CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayash Lawat Pusara Ibu, Ramai Rindu Nak Tengok Video Masakan Arwah Siti Srah

26-12-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 935| Komen: 6

Perkongsian foto pelawak Shuib yang membawa anak kecilnya, Ayash Affan menziarahi pusara Allahyarhamah Siti Sarah menyentuh jiwa netizen.

Ianya dimuat naik menerusi akaun Instagramnya hari ini dengan kapsyen mengajak orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah isterinya itu.


Foto: IG

“Salam Jumaat Ibu @sitisarahraissuddin, sedekahkan Al-Fatihah buat insan-insan yang kita sayang, Amin Ya Rab,” coretnya ringkas.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan mendoakan kebaikan untuknya.



Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang rindu melihat gelagat Siti Sarah dalam pelbagai video masakannya ketika hayat masih dikandung badan.

“Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

“Rindunya arwah, rindu video masak-masak cakap ganu (Terengganu)…Al-Fatihah.



“Al-Fatihah, sebak pula tengok Ayash dekat pusara arwah.

“Terasa masih ada, rindu betul, Al-Fatihah buat Siti Sarah Raisuddin,” antara komen netizen.



Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi selepas bertarung dengan jangkitan COVID-19.

Arwah sebelum itu terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan (Ayash) bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.



Namun keadaan kesihatan Allahyarhamah merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas itu. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 27-12-2022 07:15 AM
dia buat dah…  hahaha…  pi la tunggang kubur tu…  btw, kesian watie bakal laki takleh move on jual kubur arwah isteri…  
Quote elzy 27-12-2022 08:22 AM
Ayoooo cukup-cukuplah...
Quote prince_marhaen 27-12-2022 09:39 AM
sambil menunggang sambil menggomol watetek..
Quote rosedemon 27-12-2022 09:45 AM
udah2 lah content vinik ko tu
Quote sofi_sofia 27-12-2022 12:26 PM
prince_marhaen replied at 27-12-2022 09:39 AM
sambil menunggang sambil menggomol watetek..

tersembur air! demi kelangsungan biz boboy bee .. klu tak tunggang org tak simpati .. klu org tak simpati saper nak masuk kedai woi!
Quote OsHiN_hOnEy 27-12-2022 12:30 PM
kesian betul dgn si jongos ni
punya lar kehidupan tu useless
sampai perlu buat drama setiap minggu
dia ingat dgn duit berkepuk dia
tengok kat cermin nmpk pantulan Fattah kot
minta dijauhkan kalo sesapa mengandung benci kat dia
selisih.

rasa bersalah ker tak bagi bini vaksin
while heavily preggy?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.138506 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top