Eyka Farhana tidak dapat menyembunyikan rasa kecil hati apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir warganet, terutama melibatkan penampilannya yang dikatakan semakin seksi.
Namun jelas pelakon Budak Tebing itu, dia tidak mahu terlalu larut dalam emosi sehingga menganggu kesihatan mentalnya. “Tipu kalau tidak terasa bila baca komen. Jadi, untuk jauhkan perasaan itu, saya pilih untuk tidak baca komen. Saya lakukan untuk jaga kesihatan mental sendiri. “Tetapi, ada juga yang menyampai dan bertanya. Bila ada komen melampau atau berunsur lucah, saya sekat akaun itu terus. Apatah lagi jika melibatkan keluarga, itu sangat melampau.
“Nasihat dan teguran itu ada caranya. Kalau peminat tegur dengan baik, saya terbuka dan terima. Cuma, kalau sampai maki hamun atau menggunakan perkataan tidak sesuai, saya sekat. Untuk kebahagiaan diri, saya kena elak semua itu,” kata pelakon berusia 27 tahun itu.
|
Nham22 replied at 26-12-2022 01:49 PM
Die bercinta dgn player jdt.. Haruslaa kene over the top
ADVERTISEMENT