CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Motor Rempuh Viva Masuk Simpang

24-12-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 898| Komen: 4

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke simpang di Kilometer 17, Jalan Melawi – Kuala Besut berhampiran simpang tiga Perahu Tok Bali di sini malam tadi.


Dalam nahas kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Jalan Kuala Besut ke Melawi.


Keadaan motosikal mangsa kemalangan maut di Kilometer 17, Jalan Melawi-Kuala Besut, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN PDRM

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan untuk memasuki simpang ke Pasir Puteh.


“Insiden itu menyebabkan mangsa merempuh bahagian sisi kiri kereta berkenaan sebelum berpusing dan melanggar sebuah kren yang berada di tepi simpang Pasir Puteh ke Kuala Besut.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, pemandu kereta tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Jafri Ismail di talian 019-938 6224 untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo07 2-12-2024 07:59 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:13 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:33 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:22 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.341726 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top