CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batal Nikah Sehari Sebelum Majlis, Dihina Bakal Isteri Sebab Mas Kahwin Tak Cukup RM200

26-12-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1266| Komen: 11

JAKARTA – Seorang bakal pengantin di Palembang, wilayah Sumatera Selatan terpaksa membatalkan perkahwinannya sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung selepas diherdik keluarga tunangnya kerana gagal menyerahkan baki duit mas kahwin berjumlah 700,000 rupiah (RM199).


Berdasarkan sebuah hantaran tular di media sosial, kakak kepada calon pengantin lelaki, Elsa berkata, majlis perkahwinan adiknya sepatutnya berlangsung pada 18 Disember lalu.

Keluarga mereka akhirnya membatalkan perkahwinan tersebut kerana dimarahi pihak perempuan kerana gagal melunaskan baki mas kahwin yang dinaikkan secara tiba-tiba.




“Ketika meminang, kedua-dua keluarga bersetuju untuk menetapkan mas kahwin sebanyak 35 juta rupiah (RM9,939), barangan kemas dan wang ‘hadiah’ untuk ibunya bernilai 5 juta rupiah (RM1,419) selain beberapa hantaran.


“Namun, selepas keluarga kami menyerahkan mas kahwin seperti yang telah ditetapkan, keluarga pihak perempuan memberitahu mereka belum mendaftar pernikahan kepada jabatan agama Islam kerana belum cukup 5 juta (RM1,419) untuk diserahkan kepada ibu calon pengantin,” kata Elsa.

Tambah Elsa, keluarga pihak perempuan turut meminta pihak lelaki menyerahkan wang belanja tambahan lain untuk membeli ayam dan mengurus surat nikah berjumlah sekitar 3.4 juta rupiah (RM965.50).

“Menjelang hari pernikahan, calon pengantin perempuan meminta baki wang tersebut yang belum sempat diserahkan. Kami memberikan semua wang itu kecuali 700,000 rupiah (RM199) yang masih belum mencukupi.

“Kami memberitahu mereka bahawa baki wang itu akan diserahkan kemudian namun, mereka memarahi kami,” ujar Elsa.

Enggan menerima alasan itu, calon pengantin perempuan dikatakan menghempas pintu di hadapan ibu bapa tunangnya sambil memarahi mereka.

“Apa yang membuatkan kami terkilan adalah tunang adik saya menghempas pintu di hadapan ibu bapa kami sambil mulutnya tidak berhenti memaki hamun hanya kerana wang yang diserahkan kurang 700,000 rupiah (RM199).

“Kami sekeluarga akhirnya sepakat untuk membatalkan perkahwinan tersebut kerana dilayan begitu oleh keluarga pengantin perempuan,” kata Elsa. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raxief 26-12-2022 01:07 PM
viral kena basuh pinggan pun yindon, yang ini pun yindon gak..
Quote rosedemon 27-12-2022 09:20 AM
yeahhh hidup puak friskaaa
Quote shernazz 27-12-2022 09:27 AM
Anak buah friska ke tu yang tak cukup duit?
Quote Madel 27-12-2022 09:28 AM
Ari tu viral juga pasal minta geran tanah.
b40 indon lgi tak sedor diri dari b40 org msia.
Minta hntaran n mas kawen tak beragak2.
Quote krustykrab 27-12-2022 09:31 AM
shernazz replied at 27-12-2022 09:27 AM
Anak buah friska ke tu yang tak cukup duit?

Friskis dah kurang kasih sayang dr laki rampasan dia. Duit pun dh tak dpt, itu yg tak cukup nk htr balik kg
Quote green~tea 27-12-2022 09:32 AM
Nampak sangat kawen bg tujuan nak duit je.. amende lah...
Quote anakkerengga 27-12-2022 09:47 AM
Duit yg dah bg byk2 tu blh dpt semula tak.. rugi lah kalau tak dpt..
Quote shernazz 27-12-2022 09:53 AM
krustykrab replied at 27-12-2022 09:31 AM
Friskis dah kurang kasih sayang dr laki rampasan dia. Duit pun dh tak dpt, itu yg tak cukup nk htr ...

Alah...duit ratus2 k.flex kat weols ni apa jadi?
Bini first dah tuntut ke..
Quote toynme 13-12-2024 08:11 AM
awat la cover berita kohona ni aishhh
Quote boo04 17-12-2024 01:19 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:13 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046558 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top