CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Perlu Cemburu, Jangan Segan Tiru JDT' - Zainal Abidin

25-12-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1390| Komen: 16

Jangan segan mengikut acuan Johor Darul Ta’zim (JDT) jika mahu melihat Liga Malaysia (Liga M) 2023 lebih rancak dan menarik, kata jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin Hassan.


Legenda bola sepak negara itu berkata, saingan Liga M tidak sepatutnya tertumpu kepada pasukan tertentu tetapi sekurang-kurangnya perlu membabitkan persaingan 50 peratus pencabar liga.


ZAINAL ABIDIN HASSAN

“Kita tak boleh nak cemburu dengan apa yang JDT telah lakukan sehingga ke hari ini, kalau boleh contohi mereka.

“Kita tidak perlu lagi melihat acuan luar, dalam negara sudah mencukupi, JDT boleh bagi contoh, jadi, saya harap apa yang berlaku pada ketika ini dapat dilaksanakan dengan cara yang betul.


“Ini bukan soal teknikal sahaja yang perlu bagus tetapi pengurusan juga kena seiring agar tak ada isu ketika liga sedang rancak berlangsung,” katanya kepada Mingguan Malaysia.


FB JOHOR Southern Tigers

JDT bukan sahaja memahat sejarah memenangi semua empat trofi dalam kempen Liga M 2023, malah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, Zainal berharap, pemain-pemain yang berada dalam skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon tidak hanya menyasarkan untuk bermain dengan kelab tertentu, sebaliknya perlu memilih pelbagai pasukan.


FB JOHOR Southern Tigers

“Ketika zaman saya bergelar pemain, kebanyakan pemain tertumpu untuk memilih Selangor dan Pahang. Saya rasakan senario sama turut berlaku pada musim depan,” kata bekas pengendali Pahang, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang itu.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu menjelaskan, untuk membentuk sebuah pasukan yang bagus juga bukan melibatkan seorang atau dua orang pemain semata-mata tetapi, seluruh pasukan turut memainkan peranan masing-masing.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-12-2022 11:50 AM
nak tiru takde duit, mampu cemburu ja lah

Quote wirazam 25-12-2022 03:11 PM
Duittt kena bykkk...
Patutnya jdt kena manage team Malaysia juga..baru ada harapan nak masuk world cup
Quote arnauld 25-12-2022 03:38 PM
Petronas ker tnb ker boleh ler tiru tmj ni. Rugi pun ok
Quote Punat_button 25-12-2022 03:59 PM
kenapa JDT tak main lawan Laos malam tadi ya, bukan JDT tu team Malaysia ka dek?

Quote axl_bach 25-12-2022 04:45 PM
wirazam replied at 25-12-2022 03:11 PM
Duittt kena bykkk...
Patutnya jdt kena manage team Malaysia juga..baru ada harapan nak masuk world c ...

Part duit kena banyak tu mmg betul.

Part JDT kena manage team Malaysia tu, dulu TMJ dah pernah pegang. Rekod yg sgt hebat, gagal menang sehinggalakn terpaksa ajak Bhutan frendli last match sblom dia letak jawatan.

Harapan nak masuk WC? Tgk JDT main di ACL pun dah nmpk jauh lagi perjalanan kita.

JDT tu Ibarat team kebangsaan yg diperkuat dgn import, lawan team no 8 Jepun di 2nd round pun nmpk jauh sgt kualiti. Team Jepun tu bukan material skuad utama Jepun pun, sedangkan JDT tu skuad kebangsaan yg dah diperkuat dgn import.
Quote wirazam 25-12-2022 04:49 PM
axl_bach replied at 25-12-2022 04:45 PM
Part duit kena banyak tu mmg betul.

Part JDT kena manage team Malaysia tu, dulu TMJ dah pernah pe ...

Kannn...mana dia tah local player...patutnya dilimitkan pemain import..byk lagi bakat bakat local yg perlu digilap dan diberi kerja..
Quote Skuau 25-12-2022 05:50 PM
arnauld replied at 25-12-2022 03:38 PM
Petronas ker tnb ker boleh ler tiru tmj ni. Rugi pun ok

kalo ada syarikat gergasi/yg besar tempatan setiap negeri yg amik alih bola setiap negeri... kan bagus..Diuruskan secara pro.
Quote stingergrumpy 25-12-2022 06:25 PM
Setakat tiru jaydt, jagoh kampong.com?

Kenapa tak sebut uRawa reds kewww? Seoul FC keww?
Quote arnauld 25-12-2022 06:25 PM
Skuau replied at 25-12-2022 05:50 PM
kalo ada syarikat gergasi/yg besar tempatan setiap negeri yg amik alih bola setiap negeri... kan b ...

12 thn dulu bajet for a bottom table club like 12juta. Tu pun company ada tol serik dah. Mcm jdt tu easily operating cost jer 50juta. Tv rights, gate collections, prizes, merchandizes ingat boleh cover ker??? Tiap2 tahun rugi ni, tapi dah tmj kaya, rugi pun ok janji menang, tang tu yg tak boleh nak lwn. Atas padang boleh lwn, poket tmj ada sikit susah mau lawan.
Quote Skuau 25-12-2022 06:28 PM
arnauld replied at 25-12-2022 06:25 PM
12 thn dulu bajet for a bottom table club like 12juta. Tu pun company ada tol serik dah. Mcm jdt t ...

camni...'terimalah apa yg ada sekarang'.
Quote CiliPadiSedap 25-12-2022 08:29 PM
Sebab tu kaka cakap kita main hoki dan guli je confirm boleh menang world cup
Quote LostStar 25-12-2022 10:18 PM
nak kne cari anak2 orka la nak manage.. baru tak rasa cemburuhhhhh
Quote inspektoremos21 26-12-2022 04:39 PM
axl_bach replied at 25-12-2022 04:45 PM
Part duit kena banyak tu mmg betul.

Part JDT kena manage team Malaysia tu, dulu TMJ dah pernah pe ...

Yang baru ni jdt lawan dgn dortmund pun kalah.. padahal kalau tak silap dortmund time tu pun bukan guna player2 utama so should be easy la untuk jdt. Then lawan dgn club jepun pun tak boleh, apatah lagi kalau lawan dgn japan national team yg rata2 player diorg mostly main utk club kat europe sana..
Quote boo04 13-12-2024 08:09 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:21 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:15 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040003 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top