Pangalaman penerbangan tertangguh untuk satu tempoh yang lama memang amat memeritkan bagi mana-mana penumpang yang terkandas. Begitulah yang dilalui penumpang sebuah syarikat penerbangan apabila terpaksa menunggu sehingga kira-kira lapan jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Situasi itu mengundang kemarahan ramai sehingga salah seorang penumpangnya bertindak memarahi pegawai bertugas susulan gagal memberi penjelasan tentang kelewatan berkenaan. Video insiden kekecohan itu dirakam dan dikongsikan di akaun TikTok @opmchimmy hingga meraih lebih sejuta tontonan. Susulan itu seorang individu bernama Firdaus Jailan tampil mengaku sebagai individu yang bertindak menengking pegawai syarikat penerbangan terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, @firdausjailan.
Jelas Firdaus, dia dan penumpang lain sepatutnya berlepas ke Kuching, Sarawak menerusi penerbangan yang dijadual pada pukul 11.30 malam Khamis, baru-baru ini. Perkara yang membuatkan Firdaus lebih bengang adalah apabila tiada seorang pun kakitangan syarikat penerbangan itu tampil memberikan penjelasan tentang waktu sebenar penerbangan. Firdaus sempat menunjukkan suasana di sekitar balai pelepasan yang memperlihatkan penumpang lain berbaring di serata tempat seperti di lantai dan juga bangku sementara menunggu waktu pelepasan. Menurut Firdaus, penerbangan itu akhirnya berlepas pada pukul 7:40 pagi Jumaat selepas beberapa kali ditangguhkan. Sementara itu menerusi akaun TikTok Firdaus iaitu @tukangfikir, dia tampil menjelaskan tentang kritikan segelintir pihak tentang perlakuannya menengking kakitangan bawahan syarikat penerbangan itu. Kata mereka, staf yang berkhidmat di balai pelepasan tidak mempunyai pengetahuan lengkap tentang jadual penerbangan. Firdaus mendakwa dia mengambil masa hampir 15 minit untuk memujuk kakitangan syarikat penerbangan tersebut turun ke bawah bagi menerangkan situasi semasa kepada penumpang lain. Firdaus dan beberapa penumpang yang lain kemudiannya pergi berdepan dengan kakitangan itu untuk meminta penjelasan. Firdaus juga menyatakan pada ketika itu kedai makan tidak dibuka dan ramai penumpang yang kelaparan. Sementara itu usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat penerbangan berkenaan masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej yang dihantar tidak dibalas. Sumber: mStar
|
mesmerize replied at 24-12-2022 09:47 PM
dah biasa dah kena delay berjam2 gini kalau naik MAS.. penah nak gi umrah flight rescheduled asalny ...
Kitty_catz replied at 24-12-2022 10:46 PM
pi tokyo pun dah sampai....
kbye
otai_g replied at 24-12-2022 11:04 PM
Staff bwh tu mn Tau apa2. Silap2 dia br msk shift. Kalo ada bran brother ni pg la sound CEO dia. Sil ...
syamzana replied at 24-12-2022 11:07 PM
delay satu hal, tak inform apa2 kat customer tu yg menambahkan lg hangennn.
iols pernah jugak transi ...
ADVERTISEMENT