CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Kampung Panjang Umur, Tak Sengaja Tertembak Diri Sendiri Ketika Memandu

24-12-2022 09:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1073| Komen: 6

Seorang ketua kampung secara tidak sengaja tertembak kaki dan lengannya ketika memandu dalam kejadian di wilayah Phra nakhon Si Ayutthaya, tengah Thailand semalam, lapor laman berita Thaiger.


Balai Polis Phra Nakhon Si Ayutthaya menerima laporan mengenai satu kemalangan kereta pada pukul 12.22 pagi (waktu tempatan) di kuil Phra Si Sanpet.


Surasak cedera pada kaki dan lengan ketika kejadian. - Matichon dan Channel 3

Polis menemui sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner berwarna hitam yang merempuh pagar kuil.

Tempat duduk pemandu didapati berlumuran darah, manakala sepucuk senapang 11 kaliber dan 12 butir peluru ditemui di tempat duduk sebelah kiri. Senjata itu didapati tidak berdaftar.


Pemandu yang cedera, Surasak Prongfah, 37, terbaring di atas tanah di luar kereta itu. 

Dia kehilangan banyak darah akibat luka tembakan tetapi masih boleh berkomunikasi dengan polis dan anggota penyelamat. 

Surasak memberitahu polis bahawa dia adalah ketua kampung sebuah komuniti di wilayah Ang Thong. Dia sedang memandu pulang selepas melawat rakannya di Ayutthaya sebelum tertembak diri sendiri.

Senapangnya secara tidak sengaja melepaskan tembakan ketika dia sedang memandu. Dia kemudian terus memandu untuk ke hospital, tetapi tidak dapat menahan kesakitan dan merempuh pagar kuil.

Anggota penyelamat memberikan pertolongan cemas kepada Surasak di tempat kejadian dan memindahkannya ke Hospital Phra Nakhon Sri Ayutthaya untuk rawatan. Dia kini dalam keadaan selamat.

Polis merampas senjata itu dan mendakwa Surasak kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 24-12-2022 10:20 PM
Bahahahaa. Senapang tu pun tak laloooh nak ikut ko balik, wahai si ketua kampung yg jahat. Selamba beli senapang tak berdaftar. Sebbaik tak tertembak senapang lagi satu
Quote CiliPadiSedap 25-12-2022 01:52 AM
Dia fikir dildo sekali muncung senapang.
Quote boo07 2-12-2024 07:56 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:11 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:22 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:17 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051377 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top