Oleh Izzah Abbasy
Ketiak hitam pasti membuatkan wanita berasa rendah diri dan tidak akan memperlihatkan ketiaknya kepada sesiapa. Kadang-kadang ia timbul rasa tidak selesa dan malu. Apatah lagi untuk ke pusat rawatan mahupun spa. Namun, anda jangan risau, semua ini boleh diatasi dengan beberapa tip mudah dengan cara tradisional. Mengikut beberapa fakta, ketiak akan berpotensi menjadi hitam jika tidak berhati-hati ketika mencukur, mencabut bulu ketiak, dan juga boleh disebabkan oleh kesan bahan kimia yang terkandung di dalam deodoran. Walaupun ia berada di tempat yang sulit dan tersembunyi, tetapi kesan gelap ini boleh mencacatkan penampilan, terutama mereka yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan. Bagi yang bertudung juga tidak terkecuali. Pasti anda tidak sanggup untuk melihatkan bahagian itu kepada teman-teman atau lebih segan lagi tertunjuk ia pada suami. Beberapa tip ini pasti boleh membantu anda untuk mendapatkan ketiak supaya kembali cerah. i) Perah sebiji limau dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan selama 10-15 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan. ii) Buah betik mentah sememangnya kaya dengan vitamin C serta mengandungi bahan yang dapat mencerahkan kulit. Parut betik sehingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih. iii) Bengkuang atau ada yang mengenalinya dengan sengkuang juga berpotensi memutihkan ketiak. Menggunakan cara yang sama, parutkan bengkuang dan letakkan pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dibilas. Mudah sahaja kan? Belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu! Amalkan selalu tau. - CARI Infonet Sumber info : rapi
|
6
Bagus |
10
Marah |
19
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT