CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harum Nama Malaysia Alvin Chong Dapat Anugerah Best Supporting Male Performance – Digital

24-12-2022 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1262| Komen: 4

Alvin Chong baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa selepas merangkul anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Digital atau ‘Best Supporting Male Performance – Digital’ melalui lakonannya dalam drama bersiri ‘She Was Pretty’.


Penyanyi dan pelakon popular itu menerima anugerah berkenaan di Anugerah Televisyen Asia yang ke-27 (Asian Television Awards) yang berlangsung di Manila, Filipina pada 1 Disember lalu di mana ia menjadi salah satu acara anugerah paling dinantikan di rantau ini.


FB Asian TV Awards

‘She Was Pretty’ merupakan versi Bahasa Malaysia yang diadaptasi dari siri drama asal Korea dengan judul sama dan ditayangkan di platform digital VIU.

Ia menampilkan bintang popular Malaysia seperti Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle dan juga Daniella Sya selain Alvin Chong sendiri yang memainkan watak Ashraff.

Ternyata lakonannya berjaya memberi kesan sehingga mengalahkan pesaingnya bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara jiran juga.


Warner Music

Calon lain bagi kategori tersebut ialah Giulio Parengkuan dari Indonesia melalui siri Pertaruhan The Series serta rakan senegara Izzue Islam melalui drama Ganjil.

Anugerah berprestij yang mengiktiraf hasil kerja seni dunia televisyen rantau Asia ini merupakan acara tahunan dan kerap menyaksikan pencalonan nama-nama terbesar di benua Asia.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Geeayden 24-12-2022 06:11 PM
Tahniah alvin
Quote Kancilkering 25-12-2022 08:14 AM
kesian kau aiman….wingman kau dpt award….kau habuk pun x dpt….
Quote takkizawa 25-12-2022 11:48 AM
Taste tengok. Skandal i pun nama alvin. Tapi muka x kpop la…set2 jinjang jahhh. Haha.
Quote kakigojes 25-12-2022 12:26 PM
He memang tasty sangat. Sedap

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034318 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top