Pakar perubatan Palestin berkata, tentera Israel menembak mati seorang pemain bola sepak kelab Palestin berusia 23 tahun dan mencederakan lima yang lain semasa konfrontasi di wilayah Tebing Barat semalam, lapor portal berita Al Jazeera.
Ahmed Daraghmeh cedera parah apabila penduduk Palestin berbalas tembakan dengan tentera Israel yang menyerbu bandar Nablus untuk mengiringi sejumlah penduduk Israel ke tapak yang dianggap mereka sebagai Makam Joseph di bandar tersebut. Bunyi tembakan kedengaran dalam video amatur yang dirakamkan penduduk Palestin dari tingkap mereka. Daraghmeh berasal dari bandar Tubas, manakala media Palestin melaporkan bahawa dia bermain bola sepak untuk kelab Liga Perdana Tebing Barat, Thaqafi Tulkarem.
Laman web bola sepak Arab popular, Kooora menyenaraikannya sebagai penjaring terbanyak untuk pasukannya pada musim ini dengan meledakkan sebanyak enam gol. Tidak jelas sama ada dia mengambil bahagian dalam konfrontasi itu. Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza berkata bahawa Daraghmeh adalah anggota pergerakan tersebut tetapi tidak menyatakan sama ada dia terlibat dalam pertempuran yang menyebabkannya terkorban. Sumber: Kosmo
|
Solokkk replied at 25-12-2022 12:17 PM
Janji Allah itu pasti
Punat_button replied at 25-12-2022 06:06 PM
janji pemain bola palestine kena tembak ka dek. ada eh?
Solokkk replied at 25-12-2022 08:46 PM
Bila LGBTQ tegar acah2 urban berkerak liberal berkata2
Punat_button replied at 26-12-2022 11:21 AM
bila lobai munafiq acah2 terpaling tau janji Allah kehulu kehilir berkata2 dek
Solokkk replied at 26-12-2022 11:26 AM
Bila LGBTQ tegar acah2 liberal urban kepam berkerak berkata2 nak persoalkan janji2 Allah pasal yah ...
Punat_button replied at 26-12-2022 11:31 AM
bila lobai koyak buat ayat lebih panjang biar nampak bijak sikit... koh koh koh
Solokkk replied at 26-12-2022 11:47 AM
Bila LGBTQ tegar acah2 liberal urban berkerak berkata2 nak cover diri sendiri yg sebenarnya koyak ...
Punat_button replied at 26-12-2022 11:51 AM
makin panjang ayat bukti makin besar koyak
Punat_button replied at 26-12-2022 11:59 AM
ok ok weols percaya uols koyak
k bai
ADVERTISEMENT