Rata-rata wanita pasti pernah mengalami 'kebocoran' darah haid semasa tidur sepanjang tempoh menstruasi. Bayangkan jika ia berlaku kepada wanita yang sudah berkahwin, adakah suami dapat menerimanya apabila melihat tompokan darah di cadar dan tilam.
Pelbagai persepsi sering diperkatakan tentang darah haid dan segelintir lelaki berasa geli berdepan situasi itu. Ciapan seorang wanita di Twitter mencetus perdebatan dalam kalangan netizen walaupun segelintir mencemburuinya. Berdasarkan ciapan itu, suaminya bukan sahaja tidak berasa geli dengan tompokan darah haid, malah membantu mencuci kesan pada cadar dan tilam.
Mengakui rasa takut dimarah kerana insiden yang tidak disangka itu, wanita bernama Ainul itu akhirnya menarik nafas lega kerana suaminya memahami. Menurut Ainul, sebelum ini dia pernah melihat video seorang suami memarahi isteri hanya kerana darah haid terkena pada tilam. Namun, dia menyatakan bahawa situasi tersebut sememangnya tidak dapat dikawal. Dengan 'perkembangan' positif yang ditunjukkan suaminya, dia juga berharap persediaan boleh dilakukan jika dia melahirkan anak suatu hari nanti. Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 5,000 pelayar Twitter selain turut dikongsi menerusi pelbagai platform media sosial. Menyedari terdapat reaksi negatif daripada warganet seperti "Itu pun nak cerita kat public? Ramai lagi suami kat luar yang peluk isteri semasa isteri cirit atas tilam... tak bising pun', Ainul kemudian menjelaskan bahawa pemikiran setiap individu addalah berbeza dan perkongsiannya bertujuan untuk membantu mereka yang trauma dengan perkahwinan. "Maaf pada yang bitter dengan tweet ni, tak apa mindset kita mesti berbeza. Hanya berkongsi cerita saya, jadi kalau ada orang lain yang trauma tentang perkahwinan atau tak percaya perkahwinan (seperti saya sebelum ini), boleh dapat sikit motivasi. Hidup berkahwin itu banyak yang indah daripada pahit," tambahnya. Rata-rata warganet turut berkongsi kaedah bagi mengelakkan darah haid yang bocor mengenai tilam. Dalam pada itu, beberapa pelayar wanita juga berkongsikan pengalaman memiliki suami yang memahami terutama ketika berada dalam tempoh hamil. Pada masa sama, perkongsian Ainul turut dicemburui segelintir pelayar yang masih bujang dan berharap dikurniakan suami yang memahami seperti itu. Sumber: mStar |
Thunderclouds replied at 24-12-2022 03:16 PM
Tahi
(dilemparrr)
ADVERTISEMENT