CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Baik, Cameron Highlands Sepi Ramai Batal Tempahan Dibayangi Tragedi Batang Kali

24-12-2022 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4522| Komen: 44

Kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Sela­ngor, dekat sini memberi impak negatif kepada industri pelancongan di Pahang khususnya di kawasan tanah tinggi.

Akibat kejadian itu, orang ramai takut dan bertindak membatalkan tempahan percutian kerana masih dibayangi tragedi ngeri yang mengorbankan puluhan nyawa itu.

Janda Baik dan Cameron Highlands antara kawasan pelanco­ngan terkenal di negeri ini yang turut terjejas apabila pelanggan membatalkan tempahan sempena musim cuti sekolah.


Keadaan kesesakan pada musim cuti persekolahan di Cameron Highlands.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Resort Janda Baik, Nurul Aswad Akib berkata, meskipun kawasan penginapan dan riadah di Janda Baik jauh berbeza de­ngan kawasan Batang Kali yang bercerun, namun tragedi Batang Kali menyebabkan kedatangan pelancong terjejas apabila ada yang membatalkan tempahan.


“Sebenarnya di Janda Baik adalah selamat dikunjungi kerana cuaca di sini adalah baik dan penginapan juga bukannya di kawasan cerun termasuklah lokasi perkhemahan.

“Pihak persatuan juga sentiasa memastikan keselamatan pelancong, malah di Janda Baik juga mempunyai komuniti penduduk yang menetap di sini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, beliau berharap pengunjung tidak berasa takut dan dapat meneruskan percutian di kawasan Janda Baik.

Seorang pengunjung dari Selangor, Habibah Abdullah, 49, berkata, dia yang merancang bercuti secara berkumpulan di Ca­meron Highlands terpaksa menangguhkan percutian kerana risau keselamatan mereka.

Katanya, tragedi tanah runtuh Batang Kali begitu memberi ke­san kepada mereka yang mengambil sikap berwaspada.

“Kita maklum Came­ron Highlands adalah kawasan berbukit yang diteroka untuk pertanian. Jadi dengan keadaan cuaca dan hujan lebat yang berlaku ketika ini, kami buat keputusan batalkan tempahan,” katanya.


Destinasi pelancongan popular di sekitar Janda Baik, Bentong kini turut menerima tempias ekoran tragedi tanah runtuh di Batang Kali. – GAMBAR HIASAN

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, pihaknya memandang serius masalah yang dihadapi pemain sektor pelancongan di negeri ini yang terjejas ketika ini.

Namun katanya, aspek kese­lamatan turut perlu diberi keutamaan dan semua pihak tertakluk kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meah_kelabu 24-12-2022 02:18 PM
bile semua berjaga2 ckp mcm ni pulak
bile org g je, nnti ckp dh tahu kan musim hujan g jugak.. huhu
bertabahlahhh
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 03:21 PM
Harap kaka tinot pg lah cameron highland daripada pergi bukit fraser. Sementara jalan xjem ni.
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 03:22 PM
meah_kelabu replied at 24-12-2022 02:18 PM
bile semua berjaga2 ckp mcm ni pulak
bile org g je, nnti ckp dh tahu kan musim hujan g jugak.. huhu
...

