CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaman Bila Ni? Fesyen Bulu Burung Dan Ropol-Ropol Saerah Dan Saida Tak Menjadi! "Lain Kali Tanyalah Aina Abdul, Pecat Designer Baju Tu!"

26-12-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7711| Komen: 58

Percubaab peserta Famili Duo iaitu Siti Saerah dan Siti Saida tampil dengan fesyen lebih terkini selepas mendapat kritikan salah seorang juri profesional iaitu Ajai yang menyifatkan gaya mereka seperti makcik-makcik nampaknya tidak menjadi.


Sebaliknya pasangan adik-beradik itu sekali lagi menjadi buah mulut warganet ketika muncul pada minggu kedua program berkenaan yang menanggap penampilan mereka tidak sesuai dan ketinggalan zaman.

Ramai menyifatkan Saida dan Saerah sebagai mangsa fesyen apabila pakaian digayakan tidak bersesuaian dan menyarankan agar menjadi penyanyi Aina Abdul sebagai contoh.


Foto: IG

"Inilah namanya mangsa fesyen, siapa pereka baju ini? Ketinggalan zaman. tudung pun pakai elok-elok sikit.


"Zaman bila pakai bulu burung ini? Cuba ikut gaya Aina Abdul, walaupun pelik tapi nampak moden sikit," komen netizen.

Dalam pada itu, ada pula netizen minta Saida dan Saerah 'memecat' designer yang mereka pakaian mereka kepada orang lain.

Difahamkan, busana dipakai dua beradik pada pertandingan minggu kedua Famili Duo itu adalah rekaan Anas Abdullah.


Foto: mStar

"Pereka fesyen dia perlu dipecat dengan segera, tukar orang lain yang lebih sesuai.

"Penampilan pun main peranan juga dekat persembahan, jangan pakai macam ini tak sesuai," kata netizen lagi.

Pada pertandingan minggu kedua itu, Saida, 46, dan Saerah, 39, membawa lagu Kejoraku Bersatu yang turut menampilkan pelakon Wan Maimunah dalam persembahan mereka.

Bagaimanapun, persembahan mereka tidak berjaya menambat hati juri sekali gus meletakkan mereka berada di kedudukan terakhir. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 26-12-2022 02:07 PM
sister depa si ctdk pun sama pesyen sense sama hauk
Quote EraPajura 26-12-2022 02:16 PM
Diorang klau isi borang pertandingan dlam collum kelebihan depa isi "adik beradik ct"..tu je la bole di banggakan..
Quote missHaidiD 26-12-2022 02:21 PM
Rancangan ni ada yg kena terkeluar ke. Cept2 la 2 ekor ni terkeluar. Try hard nk masuk industri walau hauk semata
Quote orglama 26-12-2022 03:11 PM
Korang rasa ct penyanyi no 1 tu malu tak dgn kakak n adik yg gunakan nama dia utk try meletakkan diri di persada seni tanahair?
Quote buragazz 26-12-2022 03:29 PM
EraPajura replied at 26-12-2022 02:16 PM
Diorang klau isi borang pertandingan dlam collum kelebihan depa isi "adik beradik ct"..tu je la bole ...

Haha betul..
Quote chekacheku 26-12-2022 03:50 PM
Blh duk diam2 luar industri dah gini pesen..
Quote ReginaGeorge 26-12-2022 04:20 PM
Dua2 sendu, suara tak sedap dan try hard. Please jangan darftar nama sebagai seniman negara ye. Menambah beban kerajaan nak biaya hari tua korang nanti.
Quote cmf_premierleag 26-12-2022 04:26 PM
orglama replied at 26-12-2022 03:11 PM
Korang rasa ct penyanyi no 1 tu malu tak dgn kakak n adik yg gunakan nama dia utk try meletakkan dir ...

Akak rasa, jauh disudut hati ctdk, sheols mesti MALU
Sbb takyah la guna nama dia kan
Si saida tu, ms masuk AF dulu pun vokal hancur lebur
Si saerah lak pun nyanyi syok sendiri x abih2 bajet2 glemer sbg adik ctdk
Quote Perawankota 26-12-2022 04:53 PM
Tak belajar2 lagi ke yg ‘less is more’.. dah lah family duo ni bak kata ayda jebat kena kuar bajet sendiri… udah2lah
Quote ReginaGeorge 26-12-2022 04:53 PM
orglama replied at 26-12-2022 07:11 AM
Korang rasa ct penyanyi no 1 tu malu tak dgn kakak n adik yg gunakan nama dia utk try meletakkan dir ...

Dia tepuk dahi la jugak tu.. tp dia kan bukan jenis mengata org. So dia menyampah dalam hati je la. Or maybe dia tak menyampah langsung, malah support habis-habisan.
Quote nakkomenjugak 26-12-2022 06:58 PM
ateeeee village.com
Quote zuriey 26-12-2022 07:01 PM
Baju2 lama tokti la depa recycle
Quote DeLuna85 26-12-2022 07:03 PM
orglama replied at 26-12-2022 03:11 PM
Korang rasa ct penyanyi no 1 tu malu tak dgn kakak n adik yg gunakan nama dia utk try meletakkan dir ...

Aku pun terfikir benda sama
Quote sleepandream 26-12-2022 07:04 PM
aina abdul pun mangsa fashion jugak

kekdahnyer wartawan mmg notice adik beradik tokti ja kah dalam pertandingan sendu itoh? peserta lain takde limelight meh?
Quote kuchenta_81 26-12-2022 07:18 PM
Siti pun hari tu dah remind buat elok2 nanti - nada suara dia macam hurmm macam menahan geram je hahhaha tapi depan reporter yang serbu ke rumah dia kena la jaga air muka kannn
Quote mamastoney 27-12-2022 01:14 AM
20221227_005404.jpg
Rasanya baju ropol2 hijau ni haux to the max. Mmg xdak taste betul fashion dia. Yg saida tu hauk juga tp sbb muka lawa dan body kurus, so nampak ok jugak la tp sekrah ni mmg kampung ulu banat betul dressing dia.
Quote Shahman86 27-12-2022 01:18 AM
mamastoney replied at 27-12-2022 01:14 AM
Rasanya baju ropol2 hijau ni haux to the max. Mmg xdak taste betul fashion dia. Yg saida tu hauk ju ...

Pokok krismas ke ni???
Quote CikYaYaYa 27-12-2022 01:19 AM
omg apaaa punyaaa fashion laaa ko pakaii nie. haukkk to thee maxx
Quote emera 27-12-2022 01:39 AM
cmf_premierleag replied at 26-12-2022 02:07 PM
sister depa si ctdk pun sama pesyen sense sama hauk

Baju kawen dia inspirasi dari perut terburai complete dgn ropol2. Kampungdotcom sgt.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.137364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top