CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Akan Terus Membunuh Bola Sepak Malaysia,"-TMJ

26-12-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3563| Komen: 47

Kuala Lumpur: "Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia."

Itu janji pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui ada segelintir pihak masih tidak menerima kenyataan bahawa kelabnya sudah mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat.


Lantas, bagi menutup mulut pengkritik, Tunku Ismail berjanji akan meneruskan pemburuan dengan membeli pemain-pemain terbaik tempatan dan hanya akan melepaskan mereka dalam aksi kalendar Fifa sahaja.


Foto: Harian Metro

"Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami."

"Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan.

"Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas."

"Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

"Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja," katanya di ruangan komen Instagram hari ini.

Dalam kempen Piala AFF ketika ini, prestasi baik ditunjukkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B sekaligus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

Di sebalik kejayaan itu, skuad yang dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.

Tonggak JDT lain tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran aksi Piala AFF dilangsungkan di luar kalendar Fifa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 26-12-2022 11:38 AM
ewwwwwwwwwww
Quote Decaffeinated 26-12-2022 01:26 PM
OK ja kasi peluang Selangor pulak

asik2 JDT ja wakil Malaysia bila lagi Terengganu, Sabah, Nismilan nak merasa



Quote prizadane 26-12-2022 01:28 PM
Susah kalau hidup ni terlalu mendongak ke atas
Quote cmf_premierleag 26-12-2022 01:33 PM
ok,noted...k bye
Quote nikaido 26-12-2022 01:43 PM
Stupid boy xhabis meroyan. Baru je layak piala asia dah berlagak xpndang piala aff. Mbappe baru habis final piala dunia pun dah start training balik.
Quote grouper 26-12-2022 03:13 PM
Koyak teruk ni
Quote stingerbumpy 26-12-2022 03:19 PM
Join ler k league atau j league.....setakat terus berkubang dlm liga kpg.com apa jadahnya?

Quote lyshafull 26-12-2022 03:34 PM
Ok noted

Semoga maju jaya akhir smpai bolh masuk word cup
Doa dri jiran sebelah sebelah
Quote darkness 26-12-2022 06:41 PM
Kenyataan bongkak. Hidup ni tak selamanya ko diatas
Quote Cokoro 26-12-2022 06:45 PM
Ok noted
Quote haruslah 26-12-2022 07:20 PM
Dlm donia ni selain pompuan selalu bethollll......

Btw, mcm la MAS asik menang je AFF tu
Baru skali je sepanjang edisi
Lagak mcm jore tiap edisi

Hello sanusi....
Quote haruslah 26-12-2022 07:21 PM
Eh lg 1 kan
AfF kali ni memang negara jimbabwe nak MAS kalah....
Quote noor2 26-12-2022 07:35 PM
Hancurkan terus
Quote brego 26-12-2022 07:38 PM
Edited by brego at 26-12-2022 07:41 PM

elok la haram kan player negeri lain join jdt nih,
biar jdt guna player johor saja.

buat macam atletic bilbao dalam la liga,
takde sign player luar dari basque country.

sesuai la ni, sama konsep dengan bangsa johor

ini dah la mencuri bakat negeri lain,
lepas tu halang sarung jersi negara.

elok la full semua satu team asal johor semua.
takde sape pedulik kau tak main malaysia pun

Quote Innrukia 26-12-2022 07:40 PM
statement bakal sultan & agung Malaysia?
Quote kakikuDibibirmu 26-12-2022 07:41 PM
Bola sepak benda hidup ke?
Quote Azharitubunga 26-12-2022 07:41 PM
Patutlah asyik menang aje
Tak ada JDT rupanya
Quote Meiizu 26-12-2022 07:50 PM
Mcm ni lah bila dpt pimpinan tak berpelajaran & keturunan hemmn
Quote mbhcsf 26-12-2022 07:57 PM
Edited by mbhcsf at 26-12-2022 07:58 PM

jika dibandingkan dengan AFF  tahun lalu yg lemau , wow best kali ni  ye..bakat bakat tempatan wowlah dari liga negeri lain dapat diserlahkan juga kali ni. Ini juga adalah  ujian kepda Kim Pan Gon  kali ni - di mana beliau berkata tak  pernah dalam karier beliau , pemain tolak daripada bermain mewakili negara...so bila JDT players and player tonggak tak ade, eh ingatkan struggle tapi okay jugak ye...makna kata kita tak ketandusan bakat cumanya KPG ni dia teliti buat keje and sanggup extra work  analisis demi analisis.

tapi hikmahnya  dengan ikhtiar dan tunjur ajaq KPG , wow  bagusnya Faisal Halim and gang gang lain yg bukan JDT dapat saya tengok ...yg sumbat gol bertalu talu dan kali pertama tu wow lah ..

lain benar dengan permainan AFF Suzuki kite Last year yg teruk sangat...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047278 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top