CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Safiey Illias Sedih Ebit Lew Dan PU Azman Dikutuk Bukan-Bukan

26-12-2022 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 866| Komen: 4

Semua sedia maklum, sekarang ini hangat diperkatakan mengenai kes yang melibatkan Ebit Lew dan juga PU Azman.

Menurut Astro Awani, Ebit Lew pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom.


Manakala PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man, dituduh atas pertuduhan ke-11 dan 12, di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, lima tahun lalu.

Foto: IG

Atas kejadian dan dakwaan tersebut, ramai pihak dan netizen yang menyuarakan pandangan mengenai kes ini, malah ada juga segelintir yang mula memberikan kata-kata kesat dan tidak manis kepada kedua-duanya.


Melihat di Instagram, Safiey Illias turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut. Tulisnya, dia merasa sedih apabila membaca komen-komen dari netizen yang mula memberikan kutukan terhadap kedua-dua individu tersebut.

Jelasnya, selagi hakim tidak membuat keputusan seseorang itu bersalah, maka seseorang itu masih belum dibuktikan bersalah, cuma dituduh sahaja.



Safiey juga turut rasa terkilan kerana disebabkan satu isu yang sedemikian, kedua-dua ikon ini yang banyak membantu, membuat kebaikan dan menderma terus dijatuhkan hukum dan dilupakan jasa mereka yang banyak sebelum ini kepada netizen.

Perkongsian Safiey tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dari pengguna Instagram. Ramai yang bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Safiey tersebut.

Akhir penulisan, Safiey berpesan kepada semua untuk lebih baik berdiam daripada berkongsikan perkara-perkara yang berbaur fitnah. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 27-12-2022 09:45 AM
safiey ni mental maafkanlah dia
Quote missHaidiD 27-12-2022 12:33 PM
Diamlah bapok. Bnyk pulak ckp. Abis ko tak kesian kt mangsa2 pulak
Quote Kak-Rohana 27-12-2022 12:36 PM
Pondan kekonon nak menongkah arus. Rumah dah terjual ke dek?
Quote September14 28-12-2022 09:21 AM
Sllu ponen yg suka kecam pu2 smua ni

Dia ni tbalik pulak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036409 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top