CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maqis Kesan Taktik Campur Daging Lembu, Kerbau Dan Babi

24-12-2022 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2022| Komen: 20

Kewujudan syarikat menggunakan taktik sama untuk menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal ke negara ini dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).


Selain melakukan pengikraran palsu, mereka menyembunyikan daging di sebalik produk yang diluluskan Maqis.

Syarikat terbabit kegiatan penipuan itu turut menciplak label, pemalsuan cap serta menjalankan pembungkusan semula daging sejuk beku import bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Foto Sinar Harian

Dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim mendedahkan mereka mengikrarkan daging sejuk beku yang diimport masuk ke negara ini sebagai produk makanan, sayur-sayuran, buah-buahan atau pun ikan sejuk beku.


Tambahnya, berdasarkan kes yang direkodkan, tidak dinafikan terdapat campuran daging import yang tidak sah.

“Kita ada kesan daging lembu yang diimport dicampur dengan daging kerbau atau daging babi.

“Ini terbukti selepas ujian keputusan DNA (asid deoksiribonukleik) di makmal veterinar. Ini antara kes yang pernah dilaporkan,” katanya.

Katanya, sejak 2020 hingga Jun lalu, berlaku peningkatan kes membabitkan rampasan daging sejuk beku.

“Pada 2020, sebanyak lapan kes dilaporkan membabitkan rampasan daging sejuk beku seberat 190,918 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM2.28 juta.

“Jumlah ini meningkat pada 2021, iaitu sebanyak 22 kes dilaporkan membabitkan rampasan daging sejuk beku seberat 255,537kg yang dianggarkan bernilai RM3.96 juta.

"Bagi tempoh tahun ini setakat Jun, Maqis Selangor merekodkan jumlah rampasan RM5.22 juta dengan rampasan daging sejuk beku seberat 299,626 kilogram.

“Kebiasaan antara alasan utama ejen selepas ditahan adalah tidak tahu dan pengimport akan saling menuding jari dengan ejen mereka itu,” katanya.

Mohd Sobri berkata, setakat ini tiada maklumat sama ada kegiatan penyeludupan ini didalangi sindiket tempatan atau luar negara.

“Kita juga tiada maklumat bahawa ianya didalangi mana-mana individu di kalangan orang kenamaan mahupun orang berpengaruh,” katanya yang juga memaklumkan setakat ini, tiada ancaman dari kongsi gelap.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 24-12-2022 09:09 AM
Astaghfirullah
Quote cucutokwan89 24-12-2022 01:50 PM
Gitulah peel manusia tamak haloba. Moga pihak berkuasa menjalankan tugas sebaiknya. Cayok2x
Quote Zack8hunter 24-12-2022 02:00 PM
Babi betul la sape yg pi campur daging lembu dgn babi ni
Quote Lagubestbest 24-12-2022 02:17 PM
haish, kene menapak g pasar basah awal2 pagi jugak ler gini nampaknya.
Quote edayildiz 24-12-2022 02:44 PM
patutla mama love xblh mkn dgg beli kt kl..make sense jgk la..
sheols bawak fresh meat dari pasir mas ok..
sbb kt sskjp kan ada jual daging yg baru sembelih everyday tepi tepi jln..
Quote otai_g 24-12-2022 02:45 PM
Patutnya kita ternak sendiri je. X yah dah import daging2 ni semua. Kita bnyk sumber kot, tanah, air, udara bersih. Tp tu la kerajaan mcm x brp fokus sgt industri menghasilkan makanan ni.
Quote Azharitubunga 24-12-2022 02:49 PM
Lama dah tak makan daging import
Cari daging fresh juga puashati
Quote matamata 24-12-2022 02:56 PM
Hidupkan semula Projek NFC
Quote Zack8hunter 24-12-2022 02:58 PM
otai_g replied at 24-12-2022 02:45 PM
Patutnya kita ternak sendiri je. X yah dah import daging2 ni semua. Kita bnyk sumber kot, tanah, air ...

kerajaan mmg dh nk buat pun dulu..siap dh sediakan dana.. tp last2 kene kene songlap..lupa ke kes kak ijat dan lembu2nya
Quote zamzam 24-12-2022 02:59 PM
otai_g replied at 24-12-2022 02:45 PM
Patutnya kita ternak sendiri je. X yah dah import daging2 ni semua. Kita bnyk sumber kot, tanah, air ...

Dulu kan ada buat fidlot...lembu dok dlm kondo.
Quote zamzam 24-12-2022 03:00 PM
Zack8hunter replied at 24-12-2022 02:58 PM
kerajaan mmg dh nk buat pun dulu..siap dh sediakan dana.. tp last2 kene kene songlap..lupa ke kes  ...

Ya org umno mmg lahanat. Semoga Allah turunkan bala sampai anak cucu 7 keturunan.
Quote antikorok 24-12-2022 03:09 PM
Kartel daging puaka kebal betol yachhhh
Quote bunnyj3lly 24-12-2022 04:34 PM
zamzam replied at 24-12-2022 03:00 PM
Ya org umno mmg lahanat. Semoga Allah turunkan bala sampai anak cucu 7 keturunan.

Anaknya, keluarganya relax jeeeee takde apa. Dapat position lagi dalam govt agency.
Quote Punat_button 24-12-2022 04:41 PM
termakan xpe tak sengaja

#kakikudikepalamu senyum sinis

Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 04:47 PM
kaka rasa mulut kaka puaka sebab kartel daging lah ni duk campur2 daging. lepas ni kaka sembelih sendiri ayam masak deep fry celup tepung.
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 04:54 PM
Zack8hunter replied at 24-12-2022 02:58 PM
kerajaan mmg dh nk buat pun dulu..siap dh sediakan dana.. tp last2 kene kene songlap..lupa ke kes  ...

lembu dalam kando
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 04:58 PM
matamata replied at 24-12-2022 02:56 PM
Hidupkan semula Projek NFC

tak feasible right now. sebab harga dedak pun mahal. nak bagi lembu tu makan apa? nasi bujang? .. dedak lembu seguni dah naik dah. dedak ayam semua dah naik.

orang yang mampu ternak lembu sekarang orang kayangan je. orang biasa dia ternak lembu ayam dedak tu dia bancuh air bagi rasa macam bubur mcd. tabur ikan bilis sikit, tabur ayam sikit. risiko ternakan akan perut kembung jelah. ternakan akan gemuk air berbanding gemuk protien. sebab tu lembu kawan kaka gemuk sebab dia letak air extra joss dalam dedak. hari2 lembu tu angkat berat sekarang dah sado dah macam pitbull.

Quote lightheaded67 24-12-2022 05:44 PM
makan ja la bukannya murtad tkeluar akidah. habis kuat cacing ja kalau tak masak elok2.
Quote angelofish 24-12-2022 06:32 PM
Pelik ladang kelapa sawit ladang getah. Tak bela sekurang kurangnya kambing kat ladang. Dari rumput tu di racun. Ada baik nya bagi kambing makan.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053599 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top