Perkhidmatan perisikan Korea Selatan mededahkan bahawa penggodam-penggodam Korea Utara telah mencuri kira-kira 1.5 trilion won (RM5.17 bilion) dalam bitcoin dan aset maya lain sejak lima tahun lalu dengan lebih separuh daripada nilai berkenaan dicuri pada tahun ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Pakar-pakar mendakwa bahwa Korea Utara beralih kepada penggodaman wang kripto dan operasi siber haram lain sebagai sumber wang asing yang diperlukan untuk menstabilkan ekonominya yang rapuh dan membiayai pembangunan senjata nuklear sebagai tindak balas terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pandemik Covid-19. Tumpuan Korea Utara kepada jenayah siber berlaku selepas sekatan PBB diperkukuh pada 2017 sebagai tindak balas kepada program senjata nuklearnya. Korea Utara kini merupakan antara yang terbaik di dunia dalam aspek pencurian aset digital, demikian menurut agensi pengintip utama Korea Selatan, Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS).
Sekatan PBB yang dilaksanakan pada 2016 hingga 2017 melarang Korea Utara mengeksport barangan termasuk arang batu, tekstil dan makanan laut, selain memaksa negara-negara anggota untuk menghantar pulang warga Korea Utara yang bekerja di luar negara. Pyongyang mengalami tamparan yang ketara selepas dunia melaksanakan sekatan paling ketat untuk memerangi pandemik Covid-19. Menurut NIS, penggodam-penggodam Korea Utara yang ditaja Pyongyang, disyaki mencuri 800 bilion won (RM2.76 bilion) dalam aset maya tahun ini sahaja, daripada jumlah anggaran kecurian sebanyak 1.5 trilion won (RM5.17 bilion) sejak 2017. Korea Selatan didakwa menyumbang lebih 100 bilion won (RM345.15 juta) daripada jumlah keseluruhan itu. Serangan selanjutnya oleh penggodam Korea Utara berkemungkinan besar menyasarkan teknologi inovatif dan data peribadi Korea Selatan pada tahun hadapan. Sumber: Kosmo
|
kasibiman replied at 17-12-2024 05:51 AM
Jgn lupa pakistan
Kitty_catz replied at 17-12-2024 02:14 PM
malaun up tered 2022 kembali lagi kaka uiii
tengok date of bebenang dulu yach
ADVERTISEMENT