CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Belum Nak Bersara, Duduk Masjid Kejar Akhirat

24-12-2022 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2810| Komen: 25

Bersara dan 'duduk di masjid' tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas tewas di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Meskipun usianya bakal mencecah 97 tahun pertengahan 2023, bekas Perdana Menteri tetap mahu meneruskan perjuangannya yang disifatkannya masih belum selesai, terutama bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu bangsa Melayu.

Dr Mahathir melihat masalah membabitkan orang Melayu terlalu dekat di hatinya dan percaya usaha menyelesaikannya adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan dirinya, termasuk atas alasan 'duduk di masjid untuk mengejar akhirat'.


FB Tun M

"Saya nak bersara daripada politik. Sebenarnya pada 2002, saya syorkan saya letak jawatan (Perdana Menteri), saya nak bersaralah. Tapi apabila saya bersara, terdapat banyak perkara berlaku yang tidak disenangi oleh orang ramai. Mereka bertanya kepada saya, sama ada saya boleh tolong atau tidak.


"Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, saya faham tentang masalah dan cara-cara mengatasi masalah.

"Kalau orang tanya, boleh ke tak tolong, tapi saya kata 'sorrylah, saya nak rehat, saya nak balik ke madrasah, nak sembahyang untuk akhirat', nampak saya utamakan diri saya lebih daripada bangsa saya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama BH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, baru-baru ini.

Beliau ditanya sama ada dirinya masih relevan dalam politik negara selepas kalah teruk dan hilang deposit dalam PRU15 atau tiba masa untuk bersara sepenuhnya daripada politik dan 'duduk di masjid'.


FB Tun M

Dalam PRU15, Dr Mahathir yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dimenanginya pada PRU14.

Bekas Perdana Menteri hanya memperoleh 4,566 undi, sekali gus kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang menang dengan majoriti 13,518 undi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir memberi bayangan akan terus aktif dalam politik, terutama selagi khidmatnya masih diperlukan untuk membantu orang Melayu.

"Saya selalunya memandang masalah bangsa saya itu adalah perkara utama dalam kehidupan saya. Jadi saya tak boleh utamakan diri saya sedangkan bangsa saya mungkin menghadapi masalah.

"Kalau saya ada cara untuk mengatasi, tak baiklah kalau saya lebih utamakan kepentingan diri saya," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 24-12-2022 02:01 PM
Asal jgn jadi mami jarum #baturonson sudah....sejak dah takda dlm pentadbiran....
Quote Orenn1 24-12-2022 02:08 PM
Ok lah tu suara Tun M mmg blh buat pemimpin2 yg menyeleweng menggigil badannn. Teruskan bersuara terutama klu ada perkara yg tak betul dlm pentadiran Tun M. Suara tua Tun M tu lah yg akhirnya berjaya menghantar najib ke Sg Bulohh.

Kagum dgn semangat Tun M yg tak pernah berhenti, usia bukan penghalang yachh.
Quote Hoshhi 24-12-2022 02:31 PM
Itulah yang sebaiknya
Quote Innrukia 24-12-2022 02:35 PM
Tun M ni mcm org2 tua lain yg tak reti duk diam.
Dah passion dia ke situ, suka ati dia la.. yg memasing butthurt sgt dah kenapa?
Quote tripleid 24-12-2022 02:42 PM
Tun duduk rehat diam2 main dgn cucu sudahlah..takyah risau psl org melayu..Anwar ibrahim kan ada, dah jadi pm pun beliau..taulah dia nak jaga melayu mcm mana
Quote otai_g 24-12-2022 02:49 PM
Orenn1 replied at 24-12-2022 02:08 PM
Ok lah tu suara Tun M mmg blh buat pemimpin2 yg menyeleweng menggigil badannn. Teruskan bersuara ter ...