Macam awal buka lockdown dulu lengang je. Rasa aman damai. Xjem

Kaka suka kuih burger pacman ada jem tu. Lupa nama dia friskot ye?
Quote syamzana 24-12-2022 03:26 PM
iols pun cancel dah glamping kat janda baik bulan 2 nanti. lantak la cuaca baik ke bkn kwsn cerun ke.
Quote ekselen 24-12-2022 03:34 PM
Mmgla kawasan tu ok ke apa tp sepanjang jln nk ke janda baik tu boleh pasti ke xde tanah runtuh, jln runtuh bagai? Dah org lg nk pikir psl keselamatan diri dan family memasing... Benda ni bermusim, pas abis musim tengkujuh bkn xbole korg nk operate mcm biasa... Mcm abih pkp la...semua bondong2 pi bercuti... Skrg ni tahan la sikit..kalo ada kemalangan jiwa berlaku sbbkan kejadian mcm ni sshnya kuarga org lain bkn korg yg buat bisnes tu... Agak2 la jgk pikir keselamatan org lain...
Quote bunnyj3lly 24-12-2022 04:30 PM
Padahal area Janda Baik tu selalu je ada tremors. Tremors ni bkn gegaran kuat macam gempa bumi tapi masih ada pergerakan bumi. Aterrr ...udoh kawasan bukit bukau.. stended la.. pihak pemain industri sepatutnya jadi macam pemain industri pulau-pulau macam Perhentian etc. Ada waktu yang tak boleh beroperasi. Barulah dapat win-win camtu. Tamak sangat nak pegi haji balik hari ke?
Quote pu3_rania 24-12-2022 04:58 PM
Aku dah cancelled percutian ke Janda Baik hari ni sampai Isnin depan yang di booking semenjak September
Tak nak ambil risiko gadai nyawa keluarga dek birah nak berseronok punya pasal
Quote sharlenetexas 24-12-2022 05:04 PM
Edited by sharlenetexas at 24-12-2022 05:06 PM
bunnyj3lly replied at 24-12-2022 04:30 PM
Padahal area Janda Baik tu selalu je ada tremors. Tremors ni bkn gegaran kuat macam gempa bumi tapi  ...


Gunung lipat muda ke kat situ?


Quote Decaffeinated 24-12-2022 05:10 PM
Makin merudumlah ekonomi. Hidup kena berani amik risiko macam cina. Kat mana2 pun boleh mati.
Quote Tinot7 24-12-2022 07:14 PM
CiliPadiSedap replied at 24-12-2022 03:21 PM
Harap kaka tinot pg lah cameron highland daripada pergi bukit fraser. Sementara jalan xjem ni.

Kena drive jauh2 utk ke cameron.. iols tak drive jauh tuh kaka cps..
Quote faraway1 24-12-2022 08:03 PM
Tunggu lah sekejap lagi sebab rakyat Malaysia jenis cepat lupa... Besok besok bersesak lah
Quote jfq 24-12-2022 08:15 PM
Cer check accomodation kat janda baik tu ada ke commercial license utk operate.
Macam asal boleh aje.
Jgn mcm kes budak mat salleh yg mati kat negeri sembilan tu. Rasanya resort tu takda lesen
Quote ina_na 24-12-2022 08:24 PM
Bgs la kurangkan berjalan berholiday ms musim hujan ni..Kalo jd pe2 kesian ke si bulus2, anggota penyelamat...tp rakyat Malaysia ni bak kata atok mudah lupa
Quote tikusmontok 24-12-2022 08:29 PM
Meraung diserang bipolar pulak la lepsokri
Quote airfilterkotor 24-12-2022 09:19 PM
sharlenetexas replied at 24-12-2022 05:04 PM
Gunung lipat muda ke kat situ?

Screenshot_2022_1224_210936.png
42452_2021_4686_Fig6_HTML.png
Quote sharlenetexas 24-12-2022 09:25 PM
airfilterkotor replied at 24-12-2022 09:19 PM

Masa belajar geografi dulu ada gunung lipat muda kat sarawak. Tapi tak tau lah bumi dak extreme make over.


Quote airfilterkotor 24-12-2022 09:34 PM
sharlenetexas replied at 24-12-2022 09:25 PM
Masa belajar geografi dulu ada gunung lipat muda kat sarawak. Tapi tak tau lah bumi dak extreme ma ...

Gunung lipat berbeza dengan garis sesar.
Quote bunnyj3lly 25-12-2022 11:02 AM
sharlenetexas replied at 24-12-2022 05:04 PM
Gunung lipat muda ke kat situ?

I taktau la lipat muda ke tua sis. Tapi area Bukit Tinggi/Karak semua tu memang duduk atas active fault zone dekat Semenanjung Malaysia ni.

"The Bukit Tinggi fault zone is considered to be active and is a potential source of future earthquakes. Outside Bukit Tinggi area, the Benus and Karak faults are also deemed active."

Sebab tu pernah ada terasa gegaran sampai ke KL city centre area few years back. Area situ memang not so safe sebenarnya.
Quote bunnyj3lly 25-12-2022 11:05 AM
airfilterkotor replied at 24-12-2022 09:19 PM

TQ siap bagi gambar. Hehehe. I tak reti nak tepek

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060765 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top