CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Melantak' Sampai Berat Cecah 160 Kg, Lelaki Taubat Lepas Menderita Diabetes

26-12-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3100| Komen: 42

Dua dekad lalu, lelaki ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam denggi.

Dia sendiri tidak menyangka bahawa detik tersebut bermula segala-galanya, di mana dia mendapat khabar yang merubah seluruh kehidupannya.


Menurut lelaki bernama Vicky Rao, berdasarkan hasil ujian darah yang dilakukan ketika itu, doktor mengesahkan dia menghidap diabetes jenis 2 (type-2).

"Perspektif saya berubah dalam sekelip mata, dan mula menyedari bahawa saya telah mengambil remeh mengenai kesihatan sepanjang hidup saya," ujar Vicky.


Foto: mStar

Sebelum mengetahui mengenai penyakit tersebut, Vicky begitu menikmati hidupnya dan mengambil apa jua makanan yang disukai.


"Saya seorang lelaki muda dan gembira dapat menikmati hidup saya semaksima mungkin. Saya makan apa sahaja yang saya mahu. Saya suka makanan segera dan minuman bergas. Saya mempunyai berat badan 160 kilogram.

"Perkara terakhir yang saya mahukan ialah menyekat nikmat terhadap makanan ringan yang memberikan keseronokan," kongsinya.

Namun sejak menjadi penghidap diabetes, Vicky akur dia perlu mengubah tabiat lamanya.

"Doktor memaklumkan bahawa menguruskan diabetes adalah komitmen sepanjang hayat dan menasihati saya untuk lebih banyak bersenam sambil mengurangkan gula dan karbohidrat.

"Keputusan harian mengenai penyediaan makanan dan jumlah yang saya makan boleh memberi kesan ketara kepada tahap glukosa," katanya.

Namun, melakukan perubahan drastik kepada gaya hidup membuatkan dia tidak betah bertahan.

"Saya mula berasa letih, beransur-ansur kembali ke tabiat lama iaitu makan dan tidak aktif. Saya kecewa, tidak gembira dan mula berputus asa," ujarnya.

Bertahun-tahun bergelumang kembali dengan tabiat lamanya yang tidak sihat, sekali lagi Vicky tersentak.

Semuanya selepas dia melakukan ujian HbA1c, iaitu untuk mengukur tahap glukosa.

Buat kali pertama dia melakukan ujian tersebut sejak sekian lama, Vicky terkesima apabila mendapati paras glukosanya berada pada 19.1 milimol seliter (mmol/L), iaitu paras tertinggi dan jauh melebihi julat normal di bawah 5.7 mmol/L.

"Titik perubahan sebenar berlaku enam tahun lalu apabila saya dimasukkan ke hospital kerana tahap glukosa saya terlalu tinggi.

"Ketika itu saya sedar usia sudah meningkat dan saya juga sudah berkahwin. Saya tahu saya perlu mengubah gaya hidup, atau mati.

"Saya mula mencari maklumat dalam talian untuk memahami tabiat yang perlu saya amalkan sepanjang hayat untuk menguruskan diabetes saya dengan lebih baik.

"Semakin saya belajar, semakin saya teruja. Teknologi berkembang sejak saya mula-mula didiagnosis, dan saya menemui pelbagai alat yang membantu untuk memantau tahap glukosa dan memahami perkara yang perlu saya lakukan untuk kekal sihat," cerita Vicky.

Vicky kini menjalani rejim pemantauan yang konsisten, merangkumi pemeriksaan tahap glukosa tujuh kali sehari, mengutamakan diet yang berkhasiat dan juga mengintegrasikan suplemen pemakanan diabetes Glucerna dalam pengambilan hariannya.

"Hasil daripada usaha ini, bacaan tahap glukosa saya bertambah baik, yang telah mendorong saya ke arah kesihatan yang lebih baik.

"Pada tahun 2021 saya menyertai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna (GLCP), program intervensi selama empat minggu yang merangkumi kaunseling pemakanan, pemakanan diabetes, senaman dan pemantauan glukosa berterusan.

"Sepanjang program, saya mengadakan perundingan mingguan secara maya dengan pakar diet yang memberikan sokongan dengan rancangan pemakanan berdasarkan keperluan diet, keutamaan dan matlamat kesihatan saya," cerita Vicky.

Lebih menggembirakan ujarnya, hasil daripada program berkenaan pantas dan menunjukkan keputusan positif.

"Selepas sebulan mengikuti program itu, saya hilang lima kilogram dan tahap glukosa saya stabil pada sekitar 6 mmol/L.

"Saya juga belajar cara merawat episod tahap glukosa rendah secara berkesan, yang dikenali sebagai hipoglisemia, yang merupakan salah satu cabaran terbesar.

"Program ini mengajar saya kepentingan tabiat gaya hidup sihat, mengawal saiz bahagian untuk setiap jenis makanan, mematuhi jadual makan, bersenam secara teratur dan mengambil formula khusus diabetes yang mengandungi nutrisi lengkap dan seimbang, seperti sebagai Glucerna.

"Tetapi pengajaran paling penting yang saya pelajari ialah diabetes boleh dirawat. Ia bukan hukuman mati.

"Saya berharap perkongsian pengalaman saya akan memberi inspirasi kepada penghidap diabetes untuk membuat perubahan gaya hidup yang positif," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 26-12-2022 01:14 PM
gambar kecik tu bukti dah taubat ka? sulit juga untuk dipercaya

Quote ninja9 26-12-2022 01:24 PM
kenapa aku tengok peminat man united ni semua gem gem ...
Quote shernazz 26-12-2022 05:36 PM
Okay ke uols glucerna.ni?
Igt nak belikan utk.mak.iols
Now mak iols.makan metformin je..
Insulin doc ckp takyah dah sebab mak iols takut jarum
Quote aina_shaira 26-12-2022 05:38 PM
shernazz replied at 26-12-2022 05:36 PM
Okay ke uols glucerna.ni?
Igt nak belikan utk.mak.iols
Now mak iols.makan metformin je..

