CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Kasar Tapi Amerul Affendi Teringin Nak Jadi Lelaki Romantis

26-12-2022 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2529| Komen: 31

Amerul Affendi menaruh harapan diberi peluang menggalas peranan sebagai lelaki romantis yang dirasakan mempunyai cabaran tersendiri.

Sinonim dengan pelbagai watak, sama ada dalam naskhah genre berat, komedi mahupun aksi, kata Amerul, penerbit atau pengarah masih teragak-agak menawarkannya terbabit dalam kisah cinta.



Foto: Kosmo

“Sejujurnya saya teringin bawa cerita cinta sebab sepanjang 14 tahun terbabit dalam kerja lakonan, saya banyak buat watak hitam, lasak, komedi dan sebagainya, tetapi bukan figura romantik.

“Tentu saja saya mahu mencungkil sisi halus lain yang belum didedahkan sepenuhnya terutama membabitkan kisah hati dan perasaan.

“Saya sedar diri saya bukan jenis lelaki yang ‘charming’ atau romantik apatah lagi dengan wajah begini serta sikap yang tampak kasar. Jadi saya ingin cabar diri galas karakter ini.

“Barangkali pada mata penonton peranan romantik cukup mudah. Tetapi bagi saya itu sebagai ujian untuk menyerlahkan sisi berbeza daripada yang ditonjolkan sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online.



Aktor berusia 35 tahun itu ditemui selepas program bual bicara Mendepani Cabaran dan Relevensi Anak Seni dalam industri tanahair di Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Amerul bersama teman seperjuangan, Zahiril Adzim, yang juga alumni pusat pengajian seni itu diundang membicarakan topik seni dan bisnes sebagai persediaan kepada pelajar melangkah ke dunia pekerjaan nanti.

Mengenai hasrat tersebut yang disimpan sejak 2015 lagi, dia mendedahkan terbabit dalam sebuah drama kekeluargaan arahan Meor Hashim Manap, Setulus Cinta Aqilah.

Dari situ, perasaan teruja untuk mencuba watak cinta semakin membuak-buak bagi menyerlahkan sisi berbeza dirinya.



“Drama itu sudah agak lama menyaksikan saya sebagai anak Datuk Rahim Razali yang dipaksa kahwin dengan seorang gadis sekampung. Naskhah itu lebih kepada kisah keluargaan, bukan cinta.

“Saya pun pernah tanyakan kepada beberapa pengarah, tetapi belum ada rezeki untuk buat watak sedemikian,” katanya yang melihat aktor senior Ahmad Yatim sebagai idola bagi watak sedemikian.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 dan Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 itu turut mengakui kebanyakan orang industri masih sangsi dengan keinginannya itu.

“Bukan mereka tak percaya, sebaliknya saya rasa pembikin drama atau filem mungkin tak sangka saya mahukan watak lelaki romantik. Sebab itu saya kena maklumkan saya bukan bergurau,” ulasnya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai projek pertanian, penternakan, pembiakan ikan sangkar serta kini menjalankan penanaman rumput, Amerul berkata, bisnes tersebut turut membuka peluang kerja kepada pemuda kampung.



“Biarpun sebelum ini pernah berdepan kerugian akibat banjir, bisnes yang diusahakan di Temerloh, Pahang tetap saya perjuangkan sejak tujuh tahun lalu supaya terus hidup.

“Syukur sebab dapat juga bagi peluang kepada orang kampung terutama anak-anak muda bekerja berbanding mereka nak ke luar daerah,” tambah bintang Bunohan itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 26-12-2022 02:37 PM
suka tengok dia berlakon, lantak la org kata dia perasan A list ke apa sebab dia tak kacau org
Quote xtinkerbellx 26-12-2022 03:01 PM
Yes please. Best dia berlakon. Tak kan nk bg watak gangster je memanjang
Quote TerataiMelur02 26-12-2022 03:39 PM
Ok je dia ni takde la macam kelindan.
Jangan tiru perangai c pablo udah ler.
Quote belilies 26-12-2022 03:52 PM
heythere123 replied at 26-12-2022 02:37 PM
suka tengok dia berlakon, lantak la org kata dia perasan A list ke apa sebab dia tak kacau org

Di hati iols AA ni memang tahap A-LIST. Asal heols berlakon je gerenti best
Quote ciksom 26-12-2022 04:14 PM
Bagi aku dia pelakon gred A+ . Belakon apa pun mesti jadi. Semoga terus berjaya.
Quote heythere123 26-12-2022 04:41 PM
belilies replied at 26-12-2022 03:52 PM
Di hati iols AA ni memang tahap A-LIST. Asal heols berlakon je gerenti best

yes, memang berbakat. Tengok la, walaupun watak heols dalam Polis Evo sekadar jadi pondan, tapi karakter dia org ingat.

