Aksi Piala AFF 2022 melibatkan pasukan Malaysia menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka berlangsung tanpa sebarang kontroversi selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif menggunakan kanvas bagi menutup permukaan padang sebentar tadi.
Lebih menarik, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati untuk meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang yang boleh memastikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi lebih menarik pada perlawanan malam ini. Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan disiarkan di Instagram sebentar tadi. Dijangka hampir 30,000 penyokong skuad Harimau Malaya akan membanjiri SNBJ pada aksi final pertama Piala AFF 2022 di laman sendiri kali ini. Padang SNBJ sebelum ini telah dikritik hebat pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung Jun lepas susulan keadaan padang yang dikatakan seperti ‘sawah padi’. Sumber: KOSMO! ONLINE |
grouper replied at 24-12-2022 08:28 PM
Mmg xde kepakaran langsung ke org2 yg jaga stadium bukit jalil ni?
ADVERTISEMENT