CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar UTHM Jatuh Dari Katil Duat Tingkat, Kepala Berlumuran Darah Terkena Kipas

26-12-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2393| Komen: 19

Malang tak berbau! Siapa tak cemas melihat rakan serumah berlumuran darah terbaring atas lantai akibat terjatuh dari katil dua tingkat.

Menurut pengguna TikTok @nrizaaa, peristiwa rakan serumahnya yang dipanggil Yaya itu ‘berkarate’ dengan kipas biliknya berlaku kira-kira jam 1 pagi.


Sebelum kejadian, pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor itu berkata dia ada lalu di depan bilik Yaya dan melihat rakannya itu sedang membuat kerja di atas katil dua tingkat.




“Dalam 30 minit selepas itu, saya terdengar bunyi benda jatuh dengan kuat,” ujarnya.

Menurutnya, pada masa itu rakan serumah lain telah tidur, jadi dia terus memeriksa bilik Yaya bersama seorang lagi rakan yang dipanggil Syiqin.


“Apabila buka pintu bilik, ternampak Yaya dah terbaring atas lantai.

“Kami terus angkat kepala Yaya dan pada ketika itu, darah dari kepala Yaya keluar dengan sangat banyak, ingatkan hidung dia yang berdarah.

“Saya tanya apa yang terjadi, Yaya berkata yang kepala dia terkena kipas,” katanya mengimbas kejadian itu.



Tanpa melengahkan masa, dia terus memberitahu bahawa Yaya akan dibawa ke hospital terdekat, kira-kira 30 minit dari rumah sewa mereka.

Bagaimanapun, dia agak terkejut apabila Yaya pada awalnya enggan ke hospital kerana masih memikirkan tentang tugasan yang belum disiapkan.

Dalam keadaan cemas, dia dan rakan serumah lain memarahi Yaya dan terus memandu ke hospital.

Sebaik tiba di wad kecemasan, doktor memberitahu Yaya bernasib baik kerana kemalangan itu tidak terkena arteri yang menyalurkan darah dalam badan.

Dalam video yang tular itu, dia juga memaklumkan terdapat sedikit retakan pada kepala Yaya dan dia menerima enam jahitan di kepala sebelum membuat imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk rawatan lanjut.



Dia juga menceritakan tentang kepala Yaya yang dibalut dengan tudung akibat pendarahan yang banyak, sebelum dibawa ke hospital.

Tudung tersebut telah pun dibuang kerana basah lencun dengan darah tetapi ia dicuci terlebih dahulu.

Apabila segala urusan di hospital selesai dalam pukul 5.30 pagi, dia sempat bertanya Yaya punca 'tragedi' itu.

“Saya nak naik katil kemudian berdiri, ingatkan kepala masih jauh lagi dengan kipas. Tak perasan kipas yang terkena kepala,” demikian apa yang diberitahu Yaya kepadanya.

Sebelum ini, dia pernah berpesan kepada Yaya supaya berhati-hati apabila ingin naik atas katil kerana jarak kipas dengan kepala sangat dekat.

Pengguna TikTok itu juga sempat memberitahu keadaan kipas itu pada masa ini yang mana ia bengkok akibat terkena kepala Yaya dan juga ‘berdangdut’ apabila suis dihidupkan.

Dalam ruangan komen, netizen bimbang kejadian serupa berulang dan mencadangkan agar katil dua tingkat itu diubah posisi ke tempat yang lebih selamat.

“Allah, kuatnya kawan awak. Tolong alihkan katil ke tempat lain, takutlah.

“Kepala berdarah pun ingat tugasan universiti. Itulah yang akan terjadi jika tarikh menghantar tugasan bertimbun, tak pasti nak siapkan yang mana dahulu.

“Bahaya betul katil dua tingkat itu guna kipas siling. Dah macam filem Final Destination. Boleh dah usulkan tukar kepada kipas dinding, lagi selamat.

“Semoga cepat sembuh, Yaya. Kuat betul Yaya, tetap ingat tugasan.

