CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri MB Kelantan Didakwa Pakai Beg RM26,000

24-12-2022 08:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6749| Komen: 102

Tular sejak semalam beberapa gambar kononnya isteri Menteri Besar Kelantan, Siti Zabidah Abd Hamid memakai beg didakwa bernilai RM26,000.

Gambar itu dipercayai dirakam ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersama isterinya menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melihat keadaan banjir yang melanda negeri itu, Khamis lalu.



Foto tular Isteri Menteri Besar Kelantan memakai beg kononnya bernilai RM26,000 adalah cubaan fitnah

Bagaimanapun, anak kepada Menteri Besar dikenali sebagai Azma Ahmad menyatakan beg berkenaan sebenarnya adalah hadiah daripadanya dan adik-beradik sebagai menjawab dakwaan yang tular di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp itu.

"Beg tu sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada umi sempena Family Day 2022 (Hari Keluarga 2022).

"X dok modal sungguh waso ore ponn nk fitnah2...umi oyak kalau beg RM26,000 baik beli emas (tiada modal sungguh orang ramai hendak fitnah. Ibu kata kalau beg harga RM26,000 baik beli emas," katanya menerusi status di laman Facebooknya, di sini.

Terdahulu, Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMB) menerusi status di Facebook memaklumkan dakwaan menyatakan isteri Menteri Besar Kelantan memakai beg kononnya bernilai RM26,000 adalah cubaan fitnah untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan kerajaan negeri.

"Kali ini adalah cubaan fitnah untuk menjejaskan reputasi Menteri Besar Kelantan menerusi fitnah penggunaan beg tangan isteri Menteri Besar yang berjenama mewah tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan itu.

"Hakikat sebenar adalah beg tangan itu sekadar berharga sekitar RM300 bukannya mewah sehingga berharga RM26,000 seperti didakwa.

"Dalam situasi musibah banjir, di saat kepimpinan kerajaan negeri bertungkus-lumus mengurus, membantu dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang susah masih ada satu pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam," katanya.

Menurut kenyataan itu, rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan 'character assasination' (pembunuhan karakter) yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan kerajaan negeri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putriTS 24-12-2022 08:19 PM
So isteri MB pakai Dior fufu, gitu?
Quote kaishi 24-12-2022 08:20 PM
Lain kali jgn di tayang2 gitu time2 lawatan ape bagai gini...

Halahhalahalahhhhh
Quote noor2 24-12-2022 08:22 PM
Beriya bawak hbag ketempat banjir tu dah kenapa...
Quote edayildiz 24-12-2022 08:26 PM
tajam sungguh mata netizen
Quote Suchi 24-12-2022 08:53 PM
Anak2 buwi bag gred AAA kah?

Better bg local brand jelaa asalkan original, apa nih pakai bag tiruan better pakai beg bundle drpd tiruan.
Quote Kupucandy 24-12-2022 08:53 PM
Melawat mangsa banjir tak payahlah bwk beg segala bagai, kan dah jd bahan fitnah
Quote airfilterkotor 24-12-2022 08:55 PM
Ehh... ada MB Kelantan ghopernyerr.
Quote ulamalu 24-12-2022 08:58 PM
Standardlah perempuan pergi mana2 bawa handbag nak letak purse, handphone mcm2.  Bukannya baju kurung ada poket mcm seluar lelaki.  Ke nak zuhud lagi bawa re-cycle bag atau bag plastic ke.
Quote ultra78 24-12-2022 09:12 PM
ulamalu replied at 24-12-2022 08:58 PM
Standardlah perempuan pergi mana2 bawa handbag nak letak purse, handphone mcm2.  Bukannya baju kurun ...

Bawak aje beg Lotus..

Lotuss-Virtual-02.jpg
Quote caca_eric 24-12-2022 09:20 PM
ultra78 replied at 24-12-2022 09:12 PM
Bawak aje beg Lotus..

Bwk beg kipling jah ke mana2
Quote supernaturalee 24-12-2022 09:24 PM
FLOK ke ni

First Lady of kelantan
Quote gideoncross 24-12-2022 09:27 PM
edayildiz replied at 24-12-2022 08:26 PM
tajam sungguh mata netizen

Netz Mulayu Melesia mmg gitu, xde krja lain mlainkn menelek hrta bnda org lain.
Quote gideoncross 24-12-2022 09:28 PM
ulamalu replied at 24-12-2022 08:58 PM
Standardlah perempuan pergi mana2 bawa handbag nak letak purse, handphone mcm2.  Bukannya baju kurun ...

Tpi msaalahnya netz Mulayu Melesia ni klau kita bwa recycle bag or plastic bag, nnti pun ttap jugak dorg mmbahan smpai 7 kturunan x hbis2.
Quote sharlenetexas 24-12-2022 09:29 PM
Acik2 forum punya henbeg lagi mahal.


Quote sharlenetexas 24-12-2022 09:30 PM
ultra78 replied at 24-12-2022 09:12 PM
Bawak aje beg Lotus..

Bahaya xde zip orang boleh seluk.

Quote edayildiz 24-12-2022 09:32 PM
gideoncross replied at 24-12-2022 09:28 PM
Tpi msaalahnya netz Mulayu Melesia ni klau kita bwa recycle bag or plastic bag, nnti pun ttap juga ...

ini bethol jgk u..ada je la benda tak kena kan kt mata dorg
Quote lightheaded67 24-12-2022 09:39 PM
Edited by lightheaded67 at 24-12-2022 09:40 PM

yg mula naik bende ni kt fb, si fb polower pakatan harapan. suwei jah ingt kan puak mulayu ph tak main bnde2 gini. acik nuarrrrr tgk depa ni acik nuar. depa coba mngambil dn mngalih kan limelight acik nuar dan acikwak
Quote kitmal 24-12-2022 09:47 PM
Netizen bahan sebabkan PAS parti yang sederhana..tak pakai benda yang mahal mahal,,pakai kopiah dan baju melayu sajo duit pun minta derma guna tin milo...
Quote Carcosa 24-12-2022 09:48 PM
Hahahhahahha. Serba salah aku nak ketawa, tapi ketawa lah jugak!
Hadoiiii lah Mokcit oiiii. Tak perlu lah kelek handbag, kalau nak buat kerja2 berkaitan rakyat/kerajaan/keramaian/musibah mcm ni ouuuiiii.
Tinggal je laaa dkt drebar ke, dkt kereta ke, dkt anak ke, dkt kawan ke, assistant ke, sapa2 laaa.
Nih lagi satu. Anak2 Mokcit tongtong duit, beli bag gred AA ke, Mokcit oiii. Drpd bag fake Dior tu, baik belikan handbag Charles n Keith ke, Coach ke, Sembonia even. Drpd bag fufu... Ya hamponnnnn. Anak2 pun tak bijak bagi statement. Adddduuulamangaaai.. Dah masuk dunia politik ni, cubaaaa lah jadi bijak sikitttt. Rengsekkkk laaaa.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.066031 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top