CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Menteri Melaka Bakal Ditukar Awal Tahun Depan?

26-12-2022 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1316| Komen: 7

Melaka: Isu pertukaran Ketua Menteri Melaka kembali hangat diperkatakan susulan ada pihak yang mendakwa jawatan berkenaan bakal bertukar tangan pada awal bulan depan.

Spekulasi itu mula bertiup kencang minggu lalu ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) sedang bersidang apabila tular nota suara yang mendakwa wujud gerakan diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri untuk menjatuhkan Ketua Menteri sedia ada, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dakwa individu tidak dikenali itu, gerakan sulit itu turut membabitkan beberapa pemimpin Umno negeri dan bahagian Masjid Tanah untuk menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri merangkap Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menggantikan Sulaiman.

Bagaimanapun, Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri ketika ditemui baru-baru ini, enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit.


Sulaiman, Foto: Harian Metro


"Tak payah (tidak perlu ulas), when I'm here, no more politic okey, no politic. (Bila saya di sini, tiada lagi politik okey, tiada politik)," katanya ketika melawat sebuah kilang di Batu Berendam, baru-baru ini.

Sementara itu, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu yang sedang bercuti, ketika dihubungi menafikan spekulasi terbabit, sekali gus menolak dakwaan beliau akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada awal bulan depan seperti didakwa sebuah akhbar berbahasa Cina dan beberapa portal berita, semalam.

"Tidak betul (laporan itu)," katanya ringkas ketika dihubungi media, pagi ini.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Sulaiman akan melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada Ab Rauf sebagai Ketua Menteri baharu dengan istiadat angkat sumpah akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 3 Januari ini.

Malah, timbul spekulasi yang mendakwa Sulaiman sudah menghantar surat pemakluman pelepasan jawatan berkenaan kepada Mohd Ali serta Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Laporan media itu turut mendakwa, susulan pelantikan ketua menteri baharu itu kelak bakal menyaksikan perubahan membabitkan barisan exco negeri dengan tiga daripada mereka dikatakan akan digugurkan.

Sejak BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November tahun lalu, situasi politik di negeri ini beberapa kali berdepan pergolakan apabila timbul dakwaan kononnya jawatan disandang Sulaiman akan bertukar tangan, namun, kedua-dua pemimpin itu, Sulaiman dan Ab Rauf tetap menafikannya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 26-12-2022 10:39 PM
Adehhh.. Semua lapar jawatan..
Quote menjad 26-12-2022 10:41 PM
Tukar ... Tukar.
Quote lostnfaun 26-12-2022 11:26 PM
Apa la yg Rauf tue nak sgt jd KM melaka? Tgk johor elok jer.. haha
Quote rosedemon 27-12-2022 09:24 AM
i donno idon care
Quote boo04 13-12-2024 08:05 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:15 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:10 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.034338 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top