Tp suara tu dah x bermakna lg bila ko bkn ahli dewan. Sp nak dgr walaupun bnd tu mmg btl. Wartawan pun akan bolayan je kecuali wartawan yg da nak pencen lah sbb malas nak berebut dgn wartawan muda kejar story.
Quote Orenn1 24-12-2022 03:39 PM
otai_g replied at 24-12-2022 06:49 AM
Tp suara tu dah x bermakna lg bila ko bkn ahli dewan. Sp nak dgr walaupun bnd tu mmg btl. Wartawan ...

Tak jugak. Suara dia masih berpengaruh n blh jd headlines sana sini. Masa dia start kritik najib psl 1mdb dia dah takde jawatan apa, bukan pm bukan mp, pemimpin2 umno masa tu semua start attacked dia sbb dia kritik najib pm n president dorg. Tp sbb Tun M ni jenis takde istilah putus asa n give up dlm kamus hidop dia samada dia berseorangan atau ada org lain bersama dgn dia, dia teruskan berjuang apa yg dia percaya. Akhirnya bukan saja dia dpt hantar najib ke sg buloh, dia juga berjaya jatuhkan kjaan tua yg berusia 60 tahun, sesuatu yg imposibble utk kita pikirkan pun masa tu.
Quote Perwira2022 24-12-2022 03:42 PM
Sebelum mati harap Tun dedahkan semua rahsia2 kebejatan Anwar
Quote krustykrab 24-12-2022 03:43 PM
Elok la tun...ramai sgt menteri lembam, tin kosong..semoga suara tun akn bergema kt telinga lembam² nih.
Quote lightheaded67 24-12-2022 04:05 PM
time heol dh takde jwtn ni sama ja mcm kita netz, komen org boleh dngar atau org boleh bolayan.
Quote TOPwind 24-12-2022 08:02 PM
negara Msia ni unik

melayu mempertahankan melayu di negara melayu yg ada kuasa ialah melayu

bangsa lain tiada kuasa tapi boleh kuasai melayu dlm semua bidang

kepana? jawapanya ialah di beri PELUANG dalam semua hal olehorang melayu tu sendiri
Quote otai_g 24-12-2022 08:17 PM
Orenn1 replied at 24-12-2022 03:39 PM
Tak jugak. Suara dia masih berpengaruh n blh jd headlines sana sini. Masa dia start kritik najib p ...

Da pnt2 jatuhkan kerajaan tua tu sekali ph kutip balik. Bodoh apa yg da melanda negara ini?
Quote tikusmontok 24-12-2022 08:22 PM
Orenn1 replied at 24-12-2022 02:08 PM
Ok lah tu suara Tun M mmg blh buat pemimpin2 yg menyeleweng menggigil badannn. Teruskan bersuara ter ...

Suara tua Tun M juga yg akhirnya berjaya menghantar nwart ke Kajang.
Quote MissYouSayang 24-12-2022 08:55 PM
Bagi iol ,org yg suruh tun berehat tu umpama satu kata2 kejian bagi dia. iol pun x knl sgt tun ni mcm mana tp iol tahu la jiwa pahlawan diri dia. So lg better suruh paknon jah berehat
Quote 3480 24-12-2022 08:59 PM
Sekadar komen n nasihat ok jah.
Jgn masuk bertanding dh..
Rehat2 dr beratkan otak
Quote gideoncross 24-12-2022 09:38 PM
Klau ya pun, x yahlh libatkn ugama.
Quote kitmal 24-12-2022 09:48 PM
eloklah tu...tak da harapan dalam politik lagi keturunan tun
Quote Supersirap 24-12-2022 09:50 PM
Boleh jadi consultant kepada sesiapa yang memerlukan
Quote ina_na 25-12-2022 12:26 AM
X de makna nye atok ni nak berehat..dia dah ckp kan..org tua mcm dia kalo duk sesaje layan cucu leh cpt nyanyuk..Tu sbb dia duk cari keje.. keje dia yg paling berjaya lps bersara kali pertama sumbat kan Najib dlm penjara..ni tunggu je la nama sape kn petik lg lps ni..Bab agama amal ibadat dia, mls aku nk komen..bak kata arwah sheikh ape yg meninggal kat Indonesia tu..amalkan org di malam hari kita x tau..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.196674 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top