I suka tengok dia dalam Kalut Nak Kawen, typical melayu tapi tak annoying
Quote Hoola 26-12-2022 04:53 PM
Ok je. pasti boleh.
Achik pun bole fall in luv dgn Beto dlm ist aku dtg.
Pelakon2 handlan mcm u guys can go international!!!
Quote peachnfamous 26-12-2022 05:32 PM
teringin jugak tgk dia jd mat bunga.
Quote Aneem 26-12-2022 05:35 PM
Bg la watak apa pun, aku suka je lakonan dia.
Dr muka mcm kpop tapi berlakon takde jiwa.
Quote che-cikL 26-12-2022 05:39 PM
Iols caya je dia boleh bawa watak romantik.

Pelakon kalau muka acah lawa perasan hensem tapi tak pandai berlakon, buat semak mata Acik menengoknya.
Quote lasagna 26-12-2022 05:59 PM
Haah laa, betul gak dia tak prnh dpt watak gitu.
Lepas ni ada laa kot director panggil jd watak romantik.
Apa ada hal heols pun bkn calang2 actor.
Quote lasagna 26-12-2022 06:01 PM
heythere123 replied at 26-12-2022 04:41 PM
yes, memang berbakat. Tengok la, walaupun watak heols dalam Polis Evo sekadar jadi pondan, tapi ka ...

hahaha watak pondan tu nama Mat Yam.
dia prnh cite, nama tu lekat org panggil kat luar masa cite tgh hot
Quote becir 26-12-2022 06:05 PM
Ye dik merul. I penah wish you berlakon romcom ngan fazzy..mat poyo keje opis ngan pempuan anti social..tapi fazzy dah kawen pakai tudung skrg
mungkin tak nak dah.
Quote makita 26-12-2022 06:45 PM
Meols pnh jumpa dia ni msa beratur nk byr kat Aeon. Takde la karat kusam sgt muka dia. Tapi dlm gambar mmg  out lah. Beza byk dari tgok depan2.
Quote nakkomenjugak 26-12-2022 07:03 PM
go ahead
buatku jatuh cinta padamu
Quote orangbiasaje 26-12-2022 07:31 PM
becir: Ye dik merul. I penah wish you ...


Sy pulak bayangkan dia pairing dgn abil. Sbb KL gangster diorg bergandingan kan. Bygkan Abil wanita bandar lasak, dia mat kampung blur2 atau lurus bendul. Abil projek direktor untuk makanan berasaskan makanan organik, kena bekerjasama dgn merul usahawan ladang dan kebun yang sedang meningkat. Abil 'protect' merul sepanjang mengembangkan bisnes di dunia korporat melalui joint venture ni, merul membantu abil melihat dunia lebih sekadar statistik, projek dan ROI

Byk sgt tgk kdrama kot ni...
Quote nadie90 26-12-2022 08:04 PM
orangbiasaje replied at 26-12-2022 11:31 AM
Sy pulak bayangkan dia pairing dgn abil. Sbb KL gangster diorg bergandingan kan. Bygkan Abil wanit ...

Sinopsis not bad...mgkin bleh usulkan idea ni kat penulis2 skrip/cari mana2 producer yg boleh realisasikan idea sis ni
Quote nadie90 26-12-2022 08:34 PM
Sbnrnya mana2 pelakon pun bleh cuba watak romantik xkisah la rupa paras bukan pilihan penonton2 drama....cuma xsemua pndai execute/boleh buat karakter2 romantik ni smpai kat penonton....lebih kpd buat karakter2 romantik jd charming sbb rupa paras pelakon tu elok ja yg buat org angau (based on my observation/sy cuma pengulas yg xbljr bidg seni & persembahan) lol
Quote rosedemon 27-12-2022 09:34 AM
bagi la dia jadi hero dia tingin tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.092288 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top