CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Langgar Lampu Merah, Kereta Dirempuh Dan Terbakar 100 Peratus! Mujur Tak Mati

26-12-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2582| Komen: 22

Seremban: Padah melanggar lampu isyarat merah, nyawa seorang pemandu kereta hampir melayang apabila kenderaan dinaikinya dirempuh sebelum terbakar 100 peratus di persimpangan dekat Palm Mall, Jalan Sungai Ujong, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian jam 10.45 malam itu, pemandu Perodua Axia sempat keluar dari kenderaan dan tidak mengalami kecederaan serius.


Foto: Harian Metro

"Kemalangan di simpang empat lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall itu membabitkan dua kereta.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 45 tahun sedang bergerak dari arah Petron Sungai Ujong menuju ke arah Time Hotel, di sini.


"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Axia bertindak mengabaikan lampu isyarat berwarna merah lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, kemudian sebuah BMW 320i yang dipandu seorang lelaki berumur 40 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kiri Perodua Axia.

"Pelanggaran menyebabkan Perodua Axia berpusing lalu terbabas menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat.

"Impak pelanggaran menyebabkan Perodua Axia terbakar keseluruhan. Akibat kemalangan, tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua mangsa," katanya.

Beliau berkata, kenderaan yang terbakar berjaya dipadamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang hadir di lokasi kejadian

"Kes disiasat mengikut Rule 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 26-12-2022 02:08 PM
Cash. Yummehh..
Quote acikhan 26-12-2022 05:00 PM
haku baru tgk bideo nie td...kejadian pukul 10 lbh n haku balik dari kg ke semban jln yg sama jugak pukul 8.40 mlm.....keta putih tu langgar lampu merah, kesian mangsa keta merah...
Quote acikhan 26-12-2022 05:01 PM
oh silap baca, keta axia langgar lampu merah...
Quote wikedsaikel 26-12-2022 05:10 PM
Terbakar sebab crash tu pecahkan tong minyak ke
Quote cheezel 26-12-2022 05:13 PM
Bagusla tak mati. Biar dia beringat sikit. Bangang sangat
Quote shernazz 26-12-2022 05:21 PM
Iols kesiankan pemandu bmw tu..
Harap2 dapat claim insurans axia bodoh tu
Quote che-cikL 26-12-2022 06:54 PM
Haaa tepukkk
Quote makita 26-12-2022 09:06 PM
Kete merah tu dia nak ke arah sekolah anak meols. Kalau pagi2 tu boleh kira ya byk kete yg langgar lampu merah. Selaku yg  pnh jadi mangsa kene langgar sbb org tak reti nak benti masa lampu merah meols puas hati ya kete merah ni kene langgar laju2 sampai terbakar.
Quote redz85 26-12-2022 10:39 PM
bagus.. sangat puashati.. Play stupid games, win stupid prizes
Quote eyansss 27-12-2022 04:20 AM
hati jahat aku nak je dia terperangkap pastu dapat severe burn pastu survive but with critical condition…  tu je ubat untuk bangsat yang langgar lampu merah ni…
Quote zarulnazmi 27-12-2022 08:07 AM
Aku tengok dekat tiktok. entah kenapa banyak komen bodoh salahkan bmw padahal dah caption axia tu yang langgar lampu merah.
Quote lee_sakura 27-12-2022 08:15 AM
tak menyabau sgt axia, ni nk claim pon xblh sbb salah sendiri
Quote green~tea 27-12-2022 08:15 AM
acikhan replied at 26-12-2022 05:00 PM
haku baru tgk bideo nie td...kejadian pukul 10 lbh n haku balik dari kg ke semban jln yg sama jugak  ...

Terbalik uollz.. yang langgar lampu merah tu kete merah axia tu...

Semoga BMW tu dapek claim insurance axia tu...
Quote green~tea 27-12-2022 08:16 AM
lee_sakura replied at 27-12-2022 08:15 AM
tak menyabau sgt axia, ni nk claim pon xblh sbb salah sendiri

Eh ye ke camtu... kalo eksiden ni tak kira sapa salah kan, boleh je claim insurance
Quote elzy 27-12-2022 08:45 AM
Undang-undang laluintas perlu dipatuhi bukan sekadar takut kena saman, disebabkan seekor spesis macam ni, menyusahkan orang lain.. Dah terang-terang simpang empat, traffic lights bukan main besar dan terang, ko sengaja cari nahas! You deserve it!
Quote supernaturalee 27-12-2022 09:00 AM
axia nk rampas takhta king ke ni


takziah kt axia...baik budaknya
tuan die je yg hangsuang
Quote rosedemon 27-12-2022 09:24 AM
ha langgar la lagi langgar langgar
Quote tungkai 27-12-2022 09:41 AM
Axia tu dah sah2 total lost. Insurans nak cover damage BMW tu memang tak cukup..Masak la ko..
Quote imanjannah 27-12-2022 10:01 AM
moga jadi pengajaran kpd pemandu axia tu, itu pun klu nk ambik pengajaran la

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.209268 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top