CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tersalah Pilih Isteri Tak Sekufu, Taraf Akademik Rendah! Suka Menengking, Boros, Cemburu Buta Tengok Suami Bergaya

26-12-2022 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3422| Komen: 33

Pasangan hidup adalah seseorang yang menjadi pilihan hati untuk menemani seseorang itu sehingga ke akhir hayat.

Maka pentingnya untuk mereka sekufu dan bersefahaman bagi mengelakkan pertelingkahan dan perkelahian dalam menempuhi alam rumahtangga bersama.


Namun begitu, melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita yang senang disapa sebagai Ilani Razs menceritakan kisah pasangan suami isteri yang tidak sependapat.


Gambar Hiasan

Menurut Ilani, perkara itu berlaku kerana lelaki dan wanita itu mempunyai jurang kelulusan akademik yang seperti langit dan bumi.

"Kisahnya bermula apabila ada seorang lelaki yang berkualiti tinggi ni dia berkahwin dengan seorang perempuan yang low quality.


"Sejak sekolah menengah lagi lelaki ni berada di sekolah berasrama penuh. Seterusnya mendapat tajaan penuh untuk diploma, sarjana muda dan master.

"Manakala isterinya pula tidak bekerja dan diploma pun tak habis," cerita Ilani.

Ilani berkongsikan masalah utama yang dihadapi pasangan suami isteri itu adalah dalam hal berkomunikasi.

"Sepanjang perkahwinan, isterinya tidak dapat memberikan pendapat yang bernas. Tak dapat nak menyelesaikan sesuatu masalah.

"Dan semuanya bergantung sepenuhnya kepada si suami. Isterinya tidak bekerja dan enggan bekerja apabila diminta oleh si suami," ujar Ilani.

Masa lapang sebagai seorang suri rumah tidak digunakan sebaiknya malah si isteri meluangkan masa itu untuk mengelamun perkara yang buruk tentang si suami.

"Selalu beli makanan di aplikasi. Apabila suami balik kerja, isteri jarang ada dekat rumah sebab lepak dengan kawan atau pusing dalam shopping mall.

"Si isteri juga kerap berfikir perkara yang bukan-bukan tentang suaminya. Overthinking. Kalau suaminya sedang bekerja dituduh si suami curang di pejabat.

"Isteri jadi panas baran dan selalu tengking si suami. Baran isteri juga sangat ekstrem seperti mencabar suami untuk menceraikannya," cerita Ilani.

Seterusnya ketika tercetusnya perbalahan, kemarahan si isteri juga bersifat fizikal dan mengancam keselamatan suaminya.

"Setiap kali isterinya menengking, ia akan disusuli dengan perbuatan bahaya macam baling kunci kereta dan tarik baju sampai tercabut butang.

"Isteri suka menuduh melulu kalau suaminya berpakaian yang kemas atau cantik, suami sebenarnya nak pergi kerja tetapi dikatakan nak pergi jumpa perempuan lain.

"Lagi sedih apabila isteri gunakan nafkah yang diberikan suami untuk membeli barang kemas dengan boros," kata Ilani.

Sebagai penutup, Ilania sempat menitipkan pesanan kepada kaum wanita agar berfikiran dengan rasional.

"Wanita bijak itu adalah wanita yang berjaya mengawal emosi dan pandai berfikir dan pandai menyelesaikan masalah.

"Kalau mampu berbuat begini, automatik kita akan kelihatan lebih menawan," nyata Ilani mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga menekankan kepentingan untuk mencari pasangan yang sekufu.

"Sekufu sangat penting, orang yang berpendidikan tinggi ni cara melawak pun berilmiah, bukan kosong, itu yang buatkan dia attrractive.

"Sekufu bukat setakat pada material sahaja tetapi dengan tahap pemikiran pun perlu sekufu.

"Sebab tu kena pilih yang sekufu, yang satu level dan cerdik," kata sebilangan netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 26-12-2022 01:50 PM
Susah kalau pilih tak sekufu. Bukan pada lelaki tapi wanita pun sama juga.
Muka cantik tp bodoh pun susah juga
Quote becir 26-12-2022 01:55 PM
Ilani ni sapa? Skandal the so called lelaki Tu ke?
Quote asmurai 26-12-2022 02:02 PM
Edited by asmurai at 26-12-2022 02:04 PM

Tapi bukan ke lelaki selau nak cari perempuan yang bodoh skit ala ala bimbo ke sebab takut kepandaian si lelaki ni tercabar nanti. Boleh disuruh duduk rumah, ikut dan patuh tanpa soal.
Quote Atata 26-12-2022 02:25 PM
becir replied at 26-12-2022 01:55 PM
Ilani ni sapa? Skandal the so called lelaki Tu ke?