“Tak faham kenapa hostel bagi kipas itu sedangkan bilik pakai katil dua tingkat. Walaupun kita dah besar, malang tak berbau,” demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zehra2 26-12-2022 01:00 PM
hostel ke rumah sewa?
kalo katil 2 tingkat selalu nya hostel.
moga cpt sembuh.
Quote gorjeous 26-12-2022 01:22 PM
Moga cepat pulih..
Quote Goodluckdontcry 26-12-2022 01:46 PM
Edited by Goodluckdontcry at 26-12-2022 01:48 PM

Den dulu pun waktu belajar katil 2 tingkat dan den selalu kene duk tingkat ats ( menyampah btl) ..kipas dekat jer..kdg blh pegang2..tp waktu xbuka suis la..ada 2 keadaan..satu kipas yg 3 bilah..dan satu kipas yg tertutup..tp alhamdulillah den xde pernah terkena mcm2 sbb den selalu berhati2..lgpun den selalu ingtkan dlm kepala hotak berjambul den..duk elok2 kan xpsl mati kene kipas.. kehkehkeh so dik, lain kali hati2 lebih lg ok...
Quote SecretLuv 26-12-2022 02:10 PM
Arwah atuk iols pernah kena kipas dulu. Tapi kena telinga la.. Ngeri bila ingat
Quote slyfynx 26-12-2022 02:28 PM
Ayat tajuk pun x tersusun.
Die berdiri atas katil, kene kipas.
Jenuh aku pikir nape die jatuh katil and pastu kene kipas sampai kepala berdarah
Quote fefeeling 26-12-2022 02:32 PM
slyfynx replied at 26-12-2022 02:28 PM
Ayat tajuk pun x tersusun.
Die berdiri atas katil, kene kipas.
Jenuh aku pikir nape die jatuh katil  ...

Reput cari kena keje OT public holiday, tu yg keje menaip cam tak ikhlas habis tunggang langgang ayat
Quote wirazam 26-12-2022 03:49 PM
NC uthm kena menjawab nih..rasanya org osha ada kan kat setiap Univ?
Quote Lagubestbest 26-12-2022 04:30 PM
Masa kat uni dulu pernah ada awek sekuliah tu tetibe tangan berbalut kena kipas siling. I pandang serong je tak buat caring pergi tanya dia okay ke tak pun, sebab dia tak cun. Haihh.. skrg tak dah. empati tu ada dah dalam diri.
Quote edayildiz 26-12-2022 04:34 PM
msti dia lupa pergi berdiri nk turun tngga..mmg kalau hostel kipas tgh2 tepi kiri kanan katil..hostel kt unimas dulu la.rindunya first time masuk uni 3 org sebilik
rindu zaman studyyy dr bljr..so bethol la kerja xbest wpn dpt duit
Quote kucing_gebu 26-12-2022 04:52 PM
Ayat reputz mcm sel2 otak putus. Sakit ati baca
Quote mejaputih 26-12-2022 04:57 PM
Kena letak kipas yg ada sarung tu...cuma kipas tu maybe tak brp kuat la kot..
Quote tikusmontok 26-12-2022 07:27 PM
Omg!! siapa reputz mstaronline ni??? Tonggang langgang ayatnya umpama bebudak skolah tamil mengarang bm, ala2 beger benjol pun ada
Quote LadyCarefree 27-12-2022 04:46 AM
apa teruk benar xjaga safety?
Quote rosedemon 27-12-2022 09:23 AM
aduii nasib tak mati
Quote Suchi 27-12-2022 09:31 AM
Adoi bahaya betui, sbb tu tak suka katil 2 tingkat ni. Utk anak2 pun iols guna katil ikea yg boleh tarik bawah tu jd katil so akan nampak mcm tangga.
Kipas siling bukan ke selalu duk tgh2? Pastu katil asrama selalunya susun ke tepi tingkap kan? Mcm bahaya plak letak katil bawah kipas.
Quote AKAZ85 27-12-2022 09:41 AM
Hostel uthm ade katil 2 tingkat ke? Setahu meols masa meols study kat sana dulu semua katil single.. Bahaya betul
Quote boo04 13-12-2024 08:05 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:17 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:11 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.072403 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top