CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sertai Protes Larangan Masuk Universiti Dipukul, Ditangkap Taliban

24-12-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 657| Komen: 4

Taliban menahan lima wanita yang mengambil bahagian dalam protes terhadap larangan wanita melanjutkan pendidikan ke universiti. di ibu negara Afghanistan.

Lima wanita dan tiga wartawan terbabit protes terhadap larangan wanita melanjutkan pendidikan ke universiti di ibu negara Afghanistan ditahan Taliban.


www.afintl.com

Protes itu difahamkan berlaku di wilayah Takhar selepas pengawal menghalang ratusan wanita daripada memasuki universiti pada hari Rabu iaitu sehari selepas larangan itu diumumkan.

Larangan itu merupakan dasar terbaru yang menyekat pendidikan wanita sejak Taliban kembali berkuasa tahun lalu.

Kanak-kanak perempuan telahpun dikecualikan di kebanyakan sekolah menengah.

Larangan baharu itu dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta oleh menteri pengajian tinggi pada Selasa lalu, dengan universiti awam dan swasta diarah menghalang wanita daripada menghadiri kuliah.

Kementerian Pendidikan berkata, ulamanya telah menilai kurikulum dan persekitaran universiti, dan kehadiran untuk kanak-kanak perempuan akan digantung sehingga “persekitaran yang sesuai” disediakan.

Kemudian, Menteri Pengajian Tinggi Taliban, Neda Mohammad Nadeem menerusi televisyen berkata, wanita diharamkan dari universiti kerana tidak mengikut kod berpakaian.

“Mereka berpakaian seperti hendak pergi ke majlis perkahwinan,” katanya.

Rakaman yang dikongsi di media sosial pada Khamis menunjukkan wanita Afghanistan berpakaian hijab berarak melalui jalan-jalan di Kabul, menaikkan sepanduk, sambil menjerit slogan.

Kumpulan itu pada mulanya merancang untuk berkumpul di hadapan Universiti Kabul, institusi pendidikan terbesar dan paling berprestij di negara itu, tetapi menukar lokasi selepas pihak berkuasa mengerahkan sejumlah besar anggota keselamatan di sana.

BBC dalam laporannya yang memetik beberapa wanita berkata, ada dalam kalangan peserta itu dipukul dan ditangkap oleh Taliban.

“Mereka memukul beberapa gadis dan menangkap beberapa yang lain. Mereka juga mahu menangkap saya, namun saya berjaya melarikan diri. Tetapi saya dipukul dengan teruk,” kata seorang penunjuk perasaan.

Keputusan Kerajaan Taliban itu mendorong kira-kira 50 profesor lelaki di institusi awam dan swasta meletakkan jawatan mereka, manakala beberapa pelajar lelaki dilaporkan enggan menduduki peperiksaan mereka sebagai tanda solidariti terhadap mahasiswa wanita.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo07 2-12-2024 07:59 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:14 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:33 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:22 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.164930 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top