Mak uols kurus ke badan besar?
Quote shernazz 26-12-2022 05:40 PM
aina_shaira replied at 26-12-2022 05:38 PM
Mak uols kurus ke badan besar?

Biasa je...badan dia tak besar pung...
Baju pung saiz m je..haha
Quote Jitu 26-12-2022 10:06 PM
sebut pasal melantak lapar la pulak
nak gi mkn nasi lemak la baru beli td
Quote wanawina 26-12-2022 10:10 PM
shernazz replied at 26-12-2022 05:36 PM
Okay ke uols glucerna.ni?
Igt nak belikan utk.mak.iols
Now mak iols.makan metformin je..

Cuols kalau follow up kk, mintak nak jumpa dietitian. Nanti cuols boleh tanya deyols apa yg sesuai.
Quote kotakbaju 26-12-2022 10:24 PM
Kat mana nak cek tahap glukosa tu. Kena pi klinik ke atau cek kat farmasi
Quote Kak-Rohana 26-12-2022 10:41 PM
Makan semua yg jenis high carbo.. exercise jarang how dek? Bangga pulak masuk dlm socmed  melantak cam hantu raya dek
Quote shernazz 26-12-2022 11:14 PM
wanawina replied at 26-12-2022 10:10 PM
Cuols kalau follow up kk, mintak nak jumpa dietitian. Nanti cuols boleh tanya deyols apa yg sesuai ...

Ooo
Okok
Mak iols follow up kat kk sg sekamat skang...
Nnt iols mintak dia tanya doc sana kan
Tqtq uols..maknanya mmg tak.boleh beli sebarangan juga la ya?
Quote edayildiz 27-12-2022 12:18 AM
Edited by edayildiz at 27-12-2022 12:20 AM

noreen pelakon tu pun berat dia byk jgk 100+ kg..
mcm xsangka pulak sbb tgk dia xde la gemuk sgt..
i sgt takut gemuk..kalau rasa gemuk baju makin padat i xblh tdo
xnk pisang berbuah lg..i mmg gemuk jgk masa remaja..pastu kan i mmg xmkn sgt wpn teringin sgt nak membedal mknn berlemak tp tahan je la..tp skrg mcm x terkawal sikit mknnya..tp suprising 10hari ini i xmkn ns sgt..so kureng sikit moks
Quote BoongaKertas 27-12-2022 07:44 AM
edayildiz replied at 26-12-2022 04:18 PM
noreen pelakon tu pun berat dia byk jgk 100+ kg..
mcm xsangka pulak sbb tgk dia xde la gemuk sgt..
i ...

dia bgtau kat mana chuols berat dia cenggitu?
Quote Kitty_catz 27-12-2022 08:48 AM
makan untuk hidup

bukan hidup untuk makan

ngok!
Quote wanawina 27-12-2022 08:58 AM
shernazz replied at 26-12-2022 11:14 PM
Ooo
Okok
Mak iols follow up kat kk sg sekamat skang...

Tak juga cuols.

Ada susu khas utk diabetic, dia bertindak as makanan tambahan utk elakkan diabetic ni dari snacking benda2 tak sihat.

Ada yang utk selera makan. Mcm opah meols ambik nutren. Sheols kalau tak lalu makan ambik segelas. Rasa kuat la sikit.
Quote ina_na 27-12-2022 09:01 AM
Kitty_catz replied at 27-12-2022 08:48 AM
makan untuk hidup

bukan hidup untuk makan

Ramai je yg bangga hidup untuk makan aka melantak.. seram tgk pola pemakanan deme..bl Kita tegur kang mula kecam...
Quote shernazz 27-12-2022 09:21 AM
wanawina replied at 27-12-2022 08:58 AM
Tak juga cuols.

Ada susu khas utk diabetic, dia bertindak as makanan tambahan utk elakkan diabeti ...

I see...tu la
Mak iols ni iols nak belikan glucerna ni..
Geram sungguh la iols.ckp jangan minum teh ais..dia kata nak rasa sikit je...sabo jrlah kan...
Nak.masukkan mesin cuckoo dia tak mau sebab nyusahkan dia nak bg ruang kat mesin cuckoo
Dia tak yakin air tu boleh minum terus
At least ada air ni..dia takde la nak minum merepek2...ada la cover utk dia juga...
Riso...
Quote rosedemon 27-12-2022 09:22 AM
adan ukeee
Quote green~tea 27-12-2022 09:40 AM
kotakbaju replied at 26-12-2022 10:24 PM
Kat mana nak cek tahap glukosa tu. Kena pi klinik ke atau cek kat farmasi

Boleh beli blood glucose meter ratus2 gak rega sbb ada include test strips and jejarum... nenek i ada diabetes tp jenis tak serious lah sheols pun meninggal 76 sbb cancer... tp sheols pesan and bg awareness pasal diabetes kat family members..
Quote green~tea 27-12-2022 09:42 AM
shernazz replied at 27-12-2022 09:21 AM
I see...tu la
Mak iols ni iols nak belikan glucerna ni..
Geram sungguh la iols.ckp jangan minum te ...

Iols pun ada kasik cuckoo kat PIL... mula2 je depa was2 nak pakai... berbulan jugak mesin tu terhias atas cabinet dapor diorang.. tp now i tengok diorang dah start pakai diligently....

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054747 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top