CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Sebijik Sama! Muaz Zabir Bangga Disamakan Dengan Aliff Syukri

26-12-2022 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1934| Komen: 9

"Termasuk abang dah ramai cakap macam ni. Bila ramai sangat cakap macam tu, kita tak boleh menidakkan. Tapi tak apa, cuma bezanya saya tak nak menjadi penyanyi tapi pelakon." 


Demikian kata Muaz Zabir yang menjawab komen pengguna laman sosial di TikTok yang menyamakan wajahnya iras usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. 

Foto: IG

Muaz, 25, atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir berkata, dia tidak pernah melenting, marah atau rimas setiap kali mendapat pertanyaan sedemikian terutama daripada kenalan baru dan orang sekeliling.

"Sebenarnya ramai dah cakap benda ni iaitu muka saya ada iras Datuk Seri Aliff Syukri, apatah lagi kalau jumpa kawan baru macam dalam program Fit For Action. Saya pun iyakan saja. Siapalah kita nak menghalang apa yang orang nak cakap mengenai kita. 


"Cuma, apa yang penting adalah reaksi kita. Sebenarnya, saya bangga bila disamakan dengan Aliff Syukri. Beliau pun kacak, berjaya dalam perniagaan, jutawan dan sebagainya. Siapa tak kenal beliau kan? Tapi, saya tidak mahu mengikut bayang orang lain dalam industri hiburan ini. 

"Kalau boleh nak ada personaliti sendiri supaya orang kenal saya sebagai Muaz Zabir. Cuma, kejayaan beliau siapalah yang tak nak," katanya. 



Muaz yang juga juara program Fit For Action di TV3 berkata, dia berharap orang ramai juga mendoakan kejayaan dirinya. 

"Kepada yang bercakap muka kami sama, saya berharap turut sama mendoakan saya agar berjaya dan memiliki kekayaan macam beliau.  

"Mungkin beliau banyak kontroversi sebelum ini, tapi saya yakin dia orang yang baik. Kita tak tahu personaliti orang tu di sebalik kamera. Apa yang dia tunjuk, itu kita nampak. Kadang itu adalah matlamat dan tujuan 'marketing'. Kita tak sedar diri sendiri tak adalah baik sangat," katanya. 



Menurutnya, dia juga teringin berjumpa dengan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu selain mahu menuntut ilmu kejayaan. 

"Ada yang tanya, kalau diberi peluang nak tak jumpa Aliff Syukri. Jawapan saya, apa salahnya. Sebab banyak perkara dan ilmu boleh diambil daripada orang yang berjaya ini. Macam mana dia berjaya, menjadi jutawan dan macam mana dia boleh tahan dengan segala percakapan orang mengenai dirinya. 



"Pendek kata, saya bangga ada persamaan wajah dengan Aliff Syukri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 26-12-2022 02:21 PM
X sebijik pun.
Iras2 sikit ade la
Quote Buritan 26-12-2022 04:22 PM
Kalo aku.. org kata muke mcm bidah.. skrg jgk aku pi bangkpk.. skrg jgk operate.. hahaha
Quote imransulaiman 26-12-2022 09:39 PM
Buritan: Kalo aku.. org kata muke mcm b ...


Kalau orang kata sama macam Fazura, kak burit nak buat apa pulak? Hihi...
Quote nolya 26-12-2022 11:54 PM
imransulaiman: Kalau orang kata sama macam Fazura, kak burit nak buat apa pulak? Hihi...


HHahaha, semerta la dia cari Fatah Amin.

Quote rosedemon 27-12-2022 09:44 AM
boleh la berlakon sama2
Quote prince_marhaen 27-12-2022 09:46 AM
dah hensem hensem gini...bapokkkkkk pulakkk.... aiyooo jacket siap ada puff kat bahu tu apa dikkk... ekekekeke... tgok live pun tgh kontrol kelempok..
Quote dekmieDandy 27-12-2022 10:56 AM
persamaan nya, dua-dua nampak ponen
Quote chekacheku 27-12-2022 10:57 AM
Ruginya kalo ponen
Quote electricopop 27-12-2022 11:07 AM
Sama celah bedah mana ek?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078504 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top