CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh Di Father’S Organic Farm: Lokasi Kejadian Tak Tersenarai Dalam Cerun Kritikal

26-12-2022 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 969| Komen: 5

PETALING JAYA- Kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu, tidak tersenarai dalam cerun-cerun kritikal.


Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan semalam oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Hisamudin Termidi.

“JMG menegaskan bahawa skop pemantauan cerun kritikal tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semulajadi yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain,” katanya.

Sementara itu, bagi penempatan ataupun sebarang cadangan pembangunan baru di lereng bukit atau berkedudukan berhampiran cerun, Hisamudin berkata ia merupakan sebahagian komponen dalam kebenaran merancang yang memerlukan penilaian risiko dibuat.


Foto: Kosmo


“Bagi risiko yang melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ali Geologi Malaysia membuat penilaian,” katanya.

Terdahulu beberapa media tempatan melaporkan bahawa cerun di kawasan tragedi tanah runtuh tersebut disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti JMG.

Bagaimanapun, jurucakap pengusaha Father’s Organic Farm, Frankie Tan berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa surat atau sebarang maklumat mengenai senarai terbabit.

Tragedi tanah runtuh yang terjadi sekitar pukul 2.42 pagi pada 16 Disember lalu telah meragut 31 nyawa, manakala 61 orang terselamat daripada jumlah keseluruhan mangsa terlibat iaitu 92 orang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 26-12-2022 02:13 PM
Kajian desktop study ke
Quote rosedemon 27-12-2022 09:25 AM
tak termasuk list pun dah jadi cmni nak ckap apa lagi diknon
Quote boo04 13-12-2024 08:04 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:14 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:09 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052811 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top