CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Ramli Dituduh 'Lari' Dari Isu Harga Barang, "Dalam Sebulan Lagi, Geng PN Yang Pertikai Semua Akan Terduduk"

26-12-2022 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1198| Komen: 14

PETALING JAYA – ‘Saya tidak pernah lari dari perkara kontroversi jika itu menyelesaikan masalah’.

Itulah ungkapan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu ciapannya semalam apabila menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya ‘lari’ dari isu harga barang.


Jelas Rafizi, beliau tidak takut dengan pandangan umum, malah yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.


Foto: Kosmo

“Dalam sebulan lagi, ‘geng-geng’ Perikatan Nasional yang pertikai semua akan terduduk.

“Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversi tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik akan mula faham,” katanya.


Tambahnya, untuk menyelesaikan masalah harga barang, pihaknya perlu pastikan ekosistem harga barang lebih anjal.

Katanya, kerajaan sedang mengusahakan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang seperti memperbaiki rantaian bekalan untuk hentikan monopoli, menetapkan kawalan harga tanpa ganggu kelangsungan bekalan, dan pelaburan berskala tinggi.

“Kita juga perlu ‘suntik’ keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga.

“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini, Insya Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna,” katanya.

Terdahulu, dalam sidang medianya pada Jumaat, Rafizi berkata, pengguna dinasihatkan agar tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.

Rafizi berkata, ekosistem tersebut yang diharap akan dibangunkan dan digerakkan oleh pengguna sendiri akan membantu menambah keanjalan di sebelah permintaan, sebagai satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 26-12-2022 10:29 AM
Hang la ni MENTERI, apa ingat yg komen tu semua geng PN ka?
adoi mentaliti pembangang kuat sangat ni. Formula hang tu utk semua rakyat bukan geng PH or PN la beng
Quote stingerbumpy 26-12-2022 10:37 AM
Innrukia replied at 26-12-2022 10:29 AM
Hang la ni MENTERI, apa ingat yg komen tu semua geng PN ka?
adoi mentaliti pembangang kuat sangat ni ...

Earn your right to be in the government....if you are not up to  that mark yet....just keep your mouth shut...and exercise your voting right in the next general elections...if you think the current gomen is not perfirming.....

Mudah kheunz?

Setakat nak jadi lebih pandai....anak jiran aku yg 3 tahun pun boleh gebang..

Kahkahkahkah

Quote brego 26-12-2022 10:45 AM
waw terduduk

dia punya style sembang macam masih lagi jadi pembangkang,
bukan nya jadi menteri

padahal kuasa dah ada di tangan,
nak buat dengan tak jer
Quote Solokkk 26-12-2022 10:46 AM
Bodoh kan Rapiji nih . As gomen, boleh plak label kan marhein nih PN atau PH yg complaint. Marhein faham konsep, hari nih kawen takkan esok beranak. Sambil gigih cari rezki, marhein tunggu dlm masa sebulan nih. Marhein bukan bodoh macam batak2 panatik reformasi self-claim educated genius terpaling acah2 urban walaupun berkerak .
Quote krustykrab 26-12-2022 10:55 AM
Meh kita hangitkan pijilembam ni...
Tak de sapa² yg boleh jemput dia masuk forum bercakaran kat sini
Quote Highflyer19 26-12-2022 10:57 AM
Yg komen tu seluruh rakyat jelata bcoz finally they realised u r not that good…btw u r now the govt not opposition bear that in mind…gaya bckp tu jgn bongkak sgt..the people r watching
Quote Skuau 26-12-2022 11:18 AM
la ni...hang yg 'TER duduk' ngn depa yg didakwa penyakau,penyamun,perompak,perasuah bagai tu...lupa ka..dey???
Quote Punat_button 26-12-2022 11:39 AM
beberapa peminat tegar lapiji dah check in. mari2 lap2 lapiji




Quote sharlenetexas 26-12-2022 11:59 AM
Solokkk replied at 26-12-2022 10:46 AM
Bodoh kan Rapiji nih . As gomen, boleh plak label kan marhein nih PN atau PH yg complaint. Marh ...

Reformasi tu yesterday yesteryear sangat. Dah tak relevan di zaman milenium. Ketinggalan zaman.


Quote R2D2 26-12-2022 12:04 PM
dia ingat geng2 PN je yg kritik
geng2 PH puji melambung

Quote rosedemon 27-12-2022 09:19 AM
iyolahhh watevah la rapiji
Quote boo04 13-12-2024 08:07 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:19 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:13 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.296738 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top