CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Beranak Nyaris Rentung Enjin Kereta Tiba-Tiba Terbakar, Nasib Baik Orang Tua Dan Anak Kecil Sempat Keluar

26-12-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1719| Komen: 17

Sebuah kereta nyaris hangus dijilat api dengan enam sekeluarga di dalamnya.

Namun syukur nyawa yang seperti di hujung tanduk berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas orang awam.


Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Amir, 29, atau lebih senang disapa sebagai Am merupakan antara individu pertama yang tiba untuk menghulurkan bantuan.

Dapat diperhatikan dalam video tular yang dimuat naik Am di TikTok, orang awam bertungkus lumus untuk membawa keluar penumpang di dalam kereta dan seterusnya memadamkan api yang sedang marak.




"Waktu tu saya nak balik rumah melalui jalan dekat Setia Alam, Selangor. Tiba-tiba nampak ada sebuah kereta berhenti tepi jalan dengan enjin berasap. Mula-mula saya ingat overheat biasa je, sekali api mula marak.


"Saya terus berhenti tepi pergi tolong sebab saya nampak ada budak lagi dalam kereta tu. Saya pergi lari ambil budak tu bawa dia masuk kereta saya, tempat selamat.

"Saya risau kereta tu meletup je. Waktu tu pun ada seorang lagi lelaki yang datang tolong juga," imbas Am ketika dihubungi mStar.

Menurut Am, salah seorang penumpang di dalam kereta itu merupakan wanita lewat usia dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

"Ada juga dua budak kecil yang berumur dalam lingkungan tiga hingga enam tahun dan seorang bayi berusia dua tahun serta seorang warga emas.

"Anak-anak tu saya suruh mereka duduk dalam kereta saya dulu sebab asap dekat luar dah tebal. Orang awam lagi seorang tu dia tolong pemandu untuk angkat makcik uzur yang tak boleh jalan tu.

"Mereka angkat makcik tu dan rehatkan dia di tepi jalan jauh dari kereta yang tengah berasap tu. Api pun dah mula besar waktu tu," cerita Am yang merupakan seorang jurugambar bebas.



Am sempat menggambarkan bagaimana riak muka pemandu kereta itu penuh kerisauan kerana dia sebagai seorang ketua keluarga semestinya hampir gugur jantung dengan situasi segetir itu.

"Lepas dah selesai bawa keluar semua orang, memang nampak muka pemandu tu resah dan pasrah. Mesti dia tak expect kereta nak terbakar rentung macam itu.

"Saya pula asyik teringat insiden beberapa bulan lepas libatkan seorang suami yang hanya boleh lihat isteri dia rentung terbakar dalam kereta sebab terperangkap.

"Nasib baik dalam kejadian hari ni semuanya selamat," ujar Am.

Pihak berkuasa dipanggil ke tempat kejadian tetapi menurut Am orang awam terlebih dahulu berjaya memadamkan api itu.

"Ada sebuah van ni datang dengan bekalan air dekat dalam, terus sambungkan dengan paip dan sembur ke arah api yang marak.

'Memang laju semua buat kerja. Orang awam juga tolong bawa keluar barang berharga seperti kerusi roda dan dokumen," ceritanya.

Ketika ditanya punca kebakaran itu, Am yang sempat berbual dengan pemandu kereta itu berkata mereka mula sedar ada sesuatu yang tidak kena apabila penghawa dingin mengeluarkan angin panas.

"Pemandu tu beritahu tiba-tiba aircond dalam kereta dia jadi panas. Lepas tu terus enjin depan keluar asap. Dua minit lepas tu api naik.

"Mereka sedang dalam perjalanan jauh tu. Sebab saya nampak luggage penuh dalam kereta. Pemandu ada cakap dia dalam perjalanan dari Tanjung Karang tapi nak ke mana tak pasti.

"Punca kebakaran saya tak tahu, tapi macam-macam faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan enjin terbakar," kata Am.

Am menitipkan pesanan agar setiap pemandu sentiasa peka menghantar kenderaan untuk diservis apabila tiba waktunya.

"Kalau nak jalan jauh pergi la hantar kereta servis dulu. Servis bulanan pun pastikan hantar.

"Mana-mana model kereta pun sama. Sebab kita tak tahu apa yang berlaku dekat dalam enjin, mungkin water cooler dah kurang ke apa dan sebagainya.

"Kalau kita detect awal, kita boleh buat dan repair apa yang patut," ujar Am.

