CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dimasak' Hidup-Hidup, Lelaki Mati Terjatuh Dalam Relau Keluli Cair Mendidih

26-12-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 864| Komen: 5

TARAZ, KAZAKHSTAN – Seorang lelaki ‘dimasak’ hidup-hidup selepas terjatuh ke dalam bekas mengandungi keluli cair yang mendidih dalam satu kemalangan mengerikan di sebuah kilang keluli di Kazakhstan, lapor akhbar Daily Star.


G K Yeskaliev, 50, merupakan seorang pekerja yang menjaga relau panas mendidih di kilang Zapchast di bandar Taraz.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia terjatuh ke dalam bekas besar yang mengandungi keluli cair di dalam relau panas.

Yeskaliev dilihat tersandung kaki ketika mencampurkan bahan itu menggunakan batang besi besar.


Foto: E2W

Takat lebur keluli karbon adalah sekitar 1,540 darjah Celsius manakala badan manusia hanya boleh menahan suhu panas kira-kira 40 darjah Celsius.


Yeskaliev dilaporkan tidak mempunyai peluang untuk terselamat dalam insiden itu, namun keadaannya tidak dijelaskan.

Beberapa laporan media tempatan menyebut dia membawa sebatang besi dan menggunakannya untuk menolak objek lain ke dalam relau, namun batang tersebut melantun kembali, menyebabkan Yeskaliev gagal mengimbangi badannya.

“Yeskaliev terjatuh ke dalam relau menggelegak dan seluruh badannya melecur,” kata satu laporan media.

Sementara itu, satu lagi laporan menyebut lelaki berkenaan cuba membaiki sesuatu di dalam relau tersebut menggunakan batang besi.

“Namun, mangsa tidak dapat menahan batang besi itu lalu terjatuh ke dalam relau yang mendidih,” kata laporan berkenaan.

Jabatan kecemasan wilayah Zhambyl mengesahkan insiden itu dan siasatan ke atas kemalangan tersebut sedang disiasat. – CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 26-12-2022 12:48 PM
Masakkkkk


Quote rosedemon 27-12-2022 09:20 AM
masuk je mmg terus gone ni. kompom
Quote boo04 13-12-2024 08:07 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:18 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:13 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.112844 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top