CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mo Salah Dikecam Peminat Muslim Sebab Sambut Krismas

26-12-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1431| Komen: 15

London: Bintang Liverpool, Mohamed Salah menerima kritikan hebat di media sosial oleh penyokong Muslim selepas dia menyiarkan foto keluarganya bersebelahan pokok Krismas.


Salah yang juga seorang Muslim turut berkongsi tulisan '#MerryChristmas' bersama foto itu di akaunTwitter dan Instagramnya.

Pemain berusia 30 tahun itu dan keluarganya - isteri Magi dan anak mereka Makka dan Kayan berpakaian pijama dalam foto terbabit.

Foot: IG

Namun ciapan Salah tidak disenangi penyokong Muslim dengan kebanyakan kritikan dihantar dari luar United Kingdom.

Seorang peminat berkata: "Saya akan berhenti mengikuti anda dan tidak menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas bersama penganut agama itu."


Seorang lagi berkata: "Saya menjadi penyokong Liverpool sejak kecil lagi tetapi kini saya berhenti menyokong kerana anda meraikan Krismas. Anda baru sahaja kehilangan saya sebagai peminat Mo Salah. Selamat tinggal!"

"Mo Salah, saya suka awak sebagai peminat Madrid. Saya anggap anda pemain hebat dan sering menjadi inspirasi saya. Tetapi selepas ciapan ini saya tidak lagi anggap anda sebagai contoh.

"Anda mengecewakan saya. Jika anda tidak memadamkan ciapan ini, saya tidak akan mengikuti anda lagi," kata seorang lagi peminat.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan penyerang Mesir itu apabila menganggap dia pemain terhebat Afrika.

"Kepada kami anda adalah gabungan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe. Nikmatilah," kata mereka.

Seorang lagi peminat berkata: "Ucapan Krismas paling ditunggu-tunggu."

Salah dijangka tampil dalam kesebelasan skuad Jurgen Klopp pada aksi pertama Liga Perdana sejak Piala Dunia dengan kunjungan ke Aston Villa pada Boxing Day. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 26-12-2022 11:45 AM
Semua salah buat adalah salah
Kalau tak..takkan nama.dia salah..
Mesti nama dia jadi betul..
Quote lightheaded67 26-12-2022 12:09 PM
Edited by lightheaded67 at 26-12-2022 12:15 PM

ahhh tak habis lagi ka. kerja kita bagi info bnde pokok je udahla, yg lain setel sndiri " your deen, your deal" kekdahnya gitu. paling takleh go hujah kalau benci sgt dgn kapir knp sebuk sgt nk jalan2 luar negara. aku peninggggg. taktau pulak tuhan cipta negara malaysia ja bumi negara lain kapir yg cipta. huhu.

selagi tak mati, iman mmg akan kena usik ape kte purcaya ape kite tak purcaya. yg kapir belum tentu slamanya kapir, yg beriman belom tentu smpi mati beriman. kita kasi tau info bnde pokok bnde betul aja (ikut belief kita la. kapir nk kata kita salah pun biarla, mesti la bg depa kita salah dah lain dgn belief depa, takyah gado). jgn la tacing. ingat modai nya asalkan tak usik bnde pokok, toron lah ape korg nk toron nnti pndai2 lah cari jalan sndiri info ilmu basic extra smua org dh tau kan. kalau takut tak jumpa jalan balik, hidop lah jadi pembaris ja atau pun aib paling besar ko buat korek hidung di khalayak ramai. huhu
Quote supernaturalee 26-12-2022 12:32 PM
Layan ni je lah
Serba salah kan salah

https://youtu.be/sI-pA1UGo5I
Quote edayildiz 26-12-2022 12:34 PM
bergambar jer takkan xblh jgk..i celebrate tkr tkr hadiah mkn mkn tp i xpost pun kt medsoc tkt kena sekolah sbb last yr dah kena.
i suka part hadiah jer
Quote Decaffeinated 26-12-2022 12:54 PM
paling lawak yang ugut tarik sokongan pada Liverpool. Dah tu ko ingat selama ni Liverpool tu kelab isle ka

Quote ChildrenOfBodom 26-12-2022 12:56 PM
Umah melayu kepam bertudung berlambak bergambaq depan pokok xmas dkt mall
Quote xtinkerbellx 26-12-2022 03:07 PM
Iols suke xmas sbb suke tgk decor2
Quote kemaruk 26-12-2022 03:13 PM
Teringat dulu bangkem pernah berdebat dengan penyokong PAS.. masa tu pas dan DAP tengah comolot

Bangkem tanya kenapa ucap selamat hari krismas tak boleh, tapi elok je penyokong PAS ucap happy CNY sambil kunjung mengunjung ambil angpau bagai

Pastu pensokong PAS tu cakap eh eh eh CNY tu bukan perayaan keagamaan tau.. CNY tu cuma perayaan kebudayaan

Bangkem balas lagi abis tu kenapa mualaf cina tak pernah buat open house sambut CNY? terkedu pensokong pas tu nak jawab
Quote stingerbumpy 26-12-2022 03:16 PM
ChildrenOfBodom replied at 26-12-2022 12:56 PM
Umah melayu kepam bertudung berlambak bergambaq depan pokok xmas dkt mall

@sayawifenikmie cuker dgn hiasan pokok krismas dgn lampu hiasan lip lap...tapi bila ditanya kenapa tsk dibeli je pokok krismas perhiasan dan diletak dlm rumah? Terus kejong berbelas ribu bahasa


Kahkahkahkah
Quote VioletsAre_Blue 26-12-2022 06:15 PM
Season lepas flop teruk lepas sambut krismas. Tahun ni kita tengok macam mana
Quote che-cikL 26-12-2022 06:18 PM
Agaknya sebab pakai baju tidur tu nampak macam dia sambut. Kalau bergambar di mall ke kat outdoor ke, kurang sikit kecaman tu.

Quote rosedemon 27-12-2022 09:21 AM
biorlah bukan masuk neraka pon
Quote boo04 13-12-2024 08:07 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:18 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:12 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.171857 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top