecahkan tu...
Mesti jenis dok tekan n picit2 sayur n buau ni
ina_na replied at 26-12-2022 07:22 PM
Kalo tgk citer Korea..biasa yg gataii tgn ni bekas2 perisik..nak alih kan pandangan guard,deme nk ...
kakikuDibibirmu replied at 26-12-2022 07:23 PM
Tak pernah tengok cerita Korea, semua muka sepesen{:mlla ...
ina_na replied at 26-12-2022 07:28 PM
Tu sbb aku tau pelakon Ho min ape tu je..muka dia je lain skt .yg lain semua Sama muka..x kosher n ...
kakikuDibibirmu replied at 26-12-2022 07:23 PM
Tak pernah tengok cerita Korea, semua muka sepesen{:mlla ...
shernazz replied at 26-12-2022 07:33 PM
Yoo hae jin relaks je muka cm penjual ikan..berlakon pung dpt hero
ina_na replied at 26-12-2022 07:38 PM
Dah Google semata2 nk tgk yg mn satu.
ADVERTISEMENT