CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Ujian Saringan Covid-19, Sekali Kantoi Menyamar Kolonel Untuk Pikat Wanita

25-12-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1650| Komen: 11

Polis menahan lelaki warga China, baru-baru ini selepas 'kantoi' menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel China dalam usahanya untuk memikat wanita.

Oddity Central melaporkan, polis di Daerah Ji'an, Wilayah Jianxi, beberapa hari lalu mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan seorang lelaki menyamar sebagai kolonel kanan di bahagian roket tentera selama lebih empat tahun.


Oddity Central

Lelaki dikenali sebagai 'Zhu', hadir untuk ujian saringan Covid-19 di pusat perubatan di Perbandaran Ao dengan memakai uniform rasmi, lengkap dengan semua lambang pegawai berpangkat tinggi bersama dokumen pengenalan diri yang kelihatan asli.

Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar selepas hasil carian melalui pangkalan data mendapati tidak ada rekod lelaki berkenaan, sebelum petugas di pusat perubatan berkenaan menghubungi polis.


Selepas soal siasat, polis tidak berpuas hati dengan penjelasan Zhu dan membawanya ke Balai Polis Perbandaran Ao untuk siasatan lanjut.

Akhirnya, lelaki pertengahan umur itu akhirnya mengakui yang dia bukan tentera berpangkat kolonel sebaliknya menyamar dengan membeli pakaian seragam dan dokumen pengenalannya di internet.


Oddity Central

Zhu mengaku yang dia menyimpan keinginan untuk mempunyai kedudukan yang sangat dihormati dan didambakan dalam tentera China.

Ia kerana baginya, wanita kelihatan tertarik kepada pegawai, jadi memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu sebagai pegawai tentera selepas menemui uniform kolonel yang realistik di Internet, pada 2018.

Uniform itu dibuat dengan sangat baik, dan dengan bantuan identiti palsu, Zhu didakwa berjaya memikat wanita, seperti yang diimpikannya.

Gelaran itu juga dipandang tinggi dalam masyarakat di China, jadi dia memutuskan untuk meneruskan penyamaran itu selama lebih empat tahun.

Walaupun tindakan Zhu nampaknya tidak begitu serius pada awalnya, lelaki itu kini perlu menanggung akibatnya kerana menyamar sebagai anggota tentera dianggap sebagai jenayah sangat serius di China.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-12-2022 12:14 PM
Uniform itu dibuat dengan sangat baik, dan dengan bantuan identiti palsu, Zhu didakwa berjaya memikat wanita, seperti yang diimpikannya.

dah elok dapat apam free apek ni, motif pergi cucuk vaksin pun pakai full uniform?
Quote gideoncross 25-12-2022 09:18 PM
Decaffeinated replied at 25-12-2022 12:14 PM
dah elok dapat apam free apek ni, motif pergi cucuk vaksin pun pakai full uniform?

Sbb klau dia dtg pkai bju biasa, prmpuan xkn suka kat dia.
Quote TOPwind 25-12-2022 09:24 PM
Decaffeinated replied at 25-12-2022 12:14 PM
dah elok dapat apam free apek ni, motif pergi cucuk vaksin pun pakai full uniform?

tentera ada tempat khas di kem jika nak vaksin


semua unit beruniform di dunia ada hospital dan kelinik sendiri
Quote sharlenetexas 25-12-2022 09:47 PM
Gigihnya menyamar jadi kolonel.

Quote amukgemuk 25-12-2022 11:04 PM
Apalah cara apek ni fikir. Dah tau tengah menipu... pergi tempat yg boleh check identiti dah kenapa....
Quote eyansss 26-12-2022 01:43 AM
Decaffeinated replied at 25-12-2022 12:14 PM
dah elok dapat apam free apek ni, motif pergi cucuk vaksin pun pakai full uniform?

kantoi la ngan orang kampung dia bukan tentera...  hahaha...  but still, macamana pun tetap la kantoi...
Quote Decaffeinated 26-12-2022 11:14 AM
gideoncross replied at 25-12-2022 09:18 PM
Sbb klau dia dtg pkai bju biasa, prmpuan xkn suka kat dia.

soalnya why masa cucuk vaksin, masa lain banyak lagi pergilah clubbing ka pakai baju askar baru kena serbu tak kan itu pun nak kena ajar.



Quote gideoncross 26-12-2022 09:01 PM
Decaffeinated replied at 26-12-2022 11:14 AM
soalnya why masa cucuk vaksin, masa lain banyak lagi pergilah clubbing ka pakai baju askar baru ke ...

Sbb pkai bju askar time clubbing x ngam haha.
Quote boo04 13-12-2024 08:09 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:22 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:15 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.096759 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top