Am berkata dia merakam kejadian itu kerana dia sebagai seorang jurugambar memang sudah terbiasa untuk merakam momen yang berlaku di sekelilingnya

"Saya tak ada niat pun nak viralkan apa-apa. Memang dah terbiasa rakam. Tak sangka pula ramai yang tengok video TikTok tu

"Saya mula record tu pun selepas dah tolong apa yang boleh," kata Am menutup bicara.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 26-12-2022 09:59 AM
Alhamdulillah semua nyawa terselamat.
Munkin forumer boleh bagi senarai punca kereta boleh terbakar macam ni.
Quote Samerosie 26-12-2022 10:16 AM
wikedsaikel replied at 26-12-2022 09:59 AM
Alhamdulillah semua nyawa terselamat.
Munkin forumer boleh bagi senarai punca kereta boleh terbakar  ...

Banyak sebab tapi since i bukan petrol head cuma pernah pakai continental cars, i rasa most probably electrical.  Reason i say this sbb continental cars ni kalau overheat dia tak terus terbakar kuar asap je and dia akan berenti sendiri.  Plus, usually akan nampak la temp naik.  Tak sure la owner keta ni dia tak maintain ke luoa nak check air ke tapi syukur semua selamat.
Quote noor2 26-12-2022 10:21 AM
Ya Allah ...alhamdulillah...syukur semua selamat..

Mcm bapak akak jenis x nk hantar servis...suka servis sendiri...hari tu RM4k habis sekali servis sb tah apa yg rosak...sb lama sgt x hantar servis....kena tipu dgn mekanik pun satu hal....
Quote miszclassique 26-12-2022 10:24 AM
Last week kat putrajaya pun ada kereta terbakar time hujan2, kereta kancil tapi selamat je driver tu
Masa bomba datang padamkan dah tinggal rangka kereta je dah
Quote supernaturalee 26-12-2022 12:47 PM
Iols pnh bhgn enjin berasap ms dlm jem otw blik kl mgu raya many years ago
Temperature naik
So berenti stop enjin biar sejuk sndiri

Alhamdulillah xde smpi terbakar mcm ni
Quote wirazam 26-12-2022 03:54 PM
Kereta merc kan
Quote kemaruk 26-12-2022 04:03 PM
Dah sensasi dan dah masuk berita, bangkem harap kerajaan akan bagi sumbangan 100k untuk ringankan beban mangsa

Siapa tak setuju, maksudnya dia rasis dan tak sensitif
Quote Lagubestbest 26-12-2022 04:26 PM
Samerosie replied at 26-12-2022 10:16 AM
Banyak sebab tapi since i bukan petrol head cuma pernah pakai continental cars, i rasa most probab ...

maybe heat sensor dah rosak. tengok bumper depan macam dah remuk tapi artikel tak sebut accident pun.
Quote Samerosie 26-12-2022 04:28 PM
Lagubestbest replied at 26-12-2022 04:26 PM
maybe heat sensor dah rosak. tengok bumper depan macam dah remuk tapi artikel tak sebut accident p ...

Oh ye bumper dia kemek, that explains it la dia langgar ke kena langgar electrical dia sudah weng.
Quote zorrro_03 26-12-2022 04:29 PM
kemaruk replied at 26-12-2022 04:03 PM
Dah sensasi dan dah masuk berita, bangkem harap kerajaan akan bagi sumbangan 100k untuk ringankan be ...

saya setuju sama kamu kem.  tapi apa lah nasib presiden kamu hanyut entah ke mana skg ni.  
Quote Lagubestbest 26-12-2022 04:37 PM
zorrro_03 replied at 26-12-2022 04:29 PM
saya setuju sama kamu kem.  tapi apa lah nasib presiden kamu hanyut entah ke mana skg ni.

@kemaruk totap uuuummmnoooo!!!
Quote edayildiz 26-12-2022 04:47 PM
seramnyaaa
aritu i nampak motor tbakar....muto tbkr tepi jln.

keta kalau kehabisan coolent jd temperature naik maka  terbakar gitu ke..
Quote zorrro_03 26-12-2022 04:51 PM
Lagubestbest replied at 26-12-2022 04:37 PM
@kemaruk totap uuuummmnoooo!!!

hahaha.  jenis setia ke hujung nyawa makna saknim...  sian ke abam kem kita kena sidai sampai kejung oleh pemimpin dia yang kijam ...  
Quote Jitu 26-12-2022 09:26 PM
bahaya betul kena mcm ni
syukur la selamat
Quote boo04 13-12-2024 08:09 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:19 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:15 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.180419 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top