CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Katering Cabut Lari! Pelamin, Makanan Tak Ada Masa Hari Kenduri, Keluarga Rugi RM12 Ribu

26-12-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2129| Komen: 13

Sebuah keluarga mendakwa kerugian RM12,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering di Kedah semalam.

Kakak kepada pengantin, @leenora.co mendedahkan bahawa ini adalah kali pertama dia sekeluarga tertipu dengan pakej katering dan pakej pengantin sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

“Hari ini merupakan majlis perkahwinan adik saya tetapi sebarang persediaan masih belum dibuat. Individu yang membuat perjanjian dengan pengantin juga sudah melarikan diri, dan tidak dapat dihubungi.

“Berkat bantuan daripada abang-abang ipar dan anak-anak buah merayu-rayu dan membuka khemah di majlis perkahwinan orang lain lalu memasangnya di sini barulah khemah dapat didirikan,” katanya menerusi hantaran video dimuat naik di akaun TikToknya.


Foto: TIKTOK


Tambahnya, proses memasang khemah agak memakan masa kerana mereka juga tidak berpengalaman dan tidak tidur sehingga siap pada waktu pagi itu.

“Kami juga terpaksa mencari pelamin dan membayarnya semula serta merayu kepada mereka agar memasangnya secepat mungkin dan pukul 4 pagi barulah ia siap dipasang.

“Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada orang lain yang langsung tidak memiliki duit modal tambahan, bagaimana agaknya mereka hendak langsungkan perkahwinan dengan persiapan yang tidak lengkap dan ketiadaan hidangan makanan,” katanya.

Jelasnya, pihak mereka sudah membuat laporan polis dan ternyata ramai mangsa yang telah tertipu dengan pakej ditawarkan oleh pihak tersebut.

“Selepas daripada kes itu, kami segera membuat laporan polis dan ternyata sudah terdapat lima kes dilaporkan terhadap kesalahan sama serta tempat yang sama,” katanya.

Seorang pengguna media sosial yang sama, @naimahsaad5002 berkata anak saudaranya juga pernah tertipu pada tahun lepas oleh pihak katering di Kedah.

“Serupa kejadian seperti ini. Huru-hara jadinya sebab pada hari kenduri, pihak katering tidak muncul,” katanya.

Dalam pada itu, @leenora.co sempat berpesan kepada bakal pengantin agar menjadikan kisahnya sebagai satu pengajaran dalam memilih pakej perkahwinan kelak. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 26-12-2022 02:24 PM
Knp ada kt bod gosip
Quote MsKathryn 26-12-2022 02:25 PM
Salah bod
Quote shernazz 26-12-2022 02:47 PM
Filter dia mmg gothic style ke?
Btw...kakak dia artis mana...teater ke atau artis tik tok?
Quote che-cikL 26-12-2022 02:57 PM
Dah kerja dgn Cari pun bodoh Salah board

Atau

Sebab bodohlah kerja dengan Cari
Quote slyfynx 26-12-2022 03:00 PM
Jap sape retis dalam kisah ni?
Quote anilanil 26-12-2022 03:03 PM
Kenduri sapa ni? IK ke?
Quote imransulaiman 26-12-2022 04:16 PM
che-cikL: Dah kerja dgn Cari pun bodoh S ...


Aku nak tergelak...tapi bertahan selagi boleh [em:3:]
Quote aechae 26-12-2022 04:20 PM
che-cikL replied at 26-12-2022 02:57 PM
Dah kerja dgn Cari pun bodoh Salah board

Atau

Sy pilih kedua2 point drpd sis tu… mod ni bodoh.noktah.
Quote che-cikL 26-12-2022 04:45 PM
Ala... Mod pun harap ada pangkat aje lebih daripada kita2 forummers ni, boleh lah buat bangga ada jawatan katanya dlm dunia tipu2 ni. Padahal bukan boleh buat apa, macam Pak guard Nepal sambil2 pelihara budak2 wartawan kelas belakang ni.
Quote rosedemon 27-12-2022 09:27 AM
sian ek. mesti ada buat dosa sbb tu dpt balasan gini
Quote boo04 13-12-2024 08:04 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:15 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:09 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.081212 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top