Hakhak.. out of the box bethol pikiran. Tp logik jg
Quote Goodluckdontcry 26-12-2022 02:39 PM
Tahla dik..dah klu over the limit and out of control.. xmampu bersefahaman lg, kan ada jln solusinya..so amikla jln tu walau berat..nanti duk tahan2, takut dpt mudarat pula...panduan dlm Islam, bg den cukup lengkap utk org Islam ikut..tp biasalah msg2 tepuk dada tny selera...utk den, selera den nk mkn burger hari ni..
Quote lightheaded67 26-12-2022 02:41 PM
aiol stuju ilani ni sapa? pmpuan korok mana ala2 bcerita hal rumahtangga org ni? jodoh ni gitulah. dpt sekufu syukur rejeki, dpt tak skufu sabo lah ujian, takleh go doa mntak jalan kluar. huhu cakap senang nk hadap belum tentu.
Quote lightheaded67 26-12-2022 02:43 PM
Goodluckdontcry replied at 26-12-2022 02:39 PM
Tahla dik..dah klu over the limit and out of control.. xmampu bersefahaman lg, kan ada jln solusinya ...

hohoho kita pulak telan shawarma. wah gitu nyampuk
Quote otai_g 26-12-2022 02:43 PM
Ini bkn masalah x sekufu, ni masalah peribadi si isteri. Org yg ada degree n master pun ada je yg perangai mcm so isteri tu. Content bodo apa yg ko nak buat ni sbnrnya?
Quote kotakbaju 26-12-2022 02:45 PM
Goodluckdontcry replied at 26-12-2022 02:39 PM
Tahla dik..dah klu over the limit and out of control.. xmampu bersefahaman lg, kan ada jln solusinya ...

Bukan uols suka telur goreng ke
Quote zehra2 26-12-2022 02:53 PM
udah jodoh.. tp kot kawin cerai lebih sekali..
mmg jodoh org tu berkali-kali..
Quote Goodluckdontcry 26-12-2022 02:54 PM
kotakbaju replied at 26-12-2022 02:45 PM
Bukan uols suka telur goreng ke

Sekali sekala kome..err tp dlm burger tu pun den nk telur sebiji... kehkehkeh
Quote syamzana 26-12-2022 02:55 PM
mentang org tu tak habis diploma habis peel buruk campak ke dia
dah yg jantan tu konon hebak sgt bakpe gi nikoh pompuan gitu??sbb lawa??? padan la muke
peel ni lagi2 lontaran buah fikiran payah nak kaver, jmp first time pun dah blh nmpk unless dikaburi rupa paras jelita la.
Quote Goodluckdontcry 26-12-2022 02:55 PM
lightheaded67 replied at 26-12-2022 02:43 PM
hohoho kita pulak telan shawarma. wah gitu nyampuk

Xpe kome.. marilah kita telan apa yg patut...sbb lapo.. kehkehkeh
Quote edayildiz 26-12-2022 03:01 PM

berkualiti tinggi tu mcmana?
i rasa perangai seseorang kot..amenda kena ada degree br berkualiti ke

bethol kena cari sekufu.. kalau i pun tak blh masuk family yg prominent2 kolongmerat bagai ni..nanti xblh nak borakk...ni kalau cucu cucu org kaya nak kt i la..kalau org kaya tu sendiri yg kertu i ok..tiberr

Quote kemaruk 26-12-2022 03:05 PM
Bangkem lebih suka pompuan yang street smart, bukannya book smart
Quote cmf_premierleag 26-12-2022 03:12 PM
Padan muka la sapa suruh ko bodoh sgt terpesona dgn paras rupa semata2
Zmn skang ni jgn la jatuh cinta pandang pertama pastu terus decide nk kawen bagai.
selidik la dulu bende2 yg tak nmpk on surface spt perangai, penyakit etc
Kalo dpt yg gila dan kuat maki hamun mcm jumanji (ex adik ipar kak semah), ko gak yg sakit jantung
Kalo dpt kepala otak samdol mcm laki ina naim, dikatanya bumi ni leper flat earth bagai
So takyah la terpesona dgn paras rupa.
Dlm kes ni, dpt lak bini bodoh yg x reti nk communicate dgn ko, ujung2 ko merempan
Quote cmf_premierleag 26-12-2022 03:15 PM
Edited by cmf_premierleag at 26-12-2022 03:16 PM

And kene la kawen sama sekufu
Jgn jd mcm budak opis lama aku ni..dia seketari je
Dia kawen anak org kaya
Tp dia akan stress stp kali balik rumah mertua...dia akan hanya duk kt dapur je,lepak dgn bibik2 sbb tak bleh masuk lgsg dgn ipar duai yg keje professional, blajar pandai, speaking manjang
Last2 ko yg stress sbb baru sedar x sekufu


Quote makita 26-12-2022 03:23 PM
Edited by makita at 26-12-2022 03:24 PM

Kes x sekufu ni meols kenal skerang ni umo dah 60an. Mcik ni mmg cun la...tapi tu la sekolah tak abes..duk kampung ulu2 tu. Kwen dgn lecturer...masa  kali pertama teman somi buat master kat obesi.  Patu msa umo dah byk sket. Teman lagi somi buat phd kat states. Masa ni dah belas tahun kwen. Agaknya mcm tak leh nak sorok la rasa x sekufu tu dgn laki...si bini ni mintak balik msia. Anak2 semua tgal dgn suami kat states. Kat msia boleh kene tgkap basah dgn duda bwk ambulans. Cerai dgn laki pertama kwen lah mereka dan hidup aman bahagia lama dlm 10 tahun sblom cerai.

Sekufu ni xleh nak di cover2..jiwa mesti memberontak wpon dpt laki yg ada pendapatan stabil.
Quote lyshafull 26-12-2022 03:39 PM
Iols terfikir si bini ni lawa sebb tu laki tu tertarik
Standard la tu laki bekerjaya nk pompuan lawa
Mcm ala2 trophy wife
x kan nk pilih muka biasa2 even x habis diploma

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044435 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top