Oleh Izzah Abbasy
Nak badan langsing? Nak cepat kurus? Kini, tidak lagi sukar untuk mencari cara untuk membuang lemak. Anda tidak perlu untuk menahan lapar dan mengambil ubatan atau suplemen untuk kurus. Apa yang harus dilakukan adalah anda hanya perlu menari. Bagaimana? Menari antara cara terbaik untuk membakar lemak berlebihan yang tidak diingini dan menyeronokkan. Tahukah anda dengan menari anda mampu membakar sehingga 400 kalori atau lebih bergantung kepada jenis tarian. Tarian yang menjadi kegemaran atau popular kini adalah tarian kardio. Pergilah di mana-mana gimnasium mahupun pusat senaman. Rata-rata, jurulatih atau dikenali sebagai 'trainer' akan memperkenalkan anda dengan tarian kardio ini. Anda harus pastikan tarian tersebut menggunakan langkah yang betul serta mampu memberikan kesan kepada keseluruhan badan anda. Ramai artis Hollywood seperti Jennifer Lopez yang mengamalkan senaman tarian kardio untuk mengekalkan tubuh badan yang cantik. Jadi, tidak hairanlah beliau masih memiliki badan cantik langsing walau sudah menjangkau umur 40-an. Ini salah satu rahsianya. Jangan pening untuk mencari kelas tarian, kerana anda hanya boleh lakukannya di rumah. Hanya ikuti langkah daripada yang diajar daripada video klip atau video 'trainer' yang boleh didapati sangat mudah hari ini. Apa tunggu lagi, jom menari sehingga tiada lagi lemak degil yang tinggal! - CARI Infonet Sumber Info : RAPI
|
5
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT