Menolak mencipta kontroversi demi menaikkan nama dalam industri seni, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun tidak menafikan dia sengaja memuat naik gambar berpegangan tangan dengan personaliti media sosial dikenali sebagai Abby.
Kata Hariz, 20, tujuan sebenar gambar tersebut dimuat naik adalah untuk mempromosikan drama lakonan mereka namun tidak menyangka ia menjadi bualan ramai. "Bukanlah sengaja mahu cipta kontroversi. Tak pernah terfikir pun nak buat cerita sebegitu untuk naikkan nama sebagai seorang pelakon. "Kami sengaja muat naik gambar tersebut untuk promosikan drama. Memang dah rancang untuk tarik perhatian ramai. Namun tak sangka pula ada yang anggap kami bercinta," katanya kepada mStar.
Hariz dan Abby sebelum itu memuat naik gambar mereka berdua berserta kapsyen yang mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. Menerusi ruangan komen, mereka juga saling berbalas tanda hati seperti menguatkan lagi dakwaan cinta sedang berputik antara mereka. Malah ada juga peminat yang mendoakan agar mereka akan bahagia bersama. "Kami tak bercinta pun. Ambil gambar itu sekadar suka-suka dan memang sengaja muat naik di laman sosial. "Abby dan saya berlakon sama. Kami hanyalah kawan sahaja. Tiada hubungan istimewa pun antara kami. Hanya bercinta dalam drama sahaja," ujarnya. Dalam masa sama, Hariz juga enggan ambil serius dengan komen peminat yang keliru dengan perkongsiannya itu. Menurut Hariz tidak ada apa yang perlu dijelaskan memandangkan mereka bukanlah pasangan bercinta seperti yang diharapkan oleh peminat. "Biarkalah orang nak komen atau kata kami bercinta. Kalau ada yang kata kami sengaja cipta kontroversi pun saya tak ambil peduli. "Orang sekeliling pun tahu apa sebenarnya berlaku. Jadi tak perlu ambil serius sangat hal begini," jelasnya. Sumber: mStar
|
cucutokwan89 replied at 24-12-2022 01:56 PM
Kalau ikut nama, mcm Muslim. Budak² akhir zaman ni. Tak pikir dh dosa
rosevelvet replied at 24-12-2022 01:59 PM
Abby tu rsnya non muslim
Kurex replied at 24-12-2022 01:36 PM
Kau siapaaaaa
dudaberhias replied at 25-12-2022 01:17 PM
Ingatkan abby abadi, buka2 rhopernya shanie
ADVERTISEMENT